Sunday 23 December 2012

Proses Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum...
Dalam menjalani kehidupan ni, banyak perkara dan peristiwa yang kita lalui bukan??
Kekecewaan, kesedihan, kesilapan, keperitan, amarah, penipuan, ketulusan, dan juga pengorbanan..
Itulah antara proses2 kehidupan yang biasa kita lalui dan semua orang pernah rasa. Memang tak boleh lari.

Walau cuba kita menghindari, ia tetap terjadi tanpa kita pinta.
Hingga ada yang terduduk lemah, dan ada air mata yang mengalir disebabkan keperitan, kesedihan.
Aku agak terkedu bila seorang teman aku yang juga seorang lelaki, menangis disebabkan diri terlalu menahan beban. Bila bahu terasa begitu berat, itulah yang kita rasa. Kadang-kadang air mata begitu murah hingga mengalir tanpa dipinta dan kita sendiri tidak pasti mengapa. Iya, ia disebabkan banyak beban yang kita tanggung.

Sebagai manusia, kita takkan terlepas dari menghadapi itu semua. Sudahkah kita lupa akan 'tidak akan beriman seorang hamba sebelum ia diuji'?? Jadi, bertabahlah kita. Dan belajarlah untuk sabar.
Aku juga pernah diuji sehingga tidak terhitung air mata menitis kerana ujian itu. Dan disebabkan itu aku tekad dan berjanji tidak akan menangis. Ingat, disebalik kepayahan itulah sebenarnya kekuatan kita.

Semoga kita semua dirahmati..Aamiin.. =')

Saturday 22 December 2012

LIKU HIDUP YANG TAK PERNAH HABIS

Assalamualaikum...
Lama tak menjeguk blog usang ni. tetiba terdetik nak conteng kat sini.
Diri makin sibuk menjalani hidup seharian.
Dengan berhati-hati tabah mengatur langkah hidup sendirian.
Bersama doa dari kedua orang tua yang jauh.

Pernah hampir tersungkur dek dugaan yang bertimpa.
Tapi bila sedar diri masih punya Pemilik , begitu gigih mengharungi segala cabaran.
Ia mungkin cabaran kecil untuk insan kerdil.
Semoga aku semakin tabah dalam menjalani kehidupan..Amiinn..

Lagu ini begitu menggambarkan perasaan ..






Wednesday 24 October 2012

masa itu

masa lalu. ia bukan sekadar setahun yang lalu. tetapi semalam juga adalah masa lalu. ramai orang berkata pada diri sendiri, 'andai semalam boleh diulang akan ku betulkan semua kesilapan yang terjadi'. masa lalu adalah sebuah pengajaran bagi kita dalam menghadapi hari mendatang. 

jika terdapat kesilapan yang berlaku, cuba perbaiki diri. jika kita sudah puas hati dengan apa yang ada, maka terus berusaha mendapatkan yang terbaik pada hari mendatang. jika sesal dengan apa yang pernah terjadi, muhasabahlah diri tentang apa yang pernah terjadi.

kita adalah hamba.yang tidak pernah terlepas dari kesilapan.kesilapan itulah yang membuatkan kita belajar. belajar memperbaiki diri dan proses mematangkan diri. tiada manusia sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan di muka bumi ini. selagi nafas masih ada, selagi itulah kita akan melalui proses belajar dari kesilapan. wallahualam.. 



Tuesday 26 June 2012

wanita dan kerjaya

assalamualaikum..

sejak hampir nak habis study ni, makin banyak pulak fikir untuk cari kerja, cari kerja dan cari kerja. hingga kadang2 pernah jugak terfikir, boleh tak kalau tak nak kerja? dok rumah goyang kaki suruh mak bapak tanggung. memang kena cepuk jawabnya. =D

dalam arus kemodenan ni, ecehhh.. bagi aku, wanita harus mempunyai kerjaya sendiri. tak kiralah kerja makan gaji ke, meniaga ke. janji ada income untuk diri sendiri dan simpanan masa depan. bak kata orang, kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan kan?

sekarang, apa yang kita dapat lihat kebanyakannya, wanita ingin mempunyai kerjaya sendiri dan tidak bergantung harap kepada suami 100%. yelah, mungkin suami mampu tanggung kita dan anak-anak tetapi sekurang-kurangnya, bila kita teringin sesuatu, kita boleh gunakan duit kita sendiri dan duit daripada suami boleh disimpan. nah, di sini boleh mengurangkan beban suami.

bagi yang belum berumah tangga pula, macam aku ni. apa yang aku fikir selepas habis belajar ialah nak bina karier aku dan dalam masa yang sama nak berjasa pada family. cukuplah selama ni mak dengan ayah yang banyak berhabis untuk aku dari sekolah sampailah ke zaman universiti. dah sampai masa untuk balas jasa diorang pula.

berdasarkan pengalaman kawan2 yang dah berumahtangga pula, apabila mempunyai kerjaya selepas berkahwin, membuatkan tanggungjawab mereka sebagai isteri terganggu tambahan pula bila dah ada anak. kebanyakan pergerakan terbatas. sebab itulah ramai yang berhenti kerja bila dah berumahtangga. dan bila dah berhenti kerja, terasa pula beban ekonomi yang ditanggung oleh suami seorang diri.

mengikut pengamatan aku, dah ramai wanita2 kat luar sekarang mengambil inisiatif seperti belajar menjahit, memasak. hal ini demikian kerana, mereka dapat menjalankan perniagaan sendiri bermula dari rumah sahaja. selain itu juga, dalam masa yang sama tak perlu terkejar2 untuk menguruskan rumahtangga. 

bila wanita mempunyai kemahiran sendiri, mereka boleh mengurangkan sedikit tanggungan ekonomi contohnya, bergilir2 bayar bil2, bergilir2 beli barang2 dapur dan belanja anak2. sebagai contoh, sepupu aku yang sangat berbakat dalam bidang jahitan dan masakan memang dapat buat duit lah. tak perlu susah2 kejar waktu nak ke opis bagai.

semua ni sebenarnya terpulang pada kita. setakat mana kemahuan kita dan keperluan kita dam kehidupan ni. ada yang merasa cukup dengan apa yang diperoleh dan ada juga yang mahu lebih sedikit dari kebiasaan. apa yang penting, korang dan aku sebagai wanita haruslah punya kerjaya sendiri dan berdikari ok!!

Sunday 24 June 2012

mencari dan terus mencari erti sebuah rasa
andai diri jatuh dalam mengenal erti
pasti langkahku pincang
sesungguhnya aku sedang mengawal
mengawal sebuah rasa
sehingga tidak tertanggung lagi beratnya rasa itu

Thursday 24 May 2012

final year project (e3cs)

alhamdulillah.. setelah hampir setahun berusaha dari semester lepas lagi, akhirnya dengan sangat berjaya kami berjaya menghabiskan projek tahun akhir kami bagi pengkhususan komunikasi pemujukan di Universiti Sains Malaysia.

segala penat lelah, perit jerih kami bersengkang mata, projek ini berakhir walau terdapat pelbagai cabaran yang kami terpaksa lalui pada awal ia dijalankan. projek tahun akhir kami bagi Pengkhususan Pemujukan, School of Communication, USM ialah kempen sosial yang bertajuk IT4 Connecting, Caring, Changing Lives of Seniors atau dalam sebutan mudah iaitu e3cs.

kempen sosial kami ini dimulakan pada December 2011 iaitu 'Mini Bazaar'. tujuan utama kami menganjurkan mini bazaar ini adalah untuk mengumpul modal permulaan kami untuk menjalankan event2 seterusnya. al maklumlah, modal sedia ada tidak sebanyak mana. sebab tu lah kami gigih buat mini bazaar!! =) tapi syukur alhamdulillah. banyak juga yang dapat kami kumpul berkat kesabaran dan kesungguhan kami penggerak kempen e3cs..

                                                       Kenangan Mini Bazaar




setelah berakhir tahun 2011, semester kami bermula dan pelbagai persiapan yang kami jalankan bagi memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar. bukan mudah untuk menggerakkan sesuatu event. pasti banyak masalah yang akan kita lalui. seperti kami juga, segala kutukan, caci maki, kami terima dengan terbuka dan mengambil ia sebagai suatu pengajaran untuk event2 seterusnya. 

event kedua yang kami jalankan ialah pre-launch kempen e3cs yang bertempat di foyer DTSP, USM. pre-launch ini adalah sebagai pembukaan kepada kempen kami dan memperkenalkan event2 yang akan kami jalankan sehingga bulan Mei.

                                                        kenangan pre-launch e3cs

(ahli kempen)

(palm printing tanda sokongan kepada kempen kami)

(express your concern)


(perasmian oleh pengerusi rancangan)

(antara tetamu yang hadir)


setelah selesainya pre-launch e3cs, kami terus menggerakkan event kedua iaitu Capacity Building Workshop yang diadakan selama 2 sesi iaitu pada bulan April dan Mei. workshop ini dijalankan adalah bagi mededahkan warga senior kepada social media. workshop ini dijalankan dengan kerjasama dari Pusat Teknologi dan Multimedia (PTPM), USM.

kami mengumpulkan kira2 40orang warga senior bagi dua sesi workhop. ketika workshop ini dijalankan, mereka didedahkan dengan social media seperti tutorial untuk create email, facebook, blog dan pembayaran secara online.

                                                                kenangan workshop

(bersama peserta workshop sesi 1)

(bila kami orang muda menjadi cikgu)


(gigih memberi penjelasan tanpa dapat memegang mouse)

(peserta workshop sesi 2)


disebalik kesibukan kami menggerakkan event2, kami juga terpaksa berkejar dan berpecah untuk menjalankan roadshow di IPT2 di sekitar Pulau Pinang. biarpun terpaksa berpecah kepada kumpulan kecil, kami tetap menjalankan tanggungjawab untuk roadshow ini. hal ini demikian kerana, ketikan roadshow kami berlangsung, workshop sesi kedua juga sedang berlangsung.

                                                               kenangan roadshow

(dikerumuni oleh pelajar kampus kejuruteraan, USM)

(antara barangan dari pihak sponsor)

(turut ditaja)


(kami bergerak dalam kumpulan kecil)


ketika berlangsungnya roadshow dan workshop juga, berlangsungnya juga press conference(PC) kempen kami di pejabat naib canselor USM. PC ini juga bertujuan untuk hebahan dan publisiti kempen kami.

                                                                      press conference



selepas berlangsungnya beberapa event dan aktiviti, tibalah acara kemuncak kempen kami iaitu konvensyen yang bertajuk 'social media: Bridging Generation Trough Social Media' . alhamdulillah ia berlangsung dengan jaya. event kemuncak ni membuatkan kami tak lena tido, tak cukup tido dan termimpi2.

                                                  kenangan disebalik tabir konvensyen

(penasihat kami prof. madya khor yoke lim yang duduk bersama2 kami)


(rehearsal)

dalam hari yang sama iaitu 19 mei 2012, terdapat dua event yang dijalankan iaitu konvensyen dan makan malam 'malam qaseh'. fuhh semangat bila kena berkejar ke sana sini. penat tak payah cakap la. semasa berlangsungnya konvensyen, separuh daripada ahli kami berpecah ke dewan utama desasiswa, USM bagi membuat rehearsal dan persiapan bagi dinner pada malam tersebut.

dinner kami merupakan penutup kepada event2 kempen kami. dan ternyata tidak sia-sia usaha penat kami selama 2 semester. walau pelbagai kami lalui, pertelingkahan kecil antara ahli kami, kutukan2 di belakang kami, itulah menguatkan semangat kami untuk menghabiskan sekaligus menyempurnakan projek tahun akhir kami yang bernialai 9 unit!!!! pngk kami bergantung kepada 9unit ini..=.="

dan ini adalah kenangan ceria wajah kami setelah penat berusaha

(wajah ceria kami lepas habis dinner)

(habis rabak mata tido kul 3pagi)

(bersama penasihat yang banyak berjasa)

(3 tahun kami bersama dan kami akan berpisah..gonna miss u guys T___T ) 

(colum yang dibikin khas oleh ahli kami sendiri)

(trademark cabai ahli keluarga e3cs kami)

alhamdulillah segala penat lelah kami, terbalas jua...dan di bawah adalah tenaga penggerak bagi kempen IT4 connecting, caring, changing lives of seniors (e3cs). semoga kami semua dapat A!!!!! amin, amin, amin..^__^










Friday 11 May 2012

kalau rasa tak mampu, jangan buat

rasa kena tepat atas batang hidung. rasa bodoh pun ada jugak. bila dah terbuat benda yang memang kau tak boleh hadam, lepas tu kau rasa menyesal sangat2. tu yang aku rasa sekarang. rasa macam nak nangis pun ada. rasa bersalah dengan diri sendiri, dengan hati sendiri, rasa tak tenteram. semua bercampur baur.

apa yang penting, jangan lagi buat sesuatu perkara yang kau memang tak boleh dan tak mampu nak paksa hati secara sukarela. nanti menyesal tak sudah. macam aku. sob3. bersalah pada diri sendiri~~

Monday 7 May 2012

Mama

Dia insan yang sangat kuat, tak pernah berputus asa, tak pernah kenal erti penat, tak kenal erti jemu, tak kenal erti malu. Dia insan gigih. sangat tabah dalam melalui pelbagai cabaran hidup sebagai seorang isteri dan seorang ibu.

Dia tak pernah kenal erti penat lelah. yang dia tahu hanyalah masa depan anak-anaknya. dia juga tidak peduli erti caci maki manusia yang hanya tahu menunding jari. jujur ma, selama aku hidup, tidak pernah aku berhadapan dengan insan seperti kamu. kamu penguat semangat kami adik beradik. dan aku tahu, kami anak-anakmu inilah tulang belakang mu, semangat hidup kamu.

Tersentak bila dikhabarkan yang mama sakit. walau hanya sedikit, mama langsung tidak memberitahu. mungkin risau anaknya susah hati.

Mama, andai hidup aku menjadi galang ganti kebahagiaanmu, aku akan sentiasa berada disisimu walau terpaksa melupakan cita-citaku. aku tahu, kamu hanya ingin menghabiskan masa tua mu bersama aku. akan ku turutkan kehendakmu mama. seikhlasnya, demi kasihku yang tak ternilai harganya untuk kamu wanita hebat MAMA....


Sunday 6 May 2012

dalam hidup ni, kita sering mengejar benda yang tak pasti. walau kita tahu yang kita tak mampu. adakala kita terus mengejar sesuatu yang tak mampu kita gapai dalam kenyataan. kita cuba, cuba dan terus mencuba. hingga suatu saat kita tahu, kita sudah tidak mampu mengejar sesuatu. dan bila mana kita sedar ia telah meninggalkan kita jauh di belakang.

jika dikatakan ego, mungkin ia tidak benar. jika dikatakan keinginan, tidak semestinya pasti. mungkin saat kita terlalu megejar sesuatu perkara, kita jadi bersemangat, kita jadi berani dan lantas kita usaha sedaya mungkin. dengan kekuatan, sedikit keyakinan, kita mengejar sesuatu perkara itu.

tapi, saat diri sudah tidak mampu lagi untuk mengejar, serahlah kepada Yang Berkuasa. sesungguhNya, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan perancanganNya juga adalah sebaik-baik perancangan.

dalam hidup kita, jalan dan liku hidup telah diatur dan yang kita tidak tahu hanya DESTINY...

Thursday 3 May 2012

perubahan



assalamualaikum...
bila bercakap tentang perubahan, semua orang ada keinginan untuk berubah. tipulah jika tak pernah terlintas utk berubah kan? perubahan bukan setakat ingin berubah menjadi lebih cantik, tetapi lebih dari itu. keinginan untuk berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik, keinginan untuk membuat perubahan dalam hidup.

tapi, jika perubahan itu sekadar keinginan, ia takkan kemana tanpa usaha. ada orang yang pada mulanya bersemangat untuk berubah tapi semangatnya luntur di pertengahan jalan lantaran ada suara2 sinis, ada bisikan2 halus yang menghalang mereka dari melakukan perubahan. jika menghadapi orang2 yang ingin menghalang perubahan ke arah kebaikan, pekakkan telinga kerana orang2 seperti inilah yang tidak senang dengan orang yang lebih dari mereka.

bukan mudah untuk membina suatu perubahan. terutamanya berubah ke arah kebaikan. akan datang 1001 dugaan untuk kita dalam menghadapi perubahan tu. apa yang paling penting untuk berubah ialah usaha yang berterusan di samping tekad yang satu. jika kita telah tanam azam yang satu dalam diri dan hati kita, INSYAALLAH redha ALLAH mengiringi.

p/s: hidayah juga perlu dicari. ia takkan datang bergolek ke kaki. jika kita sendiri tak mempunyai keinginan mencarinya, mustahil ia akan hadir mendampingi insan yang tidak mendambakannya bukan? rugilah jika setiap dari kita yang tidak mencarinya. sia2 lah hidup jika kosong tanpanya.

semoga kita terus membaiki diri. berubah ke arah yang lebih baik. agar langkah kita terus diiringi redha Ilahi..

Tuesday 1 May 2012

restu

assalamualaikum~~~

restu..
restu ayah dan ibu. itulah yang membawa kita kepada redha Ilahi. kemanalah kita anak2 jika hidup tanpa restu ayah dan ibu. seringkali kita dengar perkahwinan tanpa restu, cita2 tanpa restu, akan terbantut di tengah jalan. perkara itu yang menakutkan aku. menakutkan aku untuk terus melangkah.

bila mama telah menyuarakan sesuatu yang berbaur arahan. membuatkan aku tidak betah duduk lagi. gelisah rasanya untuk menghadapi setiap saat. tapi sebagai seorang anak, haruslah kita memahami sifat ayah ibu kita bukan. kita tahu sejauh mana ketegasannya, tahu sejauh mana kasihnya.

dalam memulakan sesuatu perkara, mintalah restu ibu ayah. agar redha itu sentiasa mengiringi langkah2 kita. dan semoga dengan ketaatan kita kepada mereka akan diberi ganjaran dari Allah swt..insyaAllah..^_^


Thursday 19 April 2012

kasih sayang bukan sekadar kerana rupa, harta dan kedudukan

kasih sayang..
ia perasaan tulus yang hadir dari hati ikhlas mengasihi. kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, kawan2. kasih sayang itu sesuatu yang tidak boleh dijual beli. sekaya mana pun kau, tetap tidak dapat membeli kasih dan sayang dengan nilai harta. ia juga tidak dapat dimiliki dengan paksaan. paksaan akan membuatkan hati membenci, dan menjauhi.

rupa...
ia bentuk fizikal manusia. ia akan pudar dimamah masa. kadang manusia tertipu dengan pandangan pertama berdasarkan paras rupa. lemah bila diuji dengan kecantikan dunia untuk seketika waktu. mungkin diri akan terpana melihat kecantikan. tapi adakah kasih sayang itu kekal hanya dengan kecantikan paras dan rupa sahaja??

harta dan kedudukan...
ia adalah membezakan taraf manusia di mata manusia lain. tetapi tidak pada pandangan Pencipta. adakala, manusia terlalu memandang pada materialistik. hingga membutakan hati bahawa harta dan kedudukan itu hanyalah kemewahan dunia.

janganlah menilai manusia hanya kerana rupa, harta dan kedudukan kerana ia akan berlalu mengikut peredaran masa.

Thursday 8 March 2012

tanggungjawab, tidak semudah yang diperkatakan

assalamualaikum...

lama jugak mengetuk2 jari ke meja sambil fikir nak tulis apa. walaupun follower hanya 'ciput', at least ada jugak orang yg akan tersesat ke blog picisan ni sesekali. hehe. ^_^"

memandangkan aku akan menamatkan pengajian dalam masa beberapa bulan lagi, aku dah mula terasa tanggungjawab kat bahu. walaupun belum habis study lagi pun aku dah plan apa yang harus aku buat untuk masa depan aku. aku juga plan untuk adik2 aku, ibu dan ayah aku. ya, kalau ditanya "sakan kau dok plan?mcm la jadi kan?". sentap mak nak. aku hanya berpegang, kita buat sesuatu, mesti ada perancangan. tertunai atau tidak, itu bukan kuasa kita tapi kuasa yang kat atas sana. yang kita mampu hanya berusaha dan berdoa.

umur dah mencecah 23 tahun. tidak berapa muda dan. perlahan2 menuju alam dewasa. memandangkan abang dah kahwin dan akak yg bakal menyusul, bermakna aku akan menjadi anak sulung selepas ini. walaupun terbiasa menjadi anak 'sulung' dari dulu, tapi kali ni beratnya sangat terasa. tanggungjawab menjaga kebajikan adik2, ibu dan ayah.

yang ada dalam kepala sekarang hanyalah adik2, ibu dan ayah. tak termampu nak fikir jauh lagi. sempurnanya tanggungjawab terhadap mereka beerti, lengkaplah tanggungjawab pada diri juga. bila sekarang, hanya terfikir ingin menamatkan pengajian, selepas itu barulah boleh melangkah ke arah perancangan seterusnya.

bila umur meningkat juga, pelbagai soalan sinis, sindiran halus kedengaran. soalan lazim, "bila nak kawen?", "kerja apa nanti?". sehhhhh.. cukup tak mampu lagi nak jawab soalan2 ni. akan berusaha untuk mencari rezeki nanti. dan menanti juga seruan 'jodoh' itu tiba. barulah boleh nak jawab soalan2 mak cik, pak cik aku tu!! ada jugak yang tak bagi kawen awal. haihh??macam2.

apa pun yang kita buat, bila kita tahu, faham dan ingat tanggungjawab kita, i'Allah kita akan mendidik jiwa kita sendiri secara tidak langsung untuk menjadi 'seseorang'....


Friday 24 February 2012

nikmat itu ada bagi mereka yg percaya..


alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi krn dengan kehendaknya, akan terbina masjid yg merupakan penyatuan dua insan.

saban waktu teruji sebelum bahagia itu muncul. akak menyampaikan berita gembira. ayah ibu dan seluruh ahli keluarga telah merestui hubungannya dengan abg 'Z'. alhamdulillah..aku doakan mereka berkekalan dunia dan akhirat.

tiada apa yg lebih menggembirakan aku melainkan melihat kakakku bahagia. susah senang kami bersama selama ni. tak lama lagi ada yg menjaganya, bertanggungjawab terhadapnya dan membahagiakannya. tiada apa yg boleh aku beri kecuali doa dan kasih sayangku. menitis juga air mata bila mendengar khabar gembira ini.

kakak, aku tahu kamu bahagia. bahagia dengan takdir yg tertulis terhadap perjalanan hidupmu. bahagialah kamu hingga akhirat. jadilah kamu wanita yg mulia, isteri yg setia, ibu yg diredhai...

kasih sayang dirimu selama ni akan aku dan seluruh ahli keluarga kita kongsi dengan bakal suamimu nanti. mungkin kasih sayang itu semakin terhad untuk kami. takdalah 'nabila' yg manja dan mengada2 dengan mu nanti. yang ada hanyalah adikmu yg bernama 'nabila' yg akan terus menjadi gadis dewasa. meniti harinya dengan hati terbuka. dan terus menjalankan tanggungjawab untuk keluarga.

semoga kamu terus menyokongku dan ada untukku sebagaimana aku menyokong dan ada untuku selama ni.

Sunday 29 January 2012

belajar apa itu hidup

assalamualaikum wbt..

aku belajar bersyukur dgn apa yg aku ada. kerana itu aku tidak meminta2. banyak yg aku lalui walau hidup aku hanya mencecah23 tahun sahaja. segalanya aku lalui dgn tenang. kerana aku punya bantuan dari yang di atas sana.

bila melihat manusia hanya tahu menilai dari luaran. dan tahu mencaci maki, aku hanya diam kerana aku melihat mereka hanya mempunyai akal pendek. bukan mudah membina kekuatan diri. hidup hanya di atas kaki sendiri. tapi aku bersyukur bila melihat ada orang yg lebih susah dari hidup aku.

aku harap kedewasaan ini memberi aku lebih ketenangan untuk melalui fasa hidup seterusnya...