Saturday 30 April 2011

seru sampai berdarah idung


pagi aku hari ni diganggu oleh cik parah yang dok mengaco aku tgh syok2 tidoq..aisehh budak ni. memang la. motif kejut aku bgn sebab lapo?=_=". ok, aku pn lapo gak. dengan berat hatinya bangun p mandi. pastu gerak ke tesco semata2 nak makan. haha. sampai kat bilik dlm pukul 1 lebih, rest jap. lepas tu jasmi lak gitaw nak kua. ok. ikut jela coz jimmy bawak kete. kalo naik bas, haram la nak kua hari ni. choiiii sangat, diorang nak p tengok wayang. kalo taw awal2 aku tak p. huk3. memang tak suka kot tengok wayang. aku sendiri pun tak taw nape.

tapi tadi agak semangat jugak lah nak tgk wayang sebab dah lama tak tengok wayang kan. sem ni 2 kali je kot aku tgk wayang. gigih la pilih cite time nak tgk wayang tu. sampai2 gado2 aku nak tgk cite seru yg org kata seram tuh. akhirnya kami pilih tengok cite SERU!!! 

permulaan cite, wowww.. awal ashaari, nora danish n pierre andre. mmg best. tapi sayang, permulaan yg hanya brapa minit je nampak cam wowww.. dari semangat nak tengok, sampai aku pening2 nak muntah cam orang mengandung. choii la kan. gerakan dlm cerita ni seolah2 rakaman betul menyebabkan sepanjang cite ni, korang rasa tengah pengang dslr korang sambil lari2 dok rakam video.

jalan cerita pun memang tak mencapai tahap yang memuaskan. semua mcm pelik. tambah2 si watak budak extra adam dlm cite ni, aku pun tak taw ke mana ilang budak ni last2. akhir dia, mmg semua mati kecuali si azman yg rupanya penyagak n laki bini yg nak seru anak depa utk hidup balik tu.

choii la kan. nama seru. tapi jalan cerita mmg tak sampai. last2 je baru masuk babak yg menunjukkan tajuk seru tu. tu pun biasa2 je. maybe idea pengarah nak kan jalan cerita yg macam ni dan nak nampak real. tapi dari sudut lain, aku tengok mcm tak berkualiti je.

memang hampa la aku tengok cite ni. dah la hampa, kua panggung cam orang mabuk lak nak muntah2. p pulak makan kat bayan mutiara, itu pun menghampakan sungguh. ok fine, hari hampa sedunia hari ni.(T__T)

Friday 29 April 2011

selamat tinggal penghujung, selamat datang permulaan


hari ni 2nd last paper utk final exam aku. bagi membe2 broadcast yg tak amik minor psiko, memang dh habis 26/4 lagi. dan membe2 journalist lak habis paper hari ni berakhir dgn paper minor. tapi kami budak2 persuasive masih ada 1 paper untuk dihabiskan pada 3/5 ni. selain tu, ada 2 lagi meeting untuk final year project kami next year. untuk membincangkan perancangan dan agenda final year project kami. maklum lah, kami kena amik masa setahun untuk merancang dengan teliti segala perancangan kempen kami. bukan main2 nyah.

paper terakhir pada hari rabu iaitu paper major aku. kepala sekarang dah rasa ringan sebab dah lepas paper yang berat. paper major ni tak risau sangat sebab dah buat latihan dalam kelas. cuma kena baca lagi sikit. tak sabar nak habiskan exam. tiket bas dah beli. huhu. 4/5 pulang ke kampung. tunggu untuk menjalani praktikal pulak selama 2 bulan. dan 2 bulan seterusnya cuti. yeahh..lama giler cuti kali ni.

banyak perancangan dalam cuti selama 4 bulan ni. harap aku dapat laksanakan apa yang aku nak ubah sikit2 dalam kehidupan aku dan family aku. insyaallah. banyak yang aku rancang untuk family aku dan juga diri aku sendiri. semoga dapat betulkan balik keadaan ke arah yang lebih baik. apa yang aku rancang sangat tu? nak kawin? eh3, taklah..tapi mana taw kan kot2 terjodoh lak nanti. hehe.

insyaallah dalam masa 4 bulan ni, nak ubah diri sedikit demi sedikit. tidak boleh terlalu mengejut. memandangkan aku dah 22 tahun, haruslah merancang dengan rapi segala perjalanan hidup aku. takkanlah selamanya nak main2 dan nak berperangai macam budak kan? pemikiran pun haruslah matang sesuai dengan umur.

rasa macam tak percaya pulak aku dah 22 tahun. rasa macam baru form5. alahai. perangai pun masih budak2 lagi. tapi walaupun macam tu, banyak yang aku fikir dan buat secara slow2 untuk jangka masa yng panjang. sebagai dewasa gak, haruslah memperbetulkan diri dari segi akhlak, agama dan pemikiran. aku akui, aku bukan terbaik. tapi aku masih mencari dan akan terus mencari sinar dalam kehidupan sebagai seorang wanita islam, seorang anak, seorang kakak kepada adik2, bakal seorang isteri kepada seorang suami dan juga bakal ibu kepada anak2 aku nanti.

aku ingin menjadi kekasih dan isteri kepada seorang lelaki yang halal padaku nanti. yang mana imamku di dunia dan akhirat nanti. akan aku cuba sebaik mungkin .


aku juga ingin menjadi seorang ibu kepada zuriat2ku nanti. melengkapi hidup aku sebagai wanita.


memang kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. tapi selagi kita hidup, selagi itulah kita harus membuat yang terbaik, mungkin ada langkah kita yang pesong sebelum ini. tapi, cubalah untuk tutup lubang2 dan memperbaiki diri untuk masa akan datang.

apa yang aku cuba fokus sekarang ialah, nak baiki diri aku sebagai wanita dan seorang anak. sebagai wanita, aku nak baiki diri aku untuk menghadapi segala cabaran akan datang. dan aku juga mahu berbakti sedaya yang mungkin utk ibu ayahku selagi mereka masih hidup. aku ingin bersedia menghadapi cabaran2 akan datang.

doa harapku, semoga aku menjadi yang lebih baik kerana tidak ada yang sempurna. ada yang mengatakan, jika mahu yang terbaik, kita haruslah berubah menjadi yang tebaik juga. insyaallah, semoga niat dan jalanku diredhai. amin ya rabb..(^_^)
(hidup ini hanya sebentar. tiada erti jika tidak memaknakan ruang2 yang ada sementara kita masih berkesempatan untuk melakukan)

Wednesday 27 April 2011

cantik itu subjektif


hampa semua penah tgk video matlutfhi dak? apa dia? tak penah? p carik sapa matlutfhi ni..banyak ngat aihh video2 dia. semuanya comel mcm dia. haha. aku suka sangat dok layan video2 dia. satu lagi video anwarhadi. hehe. cara dorg ckp utara sangat comel. dan pelat utara tu mmg comel biaq dia kasaq ok.(^^,")

biarpun aku ni anak jati kelate, tapi disebabkan belajaq kat utara menyebabkan aku pun dok cakap utara gak. sampai guna dialek kelate pun jarang2 bila dengan membe2 kelate je. tapi kekadang aku belasah gak speaking kelate dengan membe2 aku. suka sangat mengenakan dorg yang tak paham dialek kelate. tambah2 si jimmy asmara. terpinga2 bila aku speaking dialek negeri terchenta ku. muahaha. jahat gilak dok sakat orang tak habis2.

ok, yang atas tu menyimpang dari tajuk asal sebenarnya. ok, flashback. aku ada tengok video matlutfhi ni mengenai cantik. dalam video tu dia kata, cantik itu subjektif. dan kecantikan yang kekal adalah cantik yang bermula dari dalam diri kita.

pada masa sekarang ni, banyak cara yg boleh kita amik untuk kelihatan cantik. misalnya plastic surgery, botox, pil 2, jamu dan ntah padia lagi aku tak tahu.=_='. ramai yang nak cantik secara ekspres menjalani rawatan2 seperti sedut lemak untuk langsing la, buat plastic surgery utk bagi idung mancung la. 

bagi aku yang tadak duit ni la. ape pekdah la ampa dok buat semua tu? semata2 nak cantik, korang sanggup sakit. bukankah mencegah lebih baik dari merawat? kalo makan jamu tu blh tahan lagi. tapi bila p bab operation ni lemah semangat ngat aih..orang pompuan ni, kot ye pun nak bagi suami sayang, takkan la sampai menyeksa diri?cukup la ampa dok sakit sebab beranak 7. banyak kes yang aku dengar contohnya mati ketika menjalani rawatan kecantikan kat pusat2 kecantikan la. whyyyyyyy la???

bagi aku, baik berbalik pada petua nenek2 kita dulu. macam nenek aku, terlalu titikberatkan kesihatan dan kecantikan. dah tua pun masih cantik. misalnya rambut dia, gigi dia. yang kedut2 tu normal la kan bila dah mencapai usia. orang tua2 dulu, selalu pesan, jangan makan ais nanti urat bengkak, jangan tu jangan ni. tapi jarang sangat dah anak2 muda skrg nak ikut. leceh katanya. so, cari la alternatif lain untuk cantik kan.

sebenarnya cantik ni sangat subjektif. terpulang pada setiap orang macam mana nak nilai makna cantik tu. sesetengah orang, bila kita tgk, tak cantik atau hensem pun tapi sejuk je kita tengok dia. sebab apa? sebab cahaya iman. benda2 macam ni penting taw. cuba usha orang2 yang selalu monteng solat, seolah2 hilang nur kat muka dorg. ni aku selalu pesan kat adik aku yang laki. jangan tahu nak melaram jer, smayang jgn dok tinggal. baru tak gelap muka tu.

pada aku la, aku suka sangat tengok orang yang biasa2 tapi hati aku tenang bila tengok dorg. tak kisah la sape pun. apa guna kalo ko belanja sakan nak berfesyen tapi serabut je bila tgk muka ko? dan bagi aku juga, lelaki sangat hensem bila pakai kain pelikat dan baju melayu ditambah kopiah. haha. nak2 lagi kalo dorg lepas amik wuduk. berseri je muka. yg ni aku selalu tengok abg n ayah aku la. bagi aku jugak, mereka sangat tampan bila mengenakan jubah putih. wahhh..bisa cair sihh..

yang pompuan lak, aku suka tengok time mereka mengerjakan umrah atau haji. sangat bersih without make up dan dalam persalinan solat.

cantik tu terpulang pada kita untuk menilainya. pada aku lak, aku nak perasan sikit, aku rasa diri aku cantik bila lepas mandi dan dalam persalinan solat..hehehe..perasan jap jer ok..jangan la bising. malu..(-_-")

keberkatan dalam kehidupan



sekarang musim exam kan. macam2 perkara yg student lalui time exam ni. macam2 jugak yang aku tengok keadaan sorang2 termasuklah aku sendiri. ada yang beribu kali dok baca nota tak juga nak ingat. ada juga yang tak baca apa, rilek je masuk exam. tak kurang gak yang dah study cukup2 tapi last2 masuk exam blurr tak ingat apa. agak2 apa korang nak buat kalo jadi camni?

sebenarnya banyak dalam kehidupan kita yg kita sendiri tak sedar tapi kadang2 berbentuk balasan terhadap perbuatan kita. sama ada kesalahan kecil atau besar. dan kita juga tak sedar setiap benda yang kita buat blh mendatangkan  mudarat atau tidak. 

aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. tadi time jawab exam, aku lupa apa yang aku study semalam. padahal semalam dah hafal siap bloleh sebut. alih2 tadi time nak jawab satu soklan ni, aku blurr..lupa sihh.. tak tau la apa kena. aku ada makan duit orang ke, buat sesuatu yg tak elok ke. nasib baik satu soklan je. tapi dalam 10 markah tu tak tahu la dapat bape markah untuk jawapan yang aku goreng tu. haihh..=_="

mak aku selalu kata, apa yang kita buat mesti la berkat. jangan menipu orang, jangan makan duit orang. misalnya dalam mencari rezeki. kadang2 contohnya, si tuan kedai menipu sukatan timbangan. itu dah kira tidak berkat rezeki yang dia dapat. apa akan jadi kalo rezeki yang dia dapat dimakan pula oleh anak bini? maka gelap la hati. kadang2, cara kita cari makan, misalnya petani ke, buruh ke. dorang buat kerja penat2, sakit2, tapi itu sebenarnya berkat daripada dok kelentong orang semua.

bagi budak2 remaja sekarang gak, ada yang suka tgk video blue la ape lah. bila selalu tengok, habis lah korang. sekali tengok, satu titik hitam lekat kat hati korang. kalu berkali2? hitam legam la hati korang. tu belum kira yang dok beromen la apa lah. kadang2 berkat tu hilang pada kita atas perkara yang kita buat sama ada dalam keadaan sedar atau tak. ramai yang aku tengok dok kata padahal dah baca. tapi bila masuk exam, aku tak tahu kenapa wehh..kosong je. tak boleh nak jawab langsung. tula jawapan dia. cuba korang fikir balik apa yang pernah korang buat?

tu yang hilang berkat. tapi ada juga yang dapat berkat. contohnya, sorang senior aku dari sekolah dan sampai kat usm ni pun dia masih jadi senior aku. dia kira tergolong dlm golongan biasa2 la. time trial stpm dulu, dapat 1.6 je pointer. tapi disebabkan dia ni jenis budak baik, smayang tak tinggal. selalu p masjid. keberkatan selalu berada dengan dia. dalam peperiksaan sebenar, dia 4.00. fuhhh..memang semua orang tak sangka.

ok, sekarang korang yang rasa ada terbuat benda tak elok dan masuk exam semua jadi blank, p pikiaq balik apa benda yang dah korang buat selama ni..

p/s : aku ada termakan duit sape2 ke ye? tadi tetibe lupa jawapan..aisehhh..=_='

Sunday 24 April 2011

maaf itu pasti

ditujukan untuk seseorang itu...

kamu, aku sudah lama maafkan kamu.saat aku kecewa kerana kamu, aku sudah siap untuk memaafkan segala salah kamu. biar pada hakikat luka yang kamu taburkan sangat parah pada aku. tapi aku bukanlah pendendam yang menyimpan amarah.

tak perlu memohon maaf lagi kerana apa yang berlaku, itu semua pilihan kamu bukan aku. itu semua jalan hidup yang kamu pilih. tiada apa yang boleh aku buat untuk membantu kamu kerana kamu sendiri menutup jalan2 itu. apa yang boleh aku katakan, teruskan hidup kamu. berfikirlah tentang hakikat hidup yang sementara dan tak kekal ini. hidup kita tak lama. dan jalan itu juga bukan selamanya. suatu masa nanti, kamu pasti menyesal yang maha hebat atas apa yang berlaku kerana sudah jelas apa yang kamu pilih itu salah.

apa pun yang berlaku, semoga berjaya dlm hidup kamu. buat yang terbaik dlm exam ni. lupakan apa yang dah berlaku antara kita kerana aku belajar melupai kamu.