Friday 27 May 2011

malang tak berbau

oh, hari ni cuti am kat kelantan. so, aku akan bercuti hari ni dan esok. semalam penat sgt lepas balik keje. bukan penat apa sangat pun.. balik keje lepas pukul 3.30, kua jumpa mie. tu yang penat. hehe.

hari ni semangat bangun pagi2 nak pegi pasar la konon. sorang2 pulak tu. entah mcm mana time nak balik, ada kete langgar aku dari tepi. memang la tak terasa apa mula2 kena. driver tu mintak maaf dan tanya aku ok tak. hmm..macam tak sakit. aku kata ok jer. tengah dok kedek2 jalan, aku pegang tangan kanan. pesal cam sakit jer. ok, sekarang tangan aku dah bengkak dan sakit.

moralnya, jangan nak merayap sorang2. tapi, kalau dah nasib nak kena hari ni, nak buat ape jugak kan??hmmm..=,="

Monday 23 May 2011

hari pertama praktikal


salam...hadoiiii... apa yg boleh aku cakap 1st day praktikal ni, sesgt la boring. sampai aku yg tak baca novel ombak rindu pun habis 1 novel aku baca sampai balik. =_="

aku sampai td, pukul 810. choiii la sangat kan. boleh aku tertinggal hp yg aku cas td. dah la jam xpkai kan. tertanya2 aku pukul bpe la aku dlm bas. dok dlm bas td pun, terteleng2 la jugak kepala aku dok cari bangunan tempat praktikal aku. runsing dah tadi sebab bas dah ubah laluan ikut highway. dlm hati dok dup dap dup dap. takut dia terus masuk pusat bandar, masak la aku kena amik lg 1 bas. nak jln tak larat dowhh..

tp selamat la sebab berhenti depan kbmall. takut jugak nak seberang jln besar sorang2. dah la pakai baju kurung. nasib baik tak pakai heels.fuhhh..sampai je depan ofis, aku p kedai mamak dulu. order milo 'beng' segelas sebab aku nengok jam baru pukul 810. kat surat ckp daftar kul 9.huhu.. melepak la dulu sorg2. ade jugak dok jeling2 aku tgk aku cam pelik jer. tapi ada 1 yg buat aku bengang time minum kat situ. mahal giler air die. milo segelas 2hengget??? choii sgt. kedai mamak kat penang pun tak mahal mcm tu. huhh..cekik darah tol. mentang2 la kedai mkn lain jauh dgn ofis tu. takmo dh minum kat situ ok~~

time daftar td, aku dikenalkan oleh staf2 kat situ. sume ramah tamah. takde yg kaki buli. opkos la kan, sume dh tua2. ohh ya, bos aku pun dulu student usm gak..hehe.ensem. ('_^). aku diterangkan sikit2 ttg tugas yg akan aku buat kat situ. aku ni mmg nampak pemalu jer mula2 sbb tak biase kan. aku reti sengih je tadi. org tnye sepatah, sepatah la aku jwb. huk3. 1st day mmg la boring. tp bos ckp td 7jun ni ade program 'kembara kaunseling'. blh la aku join. penyelia aku kat situ chnes. but, seriously, mcm org melayu dah. pakai pun baju kurung, ckp kelate pun pekat giler.

kiranya tugas aku hari ni, p jln2 kat kb jelah. time rehat pulak kena heret p kbmall oleh akak2. ikut jela. best kot sbb suke hati je blh msk lewat time rehat. time datang keje n balik tu takley la kan sebab kena punchcard. so, mulai esok, aku akan bwk laptop n broadband sendiri n buat2 busy dengan facebook. haha!!

sekarang, nak gosok baju ok. kena ayu berbaju kurung dah. macam mak datin pulak dah..huhu..=')

Sunday 22 May 2011

muhasabah


dalam hidup ni, macam2 yang kita lalui. ada kala kita sakit. ada kala kita gembira. kadang2 sesuatu yang terjadi, kita langsung tak duga. kita langsung tak mintak. tapi ia seringkali menghimpit kita. betapa kita cuba yang terbaik. betapa juga kita 'mencuba' biarpun sering juga diri sendiri terluka.

ada yang asyik memikirkan kehidupan yang tidak memuaskan. ada yang merungut dengan dugaan kecil sekadar. aku juga ada kala marah. marah dengan takdir. tetapi cepat hati beristighfar. bimbang hasutan syaitan melanda iman yang secebis cuma.

kehidupan ini terlalu adil. adil bagi mereka yang sering mencuba, berusaha dan bertawakal dengan ketetapan Allah. tetapi ada yang menganggap kehidupan kejam kerana mereka lupa akan rahmat tadbiran kerajaan Allah. 

apa yang aku rasa, aku hanyalah sekadar hamba cuma. yang sering diuji dalam kuat. ujian itu mematangkan setiap langkah yang diatur. biarpun kadang kecewa, aku tetap berpegang dengan rahmat dan ketentuan hidup seorang insan..

wallahualam..hanya muhasabah diri...

aktiviti kat rumah

salam semua...

kat rumah, pagi2 macam ni pun dah bangun kan. biasanya kat u, lepas subuh mesti sambung tido balik. nak buat mcm mana, dah malam pun jadi burung hantu tido kul 3 4 pagi. kat rumah aku ni, lepas isyak adik2 dah siap2 nak tido. aku pun ikut sekali la. ekceli aku pun pelik, selalunya kat kampus, aku boleh berjaga sampai pagi dan online. tapi kat rumah, start je lepas isyak, mata aku dah layu dah. nak online pun malas. tido awal la jawabnya. =_="

dalam 3 minggu kat rumah ni, macam2 dah aku buat. rumah pun dah kemas sejak aku ada. hehe. sebab, walaupun aku tak kemas, aku bagi arahan kat askar2 untuk kemaskan jer. so, tak boleh melawan madam ok.

pagi ni, aku janji ngan adik aku nak pegi makan sup. nak pegi dalam pukul 9, sekarang pukul 830 aku tak mandi lagi. macam mana ni? haishhh...syifa dah demam balik. semalam dia tido atas aku, sampai badan aku sekali pun panas. pagi ni ayah paksa ku pegi klinik. tapi malas la. tekak aku pun ase tak sakit dah. ekceli aku tak bape sihat sikit. tekak aku mcm luka. kalau aku minum air gas, memang rasa pedih giler. ayah n mak aku risau takut pape.(-_-)

sekarang, aku perasan something. ayah aku asyik sensitif je. tak boleh aku usik sindir2 sikit. hari tu aku buatlah kuih karipap. 1st time ko. mestilah lambat kan nak buat die punye bunga tu. ayah aku bajet nak usik aku lambat. aku kenakan dia balik dan cakap, 'ayah jgn makan'. pastu, dia memang tak sentuh langsung yang aku buat. haiyyoo..salahkah? sensitif betul la..huhu..

hmm..nak pegi bersiap la..nak bawak adik aku kua n mengaji quran sat...=)