Friday 25 November 2011

kita tak mampu nak jadi apa yang orang lain nak

dalam hidup ni, kadang2 kita cuba jadi apa yang orang nak. untuk puaskan hati semua orang. honestly, aku pun pernah buat macam tu. dan kesan dia, macam kau perbodohkan diri sendiri kau tahu? kita HARUS akui yang kita memang TAK BOLEH jadi apa orang nak. so, better kau jadi diri sendiri dari menipu orang lain.

pernah jugak aku dicop hipokrit. memang kejam gila perkataan tu tambah2 orang tu tak taw sebab aku buat macam tu. dan lagi sakit bila orang yang cakap tu orang yang kita sayang. orang boleh kata apa sebab dia tak taw macam mana kita berperang dengan perasaan sendiri.

sama jugak dalam kehidupan seharian, kalau kau cuba jadi seseorang yang kau tak boleh jadi, kau akan kelihatan seperti memperbodohkan diri sendiri kerana dah terang lagi bersuluh kau tak mampu. dan untuk sekian kali, sila jadi diri sendiri sebab orang takkan pernah faham kau.


Tuesday 22 November 2011

berblog, berblog juga. tapi.....

assalamualaikum...
dah lama tak post kat blog ni. bukan apa, kemalasan diri mencemburui walaupun idea banyak nak tulis macam2. tapi hanyalah disimpan di dalam draft tanpa di post. sungguh sadis. nak kata aku tak buka blog, everytime dok   blogwalking membaca post2 terbaru dari blogger2. cuma post je malas.

tadi ada kelas ganti untuk subjek komunikasi korporat. aku p juga walaupun malam. menginsafkan diri sebab nak exam. kalau ikutkan hati, malas nak keluar bilik sebab esok kena anta asgmnt n presentation, lusa pulak test n presentation lagi. otak ni dah berbelit2 kalau boleh tengok secara luaran.

dalam kelas tadi, belajar lah pasal imej dan reputasi dalam media ni. then my lecturer tanya 'siapa yang ada blog?'. sorang je membe aku mengaku. aku diam je sebab blog ni bukan pemes pun. tempat persinggahan aku tatkala sunyi je. erkkk..

ekceli bukan benda tu yg aku nak cakap. lecturer aku cakap, dia memang suka blogwalking tambah2 blog yg ada pasal isu2 semasa dan blog pasal politik. dia cakap based on subject, berblog ni boleh mendatangkan pelbagai kesan kpd kita mahupun orang di sekeliling kita. contoh yg dekat dengan kita ialah blog yg mengeluarkan berita2 yg tak sahih spt cerita yg tengah hot pasal artis nak saman sebuah blog ni. 

kadang2 dalam menulis, kita tak sedar dan akibat terlampau ghairah nak sebarkan sesuatu perkara, kita menjatuhkan imej seseorang individu tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara yg berlaku. seyesli la, mcm yg memang kita taw kan, biasanya kalo bab2 gosip ke, politik ke, kebanyakannya tidak tahu cerita sebenar tentang sesuatu isu. padahnya, semua pun terpalit dalam menyebarkan fitnah. betullah tanda2 khiamat kan, fitnah berleluasa.

melalui penulisan blog kita, kadang2 isu yg kita sebar beranak pinak dan ditokok tambah. bayangkan, betapa besar dosa yg dah kita buat?nauzubillah...memang kita diberi kebebasan media media tapi itu tak bermakna media tu baik juga. setiap benda ada baik dan buruk

akhir kata, renung2 kan lah apa yg dah kita buat dan paling penting, fikir secara mendalam sebelum menyebarkan sesuatu tambah2 sesuatu yang kita tak pasti lagi kesahihannya. wallahualam~~~