Saturday, 12 March 2011

kamu semua ada dlm hati aku

aku bahagia. bahagia kerana dikelilingi insan2 yg amat aku sayangi dan menyayangi aku. mereka adalah sahabat2 aku yang sentiasa di sisi. saat aku jatuh, mereka menyambut aku. saat aku sedih, mereka menumpangkan bahu mereka. andai ada yg harus aku korbankan untuk mereka, aku siap.. sahabatku, ketahuilah kamu semua ada dlm hatiku paling dalam. sehingga aku rasa tdk sanggup berpisah dgn kamu semua walau sesaat. aku takut, andai suatu masa nanti, kita terpaksa berpisah. ya, aku tahu perpisahan itu pasti. tapi ingatlah sahabatku. simpan aku dan kenangan kita dlm hati kamu.

terlalu banyak kenangan yg kita lalui sepanjang persahabatan kita. kita seperti melengkapi antara satu sama lain. ahh.. andai diberi peluang, ingin aku bersama kamu semua setiap masa. tetapi perjalanan hidup kita masih jauh. hidup yg kita lalui sekarang hanya permulaan. permulaan kepada hidup yg panjang.

ingin aku coretkan tentang insan2 istimewa ini..

(syafiq)
fiq yg sangat kiut..tol x?hehe. fiq ni, mmg sgt baik dengan aku. n dia gak, byk cakap!! haha. tp kecoh dgn org yg dia  rapat je. lau dgn orang lain, mau dia jd sopan ko..bila dh b'kumpul ramai2, mcm2 la t'keluar. rahsia hati pun terluah.. betoi x?? fiq, aku sayang ang taw!!!jgn lupa aku ok walau ape pun jd..


n si model ni, jimmy asmara..sgt kuat melatah n aku pun selalu usik dia. jahat giler aku. bkn apa. saje nak hidupkan suasana kot. si jimmy ni, walaupun dia bz p mai, p mai dgn xtvt dia tp dia tetap luangkan masa utk kami lepak sama2. sekarang, dia asyik tak sihat je.. jg kesihatan leklok ye jimmy. sayang jimmy..

si perasan hensem tp kecik ni lak, jasmi. dia seorang yg sangat mengambil berat. memang dia mcm abang la. kuat gak bebel kat aku. n suka gak jelez n cari gadoh dgn aku..haha..betul tak mie?? jgn marah!! sayang mie ucukkkk..=p

cik parah senget!!haha..ang memang sempoi r der.. mmg wa salute dgn kerock-an lu tu. aku taw ang syg aku n amik berat sal aku. n aku taw ang xnak aku sakit walau ape pun jd. ang pun sama, ang kena taw aku syg ang mcm mna yg ang syg aku. budak kecik ni, nampak je selamba. sekali die tengking, mau ko kena tampiling??

cik baizurai..sgt manis bila dia senyum..mau cair dibuatnye..kalo la aku laki kan, lama dah cair aku bila tgk dia senyum ni.. dia sgt mengambil berat. aku pun takut gak lau dia dh start bebel aku. sebijik cam mak aku dah lau mrh. hehe. dan dia la tempat aku gedik2 manja..huhu..mekacih bai..syg bai..sape nak isi borang, sila beratur ye..available lg ni..(^_')

ni ain..roomate, coursemate n soulmate mcm2 mate lg dgn aku. dia ni not avalaible ok. bila dia sengih, fuhh..sejuk hati. tapi kalo dia melenting, baik korang diam2 ok!! xpasai2 kena wushu dgn dia..hehe. cik in,ketahuilah walaupun dirimu kuat membebel, ku tetap syg kamu..hehe..

si kecik molek ni pulak cik oren a.k.a dayah..sgt comel n dia gak sudah berpunya. kuat buli aku dia ni. sampai kdg2 aku diam bila kena buli..huk2. kejam tak??=_="..dia seorg kwn yg boleh kongsi mcm2 n byk gak nasihat aku. nampak je muda tp jiwa tua nih..haha..cyg cik oren taw!!

mereka2 di atas di lah pelengkap kehidupan seharian aku.. aku tak taw mcm mana suatu hari nanti jika kami terpisah.. tak sanggup rasanya membayangkan detik perpisahan yg akan tiba itu. walau apa pun yg jadi, ingat janji2 kita. tetap bersahabat selamanya..aku sayang kamu semua...(T______T)






Friday, 11 March 2011

tsunami di Jepun

mengikut laporan berita harian online, Tokyo, Jepun dilanda gempa bumi b'ukuran 8.9 magnitud di kawasan timur laut jepun. akibat drpd gempa bumi itu, tsunami setinggi 4 meter m'hanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan b'hampiran pusat gempa. gempa bumi tu juga,  antara yg dasyat dlm tempoh 140 thn. akibat drpd gempa bumi di Jepun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran akan berlakunya ombak besar di Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Astraulia dan beberapa negeara asia lg. mengikut sebuah blog lain juga, gelombang besar selaju 800/jam sedang menuju ke Indonesia.


(ni gambar2 yg aku kutip2 kat blog2. dasyat kan..)


astagfirullahalazim.. agak ketar jugak la bila aku dgr berita  ni. seb bek tak buta IT kan. dpt gak tgn aku ni cari2 berita terkini. hmm.. apa yg aku blh habaq, walaupun kita Malaysia sering terselamat dr segala bala bencana ni, jgn dok senang hati goyang kaki sgt noo.. byk2 la doa agar negara kita dijauhkan dari malapetaka ni. tahu tak tu tandanya Tuhan marah??

sblm drpd ni, kita sering je senang hati bila negara yg kita menapak ni, terlindung dr bencana alam. tu yg tak ramai tahu syukur. bencana tsunami pd tahun 2004 masih jelas t'bayang lg di kepala. byk akhbar2 menyiarkan mayat2 bergelimpangan dan bangunan2 rosak teruk. kali ni, tak tahu la mcm mana sbb ia jugak teruk lbh kurang 2004..

semoga kita semua dilindungi dari bala bencana ni..aminn ya rabb..(-_-)




~panda jadian~

wahh..hari ni, 11/3/2011..ni  merupakan tarikh ajal utk m'hantar 2asgmnt yg mmg membebankan kami sbg student thn 2 ekceli..2 subjek yg berbeza. punya la dok pulun buat asgmnt tu sampai aku merepek entah apa2 dlm aku punya asgmnt.

dua asgmnt tu adlh subjek komunikasi, kuasa dan konflik. satu lagi komunikasi budaya. fuh...yg komunikasi kuasa tu xde la aku dok terkial2 sgt nak wat sebab bahan2 dah ade n draf pn aku dh rangka awal2. tunggu masa je buat. ni yg aku lemah ni, subjek komunikasi budaya. hampeh ko!! dah la bg asgmnt 2 minggu sebelum anta, pastu tarikh lak dok ubah2. memang pasrah jela kami sekelas. huhhh..

semalam memang aku tak tido dok pulun asgmnt. bila on9 je mlm td dlm pukul 3, 4 pagi bkn aku sorg je yg dok terkial2 xtidoq, geng2 aku pun same!! memang persatuan wat asgmnt last minit tol la..tepat kol 6.15 tadi alhamdulillah, asgmnt aku dah siap sepenuhnya. terus semayang subuh n tdoq sat sbb kls kol 8..aiiyya..=_="

spt yg kami sume rancang teka, memang ramai dok terkial2 pagi ni. haha..memang bajet nak msk kls 213 kul 10 lbh la kan. bukan pasai pa, pasai asgmnt xprint je pun..aku terpaksa monteng kls kul 8 td sbb mmg aku xleh bukak mata pun, kepala mcm ting tong dah. bgn2 kol 9.30. alamak!!! lewat nk p kls. seb bek time dok pkai tdung tu, membe aku kol n dia nak anta aku p kls..huhu..thanx yunk!!lepas dh azab tunggu bas kan at least. sampai je kt dwn kuliah, seb bek..lctre dibatalkan sbb pnsyarah kami xsehat dan suara die pun..wooww!!!romantik giler dah!! haha.. aku jeling2 membe2 aku, memang sume dah jadi panda jadian pg td dan sume ngaku, mmg xtidoq dok pulun asgmnt ni..haha.. xpe, yg ptg, 2 asgmnt kita yg plg berat dh anta. so, no more a big issue nak siapkan keje lain  yg terbaengkalai sebelum final exam ok uolzzz..

dan sekarang, aku nak tidoq puas2 sebelum bermulanya 2 big project group aku n lg 1 asgmnt yg kena submit sblm final exam. hopefully yg ni tak la kalut sgt sbb kami bekerja dlm satu group. segala beban bukan kepala sorang2. tu yang penting!!

oh ya, mlm ni membe aku dari KL akn mai ke penang. nampak gayanya, kena tdo lewat la nk tunggu dia. n esok, aku akan bawak dia pusing2 Penang dan fiq menjadi driver kpd myvi itam 100% tinted tu.. huk3. coz aku xley drive... membe aku senang2 je bagi aku kunci kete die. nah, amik biey nak gune anytime pun. hmm.. kena rancang dlu ni kat mane nak jual bwk die p jejalan  esok. kang masing2 garu kepala atas keta..aku dgn fiq la tu selalunya garu kepala tetapkan destinasi..

dah2, malas aku nak tulis byk2 ag..nak tidoq!!!jom..(^_')

Thursday, 10 March 2011

behave ur self..dont be like a bullshit!!

pernah tak korang rasa jijik?? jijik yg teramat jijik..benda2 bullshit ni wat aku btl2 jijik.. hati pun panas rasa. hey, kalo dulu kamu tak mengaku, menafikan tentang hakikat yang sebenar tu, kenapa kamu nak tutup dengan semua orang? kamu berani buat, so, u go a head la!! kamu pentingkan diri kamu tahu?

aku tak kisah kalau benda tu btl. tapi jgn dajalkan orang lain. kwn2 aku pun ada mcm kamu. tapi dorg xpernah gunakan org lain semata2 nak sorok kejahilan yg jelas nyata tu. tapi kamu teramat KEJAM. can u realize that?!! kamu kejam pada seorang manusia bernama AKU!!

dan sekarang, aku akan pergi tanpa sedikit berpaling pada kamu, iya itu tekad aku. cuma aku harap, kamu mendapat hidayah nanti biarpun aku tak mampu bawak kamu keluar dari jln itu. at least, kamu sedar apa yg kamu buat dan kamu sedar akan kecewanya ibu ayah kamu bila tahu kenyataan yang sebenar. dan lebih besar, kamu patut sedar yg kamu adalah seorang HAMBA. bila2 masa ajal itu akan datang dan mahukah kamu menghadapi sakaratul maut tanpa bertaubat??

jangan kerana nafsu singkat, kamu lupa taraf kamu di mata YANG SATU. aku juga hamba, aku juga tak terlepas dari melakukan kesilapan. tapi aku tahu mana yg hak dan mana yg batil. wallahualam~~~

Tuesday, 8 March 2011

datang dan pergi, itu lumrah


time tekun aku membuat keje, tetiba dpt satu call. tak kenal lak nombor, so tanya la sape?jawapan dia,"mungkin awk dh lupa kot. saya....". aik..pehal tetiba dia ni? aku hampir tak ingat dah. tapi thanx, sbb ingatkan aku pasal kamu kembali. kalau x, mungkin aku akan kehilangan seorg kwn(kwn kah kamu pd aku?). mungkin kita akan m'jd kwn. iya, hopefully.. jgn mohon lebih dr seorg kwn lagi krn aku bkn spt dulu..

begitu la kehidupan kita. hampir setiap orang yg datang, akan pergi bila sampai waktunya. tetapi apakah dia akan kembali? itu penantian yg tak pasti sesungguhnya. tapi bila hati btl2 terikat dan perpisahan itu menjadi perpisahan yg diredhai, kita pasti akan bertemu walau sejauhmana pun kita pergi meninggalkannya.

terfikir tentang seseorang. yg tidak pasti di manakah dia sekarang. menghilangkan diri lantaran kecewa mungkin. membenci dan terus melupakan barangkali? kamu pergi sebelum sempat aku katakan, yg kamu begitu bermakna. tetapi hanya sbg seorang abang kepada aku. begitu teliti kamu menjaga ku. merawat tika aku sakit, menyambut saat aku jatuh dan kamu sentiasa datang kala aku dlm kebuntuan dan kesedihan. tapi kini, aku sudah hilang harap untuk mencari kamu. maafkan aku.

begitu ramai yg kita jumpa dlm kehidupan seharian. adakala, walaupun bertemu sekejap cuma, sudah mampu menjadi sahabat baik. tapi tidak selamanya kita akan kekal begitu. sahabat, saudara, kekasih. boleh datang dan pergi. tetapi hanya yg setia dan berjodoh mampu bertemu kembali. suami isteri pun ada yg berpisah mati. inikan pula teman2 yg datang dan pergi. hanya ingatan dan doa mampu pertahankan sebuah perpisahan.

seperti kata pepatah, kita adakalanya lupa orang yg berada di depan mata lantaran terlalu memikirkan orang yg telah pergi. krn itu, kita menutup semua pintu yg ada tanpa mebuka ruang utk menerima mereka yg hadir. tapi jika ruang dibuka, adakah mereka yg hadir itu tidak akan pergi? bagi aku, jangan hadir kalau suatu saat kamu tekad utk pergi. kerana aku bukan mudah mahu menerima seseorang dlm hidup aku. dan jangan bertanya selepas ini kerana aku akan menutup segenap pintu yg ada pada hati aku tanpa membenarkan sesiapa menyakitinya lagi. cukup untuk aku bertahan selagi aku mampu.

datang dan pergi, itu hukum alam yg telah ditetapkan. terpulang pada kita mahu memaknakan segenap ruang yg ada.

dan memetik kata-kata Dr. Tuah: berlebih-lebih dlm suatu perhubungan, biasanya akan berakhir dgn sebuah perpisahan.

siapa anda pada masa hadapan, itu terserah kepada anda


time kecik2 dulu, sering gak terfikir bila besar aku nak jadi apa ye?mcm mana?walaupun semasa kecik kita masih seorang anak yg lurus, persoalan mcm tu mmg selalu bermain di minda biarpun kita ketika itu tak kenal lagi  erti hidup yg sebenar. bak kata org, yela..zaman bodo2 dulu..melalui kehidupan anak kecil jugak, kita mmg naif ttg jln yg harus kita pilih. bila cikgu kat sekolah tanya, "ye, murid2 nak jadi apa bila besar??"..maka bising la mulut kecil mereka menjawab, polis cikgu, askar, doktor..

dan berkisar kpd kehidupan aku, mempunyai 7 beradik tetapi disebabkan abang di asrama, akak di rumah atok, aku ibarat anak sulung dalam keluarga. agak berat sbnarnya tanggujawab tu. tapi dlm hal ni, aku memilih utk memikul segala tanggungjawab yg sepatutnya abang dan akak aku pikul. bagi aku tiada yg mustahil.

dilahirkan dlm keluarga sederhana. yup. tak la kaya cam raja. cuma apa yg kami perlu, kami sentiasa ada. aku bersyukur krn ibu bapa mampu menyediakan segala keperluan. tetapi tdk pula aku mengambil kesempatan atas apa yg mereka beri. kalo tak dpt sesuatu yg diingini, diamkan aje kalau benda tu bkn keperluan.

zmn remaja jugak, mcm2 cabaran silih berganti. selalunya, di usia remaja ni lah yg akan membentuk kita. dikelilingi oleh kwn2 dari berbagai ragam dan kawasan, tercabar jugak jiwa remaja mahu menurut. tetapi mungkin krn Tuhan masih melindungi aku dari melakukan perkara2 xelok, aku jauhkan diri dari segala perkara2 dan kawan2 yg ada unsur negatif. biarpun aku mungkin ada peluang nak wat dajal org kata krn ibu bapa yg sibuk bekerja dan hidup tidak begitu dikawal. alhamdulillah, aku terlindung dr semua benda2 xelok tu.

ramai antara kwn aku y terkandas di tengah jln krn mengambil jln mudah utk bahagia sementara dan bahagia yg xsampai kemana. tdk berani berkata byk krn ttg soal hidup, kita yg berusaha tapi apa yg tercatat di luh mahfuz, kita tiada hak.

bila hari semakin beredar, kita semakin belajar ttg hakikat hidup seorang manusia. sering aku mencari makna damai. sering juga aku mencari makna bahagia. dan segala pencarian aku selalunya dipatahkan dgn jawapan yg pasti dr mereka yg lbh taw ttg hidup. berkali ayah menyebut, 'anakku, jadilah insan kamil'. teringat pula puisi ditulis ayah kpdku. iya, ayah menulis puisi utk 'puteri kecil' nya ini. ayah, betapa bait katamu menyentuh hingga ke lubuk hatiku. sehingga kini aku berpegang pada kata2 mu walaupun mungkin pada zahir aku endah tak endah tp dlm masa yg sama, i think a lot. aku tahu, kuatnya hatiku  membuat ayah gundah. tapi krn kuatnya hatiku juga membuat ayah yakin pada anaknya yg satu ini.

termalu aku sendiri, bila ayah menyuruh aku berfikir makna ketuhanan. teringat pula ayah menyuruh aku memejamkan mata dan bertanya apa yg kamu lihat saat mata kamu terpejam? apakah kamu nampak diri kamu? owhh..ternyata aku masih gagal dlm ilmu itu ayah. sehingga kini aku mencari jawapan utk persoalan itu, tetapi masih buntu. ilmu ku hanya sedikit jika dibandingkan ilmu mu yg ttg ketuhanan dan hakikat hidup. tapi buanglah gundah mu itu ayah, kerana anakmu ini tidak buta hatinya dan aku tetap puteri kecilmu. walaupun aku tidak ke sekolah pondok, tapi aku terus mencari agama dlm hidupku. bibirku selalu basah dgn kalam Allah. dahiku masih sujud menyembah Yang Esa.

pelbagai perkara yg aku tempuh sepanjang aku bernafas di bumi milik Allah ini. adakalanya sesuatu perkara membuatkan aku selalu gundah. tetapi aku masih punya senyum. seringkali aku dikatakan kuat oleh teman2 ku. owhh teman, kamu semua tdk tahu betapa berat bahu aku melalui perjalanan biarpun aku sering menenangkan kamu semua sedangkan hatiku turut ragu dgn kekuatan hati sediri.

seorang teman memberitahu aku, setiap org akan melalui jln berbeza bella. setiap orang ada jln cerita hidupnya sendiri. kamu, aku dan mereka, kita semua melalui jln berbeza. persiapkan diri kamu utk menempuhi 1000 kemungkinan masa hadapan.

belum terlewat jika mahu menyusun semula langkah-langkah yg pesong itu. cukup dgn mengambil iktibar ttg apa yg telah kita lalui sehingga hari ini. masih ada masa hadapan utk insan yg berusaha. dan siapa anda pada hari esok, ia terpulang kepada diri anda sendiri. wallahualam~~~