Monday, 27 June 2011

selamat ulang tahun buat diri sendiri

alhamdulillah. syukur kepada Pencipta. hari ni genap 22 tahun aku hidup atas bumi DIA. aku masih lagi hidup sihat dan senang hati walaupun tak kaya ok!! tua2 macam ni kena la muhasabah diri sendiri ye dak? tenung balik mana yg patut kita baiki.

sebagai manusia, aku juga tidak terlepas dari membuat silap. apatah lagi bila bergelar anak muda. tapi syukur, aku masih dilindungi dari perkara2 yg tak elok. sepanjang hayat aku, ada juga perkara yg sia2 yg aku buat. ada juga langkah yg silap aku ambil. tapi tu semua mematangkan aku. yg membuatkan aku punya benteng diri.


semoga aku terus menjadi seorang yg kuat dan tabah dalam kehidupan ni. selamat hari lahir bella..(^_^)