Friday 26 August 2016

Jalan-jalan Kota London (Part 1)

Assalamualaikum wbt..

Hai uols.. Dah berhabuk, bersawang la blog ni. punya lah lama baru teringat nak buka balik since tak ada kerja ni kan. Lagipun blog ni takda follower sangat pun. Jarang-jarang aje ada yang tersesat masuk sini ye dak? Rasa banyak benda nak tulis tapi tahap kerajinan tu tak sampai lagi. Nanti iols update lagi apa yang rasa menarik lepas ni.

Ok, back to the main point. Dalam bulan Mac lepas iols sempat melawat Kota London. Pergi kejap sebab dah plan. Mula-mula kami laki bini plan nak ke sana dengan kawan my husband. tapi last minit mereka ada hal yang tak dapat dielakkan. So kami laki bini bincang punya bincang nak pergi ke tidak. Last2, kami decide teruskan plan awal. Sebab dari awal2 kami dah excited kan. Duit pun dah asingkan awal-awal. Jadi, iols share la sikit-sikit mana yang sempat. Kot boleh korang jadikan rujukan katanya. Amaran, entry ni sangat panjang! So, keep reading!

Ticket Flight

Yang ni iols tak dapat nak tolong sebab guna husband punya annual ticket. So husband uruskan semua pasal ticket nih. Cuma masa nak ke sana, iols naik Qatar Airways dari Kuala Lumpur-Doha-London. Kalau korang beli tiket biasa pun sama juga kena transfer di Doha untuk ke London. Since my husband kerja kat Doha, iols singgah semalam kat Doha sebelum keesokkannya kami bertolak ke London dalam pukul 7:45a.m waktu Qatar. Dari Doha ke London around 6 jam. Kami sampai Heathrow Airport tengah hari waktu London. 




Imigresen & Airport

Ok, ini sangat penting tambah-tambah untuk korang yang kali pertama datang sini macam iols nih. Pastikan korang print siap-siap resit book hotel ke, tiket pergi balik ke. Kalau tumpang rumah member, make sure ingat dan catit alamat. Masa iols sampai Heathrow Airport punyalah panjang beratur sampai 5 lane. Lenguh jugaklah nak tunggu satu-satu bersoal jawab dengan pegawai imigresen depa. Korang kena buat lek, buat peace dah la. Nanti dia akan tanya sambil catit2 details kita. Dia akan tanya kita kat sana berapa hari, stay kat mana, datang untuk apa. Dah lepas imigresen baru rasa lega. 


(Tunggu turn)


Tak ada nak check sangat masa sampai. Tapi masa nak balik nanti, haaaaa standby siap-siap naaa. datang awal-awal kat airport sebab dia punya kawalan masa kita nak keluar dari sana memang ketat. Check satu-satu. Habis beg kena selongkar (kalau tolong kemas takpe la jugak, ni sepah macam tu aje). Make sure  barang-barang cecair ubat-ubatan ke, make up ke, sila lah simpan dalam luggage siap-siap. Nanti kena buang sia-sia aje. Heathrow airport ni tak ada apa sangat. Tapi surau disediakan. Cuma korang kena pandai-pandai la ambil wuduk kat toilet tu. Dorang ni tak suka toilet basah-basah. 

Public Transport

Hotel kami berada di Bayswater. Jadi dari airport, korang boleh pilih sama ada nak naik heathrow express atau tube biasa je. Jadi, untuk minimumkan perbelanjaan, kami naik tube biasa je. Jimat la sikit. Dari airport, kami siap-siap beli oyster kad. Dia macam touch n go la. Senang nak bergerak kalau beli siap-siap. Kalau habis, topup je kat mana-mana stesen.


Harga dia 10pound tapi kita boleh ambil balik duit tu sebelum balik nanti. Drop kat mesin, ambil balik duit. Senang! Tapi, untuk dapatkan balik 10pound tu, kena guna sekurang-kurangnya 3 hari. Yang husband iols punya hilang 2 hari sebelum balik, so tak dapat la balik 10pound tu. Tapi tak apa, dia boleh guna lagi.

Dari heathrow kami naik tube biasa menuju ke Earl's court stesen untuk tukar tube ke bayswater. Korang nanti, make sure download siap-siap tube map dia. Iols ni bab-bab baca map, kurenggg. Nasib la husband terror bab nih. kalau tak, mau sesat. Depa punya train pening jugak lak. Stesen pulak, kalau underground, memang betul-betul underground. Kalau sebulan dok sini naik train, mau kurus iols .

Haaaa. Berbelit tak map dia? Kita KL ni senang ajer sebab tak ada banyak cabang sangat nak tukar-tukar train.

Selain dari naik train, korang ada lagi satu choice jimat untuk keliling Kota London iaitu, bas! Korang boleh pilih nak hop on hop off, big bus. Yang ni aku nasihatkan beli melalui online ok senang. Lagi satu kalau untung beli online ni time promotion, dapat diskaun. Masa iols beli tiket big bus, dia promo beli untuk 2 hari dapat sehari percuma. Jadi untung dah kat situ. Lagi satu untungnya, kalau beli tiket ni siap-siap, korang boleh naik river cruise for free jugak! Untung tak?   Kalau nak masuk madame tussauds tu, dapat diskaun and special lane. So korang tak payah nak beratur untuk masuk. Masuk je menonong camtu haaa. Harga masa iols beli tiket big bus online ni, 29 pound per head. Agak berbaloi jugak lah untuk 3 hari. Boleh naik turun sesuka hati selama 3 hari. Iols ni bukan rajin sangat nak jalan kaki jauh-jauh. Hehe



Hotel/ Penginapan/ Makanan/ Kawasan sekitar



Haaaa. Nampak tak nama hotel kat belakang tu? Berjaya Eden Park Hotel. Yang ni iols booking melalui agoda. Korang download je dari playstore. Pastu search la mana-mana kawasan yang korang nak. Payment boleh guna kad kredit. Sepatutnya mengikut plan asal pergi 2 family, kami nak booking melalui AirBnb je sebuah rumah. So, bila member tak jadi join tinggal lah kami berdua. Lagi senang book hotel la ye dok? Setakat ni, berbanding trivago, expedia ke, memang bagi iols agoda lagi murah sedikit harga hotel dia. 

Berjaya Eden Park Hotel ni, kalau suruh bagi rate, memang iols bagi 2/10 ajer. Tapi dia murah la berbanding Holiday Villa Hotel yang berhampiran. Harga around 80-90 pound/night.  Dia punya bilik memang ada dua ruang. Satu untuk queen bed, sebelah lagi untuk single bed. Jadi yang single bed tu kami letak beg, makanan semua, dan sebagai tempat solat. Bilik sempit sangat! Nak berjalan dua orang pun berlaga bontot la. Haha! Lagi satu tak puas hati, dia punya water heater ni tak boleh nak control. Mak engko memang panas air dia. Nak mandi kena on off dua tiga kali supaya tak panas sangat. Hotel ni hurmm memang nazak juga lah bagi iols. Nak pijak lantai pun takut. Krukk krakk krukk krakk bunyi lantainya. Tapi dia punya hater memang best walaupun heater tu nampak lama. Hangat jadinya bilik tu. Dengan cuaca 2 darjah celcius pada waktu malam, kalau heater tak berapa elok, mau beku kami laki bini.

Kat hotel ni jugak dia ada sediakan restoran masakan Malaysia. Ada laksa, bubur cha-cha, mee goreng. Depa ada buat penghantaran ke bilik jugak. So nak makan kat sini pun boleh. Harga pun affordable juga bagi iols

Makanan/Restoran/Mini Mart

Ok, tinggalkan bab hotel. Berbalik dengan kawasan sekitar penginapan, memang sebelum pergi lagi iols dah buat research. Hasil research tu, Bayswater adalah tempat paling strategik untuk kita muslim ni. Sebab area bayswater ada banyak Halal Food Restaurant. Ada McDonals halal, subway halal, barisan kedai Arab, mini market, tesco kecil. So korang tak akan berlapar lah. Siapkan duit aje.

Iols ni jenis suka standby awal-awal. Sebab first time kat sana kan. Tak tahu dia punya kawasan semua. Lagipun, iols ni perut melayu kampung. Asyik nak nasik ajer. Jadi, untuk tidak memburukkan keadaan nanti, iols pergi borong Brahims Food banyak-banyak. Bagi yang tak pernah dengar, ni iols bagi contoh kat bawah.



Iols ada beli nasi tomato, nasi goreng kampung, kurma daging, ayam masak merah, sambal bilis. Memang sedap! Tak rugi beli. Nak makan, korang cuma panaskan dalam air mendidih je. Lagi satu, sebelum pergi, bapa mentua ada bagi cooker kecil tu standby kan. Jadi senang hidup. Iols pergi je mini mart tu, beli telur, beli timun batang (husband tak boleh kalau tak ada sayur), beli oren jus, beli mineral water. So, jadilah dapur kecil dalam bilik tuh. Korang bawak lah kopi 3 in 1, teh 3 in 1, roti, biskut, beras sekilo siap-siap macam iols nih. Jimat duit banyak oii. 

Masa kat sana, 3 kali je kami makan kat luar. Masa nak keluar jalan-jalan, masak nasi, panas lauk then bawak bekal je. Husband iols ni memang tahu bini dia ni tak boleh tinggal nasi. Sebelum keluar memang kami makan nasi kenyang-kenyang. pastu bawak bekal lagi. Kalu tak jenuh dok teriak cari nasi iols ni. Hikss. Ni nak share satu restoran halal kat area bayswater. Fish n Chips dia memang sedap. Portion besar. Kami share dua orang aje makan. Dalam 13 pound. Ni orang arab punya kedai. Tapi tak tanya pulak la dari negara mana.




Bayswater/ pusat cenderahati

Tetiba iols excited cakap pasal bayswater. Kalau ikut kan kawasan dia kecil dan tak ada la gah sangat. Tapi hampir lengkap untuk kita menginap. Selain daripada mudah untuk dapatkan halal food, kawasan ni juga terkenal untuk membeli cenderahati sebagai tanda ingatan untuk sahabat handai di Malaysia.

Di kawasan ni, dipenuhi deretan kedai cenderahati. Antara barangan yang boleh didapati baju, keychain, fridge magnet, bag, mug dan sebagainya. Kawasan bayswater ni sememangnya dipenuhi warga Malaysia yang datang bercuti. So, bila jalan-jalan, rasa macam kat Malaysia pulak. Bila bertembung orang dari Malaysia, kami saling bagi salam dan berbual walaupun tak mengenali antara satu sama lain.

Uniknya bagi deretan kedai cenderahati di sini, pemilik kedai-kedai tersebut pandai berbahasa Malaysia! Bila masuk kedai, mereka sambut dengan ramah. Mereka saling berlumba untuk bagi harga istimewa kepada pelanggan. Bila ditanya kepada mereka, kebanyakan pelancong adalah dari Malaysia. Dan disebabkan itu, mereka belajar Bahasa Malaysia untuk menarik perhatian pelanggan. London umpama tempat wajib singgah bagi rakyat Malaysia.

Tips untuk membeli cenderahati di sini, korang boleh masuk ke beberapa buah kedai untuk bandingkan harga barangan. Kalau pandai tawar menawar, akan dapat harga yang sangat murah! Macam iols hari tu, mula-mula sampai dah survey kedai cenderahati. Hari last baru kami membeli belah. So, agak puas hati dengan harga yang ditawarkan.

Selain dari Bayswater, korang boleh jugak membeli cenderahati di Oxford Street. Tapi harga mungkin sedikit mahal berbanding Bayswater.

Berbasikal


Bagi korang yang rasa nak pusing-pusing tengok kawasan sekitar Bayswater tapi malas nak jalan kaki, korang boleh pilih alternatif naik basikal. Masa kami tengah tengok-tengok harga dia, mamat kat belakang tu ajar, harga untuk 24 jam ialah 2 pound. Tapi, dia free untuk 30 minit pertama. So, kalau nak jimat atau saja nak rasa korang boleh naik untuk 30 minit, pastu letak balik then amik balik. Haaaa pandai tak? Pada mulanya husband excited nak naik. Tapi mengenangkan takut susah nak jumpa tempat parking basikal, kami decide untuk jalan kaki aje lah pusing-pusing. Lenguh jugak lah. Nasib cuaca sejuk jadi tak lah kami berpeluh.

Malaysia Hall

Kalau dah nama orang Malaysia, tak sah kalau tak cari Malaysia Hall kan kat negara orang. Alang-alang Malaysia hall dalam area Bayswater je, kami pun gigih lah jalan kaki pusing mencari dan akhirnya jumpa jugak!


Ni gambar my husband depan Malaysia hall. Bila baca review sebelum pergi, ramai yang cakap wajib singgah pekena teh tarik kat sini. So iols pun singgah la untuk pekena teh tarik. Kat Malaysia hall ni lah kalau korang nak makan masakan Malaysia, kuih muih semua. Harga pun murah. Dah alang-alang singgah, kami beli rendang daging sebagai lauk. Dia kira satu portion dalam bekas plastik kecil, harga 3 pound. Makan 2 orang memang lebih dari cukup la. So, pendek kata kalau korang menginap kat hotel area sini, tak risau tentang makanan lah. Breakfast ada, luch ada. Jalan kaki je datang makan dekat Malaysia hall ni. Kedai makan dekat Malaysia Hall ni kecil aje. So janganlah expect macam restoran besar ok?



Ok iols rasa entry n i sangatlah panjang dan macam tak sesuai untuk sambung terus. Iols akan buat entry part 2 lepas ni khas untuk tempat shopping, tempat bersejarah, tempat wajib singgah. Nantikan entry kedua ye!

Thursday 19 February 2015

Beauty is pain

assalamualaikum...

Pa habaq semua? Berjaya jugak menjenguk blog ni untuk kesekian kali. Bila tengok trafik ada juga orang datang bertandang kat blog usang aku ni.

Menyentuh bab beauty biasanya sinonim dengan orang perempuan. Orang perempuan ni memang gigih kalau nak cantik. Sanggup berlapar nak kurus. Sanggup berhabis duit nak cantik. Macam mana aku tau? Sebab aku pun perempuan. Tapi tak lah obses dengan diet melampau dan make up berlapis-lapis. Cukupla sekadar sederhana.

Menyentuh bab cantik ni, semua orang nak cantik kan? Termasuk aku. Nasihat aku, janganlah terlalu obses nak cantik, korang menganiaya tubuh badan korang sendiri dan mengubah ciptaan Tuhan. Contohnya bab diet. Ramai yang salah faham dengan mendefinasikan diet tu sebagai 'Tak Makan'. Itu salah! Diet yang sebenar ialah kau ambil zat keperluan secara seimbang dalam kuantiti tertentu. Bukan tak makan langsung!

Ada jugak sebab nak kurus, sanggup pi sedut lemak bagai. Ambil produk yang tak diluluskan untuk kesihatan. Tolonglah adik kakak yang cantik semua. Jangan buat perkara yang mendatangkan mudarat. Nak cantik boleh, tapi biarlah dengan cara yang betul. Boleh?

Love ya!
Nabila

Sunday 8 February 2015

Buku Baru

Assalamualaikum wbt..

Dah lama sangat rasanya blog ni terbiar tanpa penghuni. Hari ni tergerak hati nak bersihkan sesawang blog. Tapi tengah menaip guna iPad ni lahaiiii kena sabar banyak2. Asyik auto correct je. Stress dibuatnya. Pertama, tak lambat lagi rasanya nak ucap selamat tahun baru 2015 kepada semua. Baru awal bulan February betul tak? Hehe.

Jadi setakat mana tahun baru korang? Ada baik? Aku setakat ni syukur Alhamdulillah. Masih sihat. Bertambah sihat agaknya? Huhu. Perkembangan yang paling ketara terjadi dalam hidup aku ialah kerjaya. (Ok hati tengah sakit menaip guna iPad). Pejam celik pejam celik. Rasa macam baru first year kat Usm. Perasan betul. Dulu aku selalu risau pasal kerja. Yela kalau tak ada kerja siapa nak bagi  makan. Ye dakkkk??

Kenapa aku cakap perkembangan ketara ialah kerjaya? Sebab dalam dua tahun ni aku asyik lompat kerja aje. kalau ikutkan kebanyakan company sebelumnya ada yang ok dan Ada yang KO. Jadi peluang untuk stay di sesebuah company tu tak terjamin. Katakan kalau kau fresh graduate. Starting gaji kau Rm2000. Tak payah nak membohong cakap kau boleh stay lama. Nak2 bila kau terima better offer. Kawan2 kau semua gaji gempak.kau akan mula tak senang duduk. Tapi nasihat aku, kalau terima better offer, apa salahnya cuba nasib. Tapi kalau nak tinggal  company lama, aku syorkan buat dengan cara elok. Bagi notis. Itu cara untuk jaga nama kau akan datang.

Esok aku akan mula lapor diri di company baru. Sebuah bank (bank apa dirahsiakan). Training 3 bulan then aku mula shift. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Kalau ikutkan aku hampir give up Sebab previous company memang teruk. Gaji tak besar mana. Jauh dari rumah aku. Hari2 kena stay office dengan kerja yang tak tahu bila akan siap. Memang azab bak hangggg. -.-"

Bila dah start kerja baru ni syukur sangat. Dekat kawasan rumah. Gaji okay. Elaun dan kebajikan terjaga(hopefully) sebab berdasarkan offer letter lah kan. Aku pasrah kononnya walau kerja shift Sebab elaun shift dibayar. Kebanyakan orang tak gemar kerja shift tambah lagi kalau yang dah kahwin Dan ada anak. Aku kalau kahwin insyaAllah tak ada masalah  Sebab aku di sini, dia di sana. Hahhhh. Korang yang bujang cepatlah rebut peluang kerja. Jangan asyik melangut depan tangga rumah kat kampung. Menghabiskan boraihhhhh.

Nasihatku kepada kawan2 yang takut nak keluar dari bawah ketiak mak tu, buka mata Korang.  Ambil peluang cari duit masa muda. Aku akui. Siapa tak sayang nak tinggal mak ayah, kampung halaman kan? Tapi Ada benda kau kena korban sebelum kecap kemanisan dia. InsyaAllah, Allah tak akan sia2 kan tangan yang meminta dariNya dan berusaha untuk mencapainya. Bukankah telah dikata Allah tak Akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya?

Sekian coretan pertamaku di permulaan tahun 2015. Akan ada bermacam cerita yang dikongsi. Biarpun tak ramai yang baca tapi aku yakin ada yang Akan tersesat ke sini. Maafkan kalau salah ejaan. Kena setting balik ni. Selamat membaca!!


Love,
Nabila
2015

Saturday 11 January 2014

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang Tahun Baru 2014

Assalamualaikum wbt....
Fuhhh, fuhhh, fuhhhh..itu bunyi tiup habuk sambil bersihkan sesawang2 kat blog ni.. Berzaman tak terusik, tak dijenguk.. Nasib hidup lagi dan aku masih ingat passwordnya.. =.=!
 
Tak terlewat lagi kot nak ucap selamat tahun baru 2014. Rilek lah, baru 2 minggu. Kan? :p
Tetiba rasa tangan gatal nak taip2. Asyik on9 guna hp je..Mana syok kan? Lagipun rindu buat asgmnt.(Kononlaa)

Apa khabar kawan2? Moga semua baik2 sahaja. Yang baru melangsungkan perkahwinan, baru bertunang, baru dapat baby, baru bertambah baby lagi tahniah korang!! Sorry sangat2 kalau yg undang aku ke majlis perkahwinan, pertunangan tu, tak dapat aku hadiri. Alsebabnya, hidup aku sangat la busy(kununnyerpunnn). Busy cari nafkah diri sendiri, busy kenal dunia, busy hadapi dugaan sorang2..sobss3..

Macam mana dengan pengakhiran 2013? sudah muhasabah dirikah tentang perjalanan tahun 2013 semuanya? Apa azam yang tak tercapai? Dan apa azam yang baru masukkan dalam list?
Berapa panjang list untuk azam 2014?
Semoga terus kuat semangat untuk menghadapi hari2 mendatang!

Muhasabah diri aku tentang tahun 2013.. 2013 merupakan tahun ujian untuk aku. Banyak sangat masalah yang jadi. Antaranya hampir setengah tahun aku mencari kerja yang sesuai dengan harapan akan stabil. Tapi mungkin satu kesilapan juga bila berhenti kerja lama, dan hampir setengah tahun aku kerja biasa2 untuk survive tanpa menyusahkan ayah mak kat kampung. Allah je tahu betapa peritnya bila susah sorang2 diri. Hingga jatuh tersungkur juga nak hadapi sendiri. Hampir putus asa. Dan hampir putus doa juga..

Tapi, bila difikirkan balik, bila muhasabah balik, betapa banyaknya hikmah di sebalik kesusahan. Aku kenal siapa kawan sebenarnya dan siapa yang ingin ambil kesempatan. Senang je nak tahu siapa betul2 sebenarnya kawan kau. Tengok masa kau susah. Siapa ada dengan kau, siapa yang tak putus2 bagi semangat dan SIAPA YANG TINGGALKAN KAU SORANG2. Betul apa yang orang cakap, kawan ketawa senang cari, kawan menangis, mendapat la nak cari. Terima kasih sangat2 untuk kawan yang sentiasa bagi kata2 supaya aku kuat semangat. Aku betul2 hargai. Tanpa kata2 semangat tu, aku dah lama putus asa. Dan aku kenal, siapa yang selalu cuba ambil kesempatan dengan harapkan balasan.

Hikmah lain, rezeki tanpa aku sangka. Betapa aku risau tentang rezeki. Asyik fikir, macam mana nak survive dengan kerja biasa2. Tapi, Allah itu maha pengasih. Rezeki yang DIA limpahkan tidak pernah putus. Walaupun tak bekerja hebat dalam setengah tahun, aku mampu simpan duit. Masih mampu bagi family duit walaupun aku sendiri selalu fikir, cukupkah duit untuk belanja diri aku sendiri? Rezeki yang tak pernah putus bila niat kita betul, dan rezeki tu berkat penat lelah kita sendiri. Alhamdulillah.

Kuat semangat! Ya, aku makin kuat untuk hadapi apa pun yang jadi. Lepas hadapi macam2, itu telah ajar aku untuk jadi seorang yang kuat biarpun tanpa orang lain. Walaupun ada yang tawarkan pertolongan, aku tolak dengan baik. Aku tak nak terhutang budi yang mana aku tahu, aku tak mampu balas.

Lebih dekat kepada Pencipta. Fitrah kita sebagai manusia kan? Bila ditimpa sesuatu, baru kembali kepadaNya. Ya, malu kepada DIA.. ='( Bila ditimpa ujian, barulah rasa diri dekat sangat2 denganNYA. Rasa bergantung harap yg tak berbelah bagi. Rasa DIA memandang kita dengan rasa kasih..Allahurabbi..

Apa pun, apa yang berlaku, baik atau buruk, ambil lah iktibar. Dan semoga kita berusaha juga capai apa yang kita mahukan. Dan jadi lebih baik dari sebelumnya.. ^_^
 
P/s : Maaf bebanyakla sebab tertulis panjang!! hehe. Peace yo!