Saturday, 17 December 2011

apa yang korang buat bila sedih?


dalam mood tak berapa nak ok. haha. serius shit. tapi masih terkawal.
nak kongsi, satu perasaan iaitu 'SEDIH'. bilakah perasaan ni akan jadi?
perasaan ni akan jadi bila korang kecewa, hampa, luka dan macam2.
aku tengok, lain orang, lain cara untuk hilangkan perasaan ni.
antara simptom2 yang manusia2 akan buat bila sedia ialah :

makan dan makan
-ok, ni bukan aku. orang kata, bila dalam mood sedih, keinginan untuk makan akan meningkat. dan banyak jugak kes obesiti berpunca daripada tekanan perasaan bila dorg tak dapat kawal diri. mereka akan menjadikan makanan sebagai alat untuk lepaskan perasaan. kalau perempuan, sah2 dorang akan cari ais krim, coklat n kek. tapi aku tak...hehe

karaoke
-ramai jugak yg pilih untuk karaoke bagi lepaskan sedih. bagi yang putus cinta, lagu2 jiwang akan jadi tema untuk pilih lagu karaoke. aku karaoke dalam bilik je..

jalan-jalan
-membe2 aku ramai macam ni. bila sedih, dorg akan p merayau2. ada jugak yg jalan sorang2. tapi aku tak sebab takut nak merayau sorang2. bagus jugak sebenarnya jalan2 ni sebab boleh tengok gelagat2 manusia yang akan buat kita senyum sorang2. best tak?

merap
merap. merap dalam bilik. ramai manusia2 jugak yg suka buat macam ni. termasuk aku. yela, dari merayau xtentu arah, menghabiskan duit, baik merap dalam bilik.hehe

tido
ini akan terjadi bila tekanan melampau. tido xingat dunia. bangun2 sakit kepala sebab tido melampau. aku jugak tak. hehe

ni yang aku buat bila sedih..

tak makan- biasanya bila sedih, aku takkan mampu nak sentuh makanan. bukan sebab tak lapa tapi sengaja biarkan perut kosong. tak bernafsu pun nak makan. biasanya orang yg akan sedar perubahan ni ialah mak aku. bila mak sedar aku tak sentuh makanan, dia akan bancuh air untuk aku. ok, sangat perlukan mak waktu macam ni sebab mak akan taw kenapa aku sedih sekarang.

merap-aku jugak akan merap, merap dan merap dalam bilik. orang ajak kua pun tak nak. bila merap, aku akan dengar lagu, tido, membaca dan on9 utk whole day. sekarang pun tengah buat. best ape merap dlm bilik??

nangis tanpa sebab-eh, bila sedih mestilah nangis bersebab kan?apedahh..biasanya air mata murah time mcm ni. kadang2 tengah dengar lecture pun boleh termenangis...haishhh

call '3 orang' paling dekat- ada 3 orang yang aku akan call bila keadaan sangat gila tak terkawal iaitu akak, mak dan sorang kawan aku kat upsi. bila dorang jwb je call aku, aku akan nangis, nangis dan nangis. gila tak?? bila dorang tanya, aku tak kan mampu jawab. tangisan aku je yg bercakap. itu bermaksud, aku perlukan dorang waktu tu. bila dorang dekat dgn aku, aku akan nangis atas riba dorang puas2. lepas tu aku akan ok..=__="

quran penyembuh sedih aku- aku akan baca quran melebihi kebiasaan. selalunya aku akan baca quran lepas magrib sementara tunggu isyak. tapi dalam keadaan tak menentu, aku akan baca dan terus baca tambah2 lepas subuh utk melupakan masalah aku. aku takkan bercerita pada orang lain termasuk sahabat2 paling dekat tentang masalah aku kecuali orang tu dah tahu kenapa aku begitu. lepas baca quran, aku akan ok dengan sendiri.^_^

p/s: maknanya, dekatkan diri dengan Penciptamu. mengadulah, menangislah hanya pada Dia kerana Dia selalu mendengar dan bersamamu. dia akan mendengar setiap rintihan mu walaupun rintihan hati kecilmu. anauhibukafillah~~~