Wednesday 4 May 2011

masalah obesiti

salam...

sekarang, terdapat satu isu yang menjadi semakin besar dan mendapat perhatian banyak pihak. iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. sehinggakan terdapat rancangan yang mahu menyekat/mengurangkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah.


bagi aku, seorang yang pernah jadi budak sekolah, sebenarnya nasi lemak bukan punca utama dalam masalah obesiti budak2. tambahan lagi kalo diambil dalam kuantiti yang sedikit. budak2, sama la macam kita. bila makan banyak nasi lemak, mestilah muak sebab ada santan. so, impossible budak2 nak makan 3 pinggan sekaligus time rehat kat kantin kan?

punca utama masalah obesiti budak2 ialah makanan segera. macam semalam, aku pegi mcd untuk breakfast. tengok budak2 dibawa oleh ibu bapa untuk breakfast. disebabkan hari cuti umum, berduyun2 la parents bawak anak2 breakfast kat sana kan. memang meletop la diorang punya breakfast, sedangkan aku makan pancake dan kopi je. budak2 bedal burger. punya besar selera diorang ni.

dalam hal yg macam ni, sikap ibu bapa menjadi punca kedua. sikap ibu bapa yang mempengaruhi sikap anak2 tentang amalam pemakanan. kalau dari kecik, anak2 diajar makan makanan segera, tak mustahil lah diorang terpengaruh dengan imperialisme budaya dari kecik kan? amalan pemakanan masyarakat kita sekarang sudah banyak berubah dan terpengaruh dengan pemakanan barat. contohnya, burger, ayam goreng dan lain2.


kalau nak kata penjualan nasi lemak kat kantin punca utama obesiti opkos la tidak kan? time zaman aku sekolah dulu, kat kantin ada jual kuih2, nasi,  TAPI, dah ada penjualan nuget, daging burger, ayam goreng dan sosej. makanan ni, budak2 akan beli dengan kuantiti yang banyak. misalnya nuget, haruslah tak kenyang budak tu kalau makan sekeping kan? apa yang aku perhati sekarang, kat kantin sekolah ni dah jual makanan2 mengarut ni semua. ada yang berkata peniaga kantin malas nak menyediakan kuih2 yang rumit macam donat, karipap. so, depa amik la inisiatif jual je makanan mudah kat budak2 kan? aku penah tengok sorang budak time teman adik aku makan kat sekolah, budak ni sanggup buang bekal yang dia bawak semata2 nak beli nuget. mungkin sebab takut kena marah dengan mak dia kalau tak habis kot.

dan, masalah obesiti juga, aku tengok banyak menyerang budak2 yang tinggal kat bandar. its doesn't mean, takde langsung budak kat kampung kena obesiti. ada jugak tapi jarang. ni mungkin sebab budak2 kat bandar yg lebih terdedah kepada makanan segera. kalau budak kat kampung, misalnya tempat aku, restoran kepsi ada 1 je. opkos la budak2 kena kumpul duit lagi nak makan kepsi sebab mak bapak tak galakkan. macam aku, kalo balik kampung, adik aku merengek pun aku tak pegi sebab tak nak ajar. sekali sebulan pun belum tentu aku bawak. aku lebih rela susah payah masak bagi diorang makan.

budak2 yang tinggal kat kampung jugak, biasanya lebih aktif. depa masuk bendang la tangkap ikan, panjat pokok la, masuk longkang la. banyak peluh yang depa keluarkan bila buat xtvt tu. berbeza dengan budak2 bandar, hanya tau main game la, ps4,  dan ngadap komputer. langsung tadak peluh. pastu makan, pastu tidoq. mana tak obes?

(budak kampung)

(budak bandar)

kalo kita tengok jugak, baby pun ada masalah obesiti sekarang. mungkin masalah tu disebabkan susu formula kepada baby oleh ibu yang tidak menyusukan sendiri baby dan sibuk bekerja. baby yang menyusu ibu biasanya jarang mengalami masalah obesiti. kalo ada pun, chubby jer..(^^,)



penyelesaiannya, maybe its not easy tapi impossible is nothing right? ajar anak2 dari kecik lagi tentang pemakanan sihat. contohnya, ajar anak2 makan sayur dari kecik. bagi depa try sayur2. lama2 akan terikut la. jangan pulak kau pegi bagi sayur mentah. lari la budak tu kang. cuba masak pelbagai sayur dan campurkan sayur dalam masakan. mesti depa makan sikit walau tak banyak.

(rasa cam nak makan je kan?)

semoga dapat membantu sedikit untuk mengenalpasti punca obesiti kanak2..(^_^)



Tuesday 3 May 2011

hari terakhir

alhamdulillah...tamat sudah exam hari ni. lepas habis exam tadi, gerak cepat2 ke palka wacana c10 sbb ada meeting untuk final year project next year. dalam meeting tu, muka sorang2 dah kelat. almaklum la, dah habis exam, patutnya kami kosongkan fikiran tapi dalam meeting tadi, masing2 kena perah otak, bertengkar sikit2 untuk keluarkan idea masing2. itulah lumrah bila kita berada dalam sesebuah team. adat la tu. hampir 2 jam dlm meeting, terus berkejar balik untuk solat asar pulak. memang rutin bila bergelar pelajar. tambahan kalo ada kelas petang. memang solat asar rapat ke maghrib la.

time aku tulis ni pun, baru je kemas barang untuk disimpan dlm stor. berpeluh gak la aku nak kemas barang walaupun tak banyak mana kan. tu belum masuk barang yang kena simpan untuk bawak balik esok. memang dasar birokrasi betul la..nak beli kupon simpan barang pun susah. kena tunggu stor bukak lagi. ni pun tak boleh mandi lagi sebab kalo mandi, memang berpeluh lagi la lepas angkut barang masuk stor.

ok, enough said. bukan tu yg aku nak cerita sebenarnya. malam ni, malam terakhir aku berada di usm sebelum berangkat pulang ke kampung untuk cuti selama 4 bulan. 4 bulan noqs, bukan 4 hari. sedih tak terkira. semalam jimmy dah pulang ke kampung. sedih bila hantar dia kat stesen bas. hari ni pulak, farah balik kl. bertambah sedih. tinggal aku, syafiq dan jasmi je. esok aku dan jasmi akan balik. tinggal syafiq pulak.

memang terasa bila kami berpisah. selalunya pun, balik kampung tak sampai 24 jam, aku dah sedih teringatkan mereka, ni kan pulak 4 bulan. aku tak tahu macam mana nak hadapi hari2 tanpa mereka nanti. selama 2 tahun persahabatan kami. sudah seperti adik beradik. bersama walau kemana dan dalam apa jua keadaan. kami memerlukan antara satu sama lain.

bukan mudah mencipta persahabatan tanpa sebarang perselisihan. tapi alhamdulillah, selama kami berkawan tak pernah lagi bertengkar. pergi ke mana bersama, buat apa bersama. sehingga ada orang yang jeles dengan persahabatan kami.

malam ni, aku akan keluar bersama syafiq dan jasmi. menghabiskan hari terakhir di sini.

terima kasih Tuhan kerana mengurniakan aku sahabat-sahabatku ini. dengan merekalah hari2 yang dilalui aku penuh dengan makna dan melengkapi hidup aku...

Sunday 1 May 2011

lelaki dan bola


salam...

seyesli, aku memang tak pandai nak tengok cara permainan bola sepak apatah lagi tak reti nak main football.. aisemenn..=_='

kata si jasmi, lelaki dan bola memang tak dapat dipisahkan. sebab tu la aku gigih kena kejut dia tengah2 malam semata2 dia nak tengok bola. tambah2 kalo MU lawan, gundah gulana la dia..eii..cepuk kang. tapi best sebab dia beli eskrem. haha. ekceli saja je letak syarat kena beli eskrem kat aku kalo nak suh kejut. hehe.

katanya juga, bola tu nikmat sangat. ah ahh..lebih nikmat dari tido sebab tu dia boleh tersengguk2 time shopping. walaupun aku tak faham kenapa la laki sangat2 minat bola. bukan semua yer. ada jugak laki yang tak minat bola. aku biarkan je diorang kalo nak tengok bola. kira bagi ruang la diorang nak enjoy tambah2 kalo dengan geng2 diorang. cuba untuk memahami. biasanya cuba untuk faham ayah n pak cik aku. adik aku yang laki tu langsung la tak minat. main bola pun tak reti.

kadang2, aku boleh tenganga tengok diorang dok terpekik2 kata ' GOL!!!!!'. haha. tambah2 kalo piala dunia. penuh la katanya kat kedai2 mamak. kalo diorang bersorak, macam nak pecah kedai tu.

tapi ada gak kes sesetengah laki ni, sanggup lupakan bola demi awek. wahh.. kira pengorbanan besar la ni. membe aku penah cakap, nak idup dengan bini gak. bukan bola. adoiii..wa salute lu der..mie, b nak masak bola masak 3 rasa. nak try tak???haha

disebabkan lelaki dan bola jugak, kami2 woman kena temankan si jasmi ni tengok bola..choiii sangat. pengsan kat kedai mamak 2 jam ok esok. dan kesimpulannya, memang aku tak tahu kenapa lelaki minat bola. huhu. layankan jelaaaaaaaa...=_="