Friday, 23 December 2011

kari ikan orang bujang

assalamualaikum wbt

hari ni mood rajin melampau. sebab mulut dah mengidam kan. terpaksa gagahkan diri keluar beli barang2 kat tesco. nasib baik dapur elektrik membe tak anta lagi. boleh gak merasa air tangan sendiri. =.= entah kenapa teringin sangat nak makan kari ikan. dan hari ni dapat gak buat. dok hostel ni xberapa berani nak masak2. kang xpasal2 loceng gila bunyik. sapa nak jawab?

dah merepek. meh tengok resipi mudah kari ikan orang bujang macam saya.

5 ekor ikan kembung segar
1 paket kecil kari ikan adabi
1 ulas bawang merah bombay
3 ulas bawang putih
daun kari
halia (tapi tak letak)
lada hijau
bendi
santan
garam dan sedikit perasa

cara membuat

1. panaskan minyak n masukkan bawang putih, merah dan daun kari

2. masukkan serbuk kari yg dah dikembangkan (saya kembangkan serbuk kari dgn air panas. nak masukkan serbuk kari terus tanpa dikembangkan dulu pun xpe)

3. bila nampak bahan tumis tadi macam dah pecah minyak, masukkan santan

4. bila santan dah mendidih, masukkan ikan yang di cuci bersih, sebelum tu masukkan juga garam n perasa


5. last sekali masukkan bendi n cabai


taraaaa..da masak..


selamat mencuba semua. ni kes nak makan kari mamak tekak tak lalu. so, buat kari mudah sendiri. nilah kerja orang muda dok hostel iaitu saya..^_^