Saturday 9 April 2011

eh, nak habis dah?


ehh?? hari sabtu ye hari ni? 9 april 2011? wahh..sedar tak sedar. masa begitu cepat berlalu. yup. semestinya benda yg jauh dari kita ialah masa sehinggakan kita harus selalu mengejar masa.

bagi siswa-siswi kat malaysia sekarang, dah tiba penghujung semester. sama macam aku. macam tak sedar pulak hari ni dah bermula study week. bererti, tak sampai sebulan, semester ini akan berakhir setelah menjalani final exam. semua dah kalut bukak buku. yang malas dah jadi rajin (aku la tu). yang rajin makin rajin. tapi semua tekanan dapat dirasakan ketika ni. nak2 kalo korang final year kan. takut ya amat. sedih pun ada gak bagi siswa2 final year sebab korang akan tinggalkan zaman pengajian korang selepas berjuang menuntut ilmu.

aku pulak, akan bergelar senior next sem ok. senior yang baik punya. bila fikir2 balik, takut pun ada, tak sabar pun ada kerana aku juga akan meninggalkan zaman pengajian dalam masa setahun lagi. dan sekarang, setahun tu macam sebulan je ok. tapi walaupun rasa kejap je, time tu la ko akan tertekan sangat2 sbg final year student. yup, macam senior2 aku, bila dah final year, diorang akan kalut melakukan final year project (fyp). kalo course science pulak, sibok membuat tesis tu, tesis ni. macam kami student mass comm, opkos la ada fyp kita orang. mcm yg pernah aku post sebelum ni, healthy lifestyle campaign 2011 merupakan fyp senior kami. dan campaign tu menang bagi anugerah fyp masscomm terbaik. cayalah..harap2 fyp aku nanti dpt social campaign..amin..

sekarang, nak cite pasai study week la baii..ni aku masak ni time study week. masak separuh ok. time study week mcm ni, kawasan usm dah sunyi sepi. hangpa nak taw dak awat dok lengang camni? bukan pasai depa dok study dlm bilik tapi sebab depa dah blahh balek umah. ceitt!! sgt jeles. jeles bukan sebab aku tak balek kampung, tapi sebab aku balek lewat occay!! huk3. tapi nak wat cmne, aku ada lagi 1 presentation utk group project hari selasa ni. so, terpaksa la balek 12/4 malam dgn si jasmi. hehe. sapa2 yg tak balek, jgn dok jeles na. alahh.. bukan aku tak taw, ramai gak yg balek dan memang kebiasaanya, semua u pun mcm tu.

sangat tak best dok sini time study week. nak2 roomate aku yg umah dekat tu je pun dok kalut nak balek. tiap2 minggu balek. tinggal aku sesorg. blok desasiswa pulak tak yah cakap la. selalunya, ada gak suara minah2 gedik dok terpekik terlolong tengah2 malam nyembang kat bangku lua. tapi bila time study week, semua lesap.

rasanya kalo study week ni makin malas adalah. ramai yg balik kampung pun main je lebih. hehe. yg paling malas aku tengok time study week mcm ni ialah, AKAK CLEANER. ceitt!!. malas betul la akak ni. ade ke toilet tak cuci?kalo cuci pun campak2 ayaq camtu ja. padiaa?? hangen tol. hangen bukan sebab apa, tapi sebab dah jenuh aku buat aduan kebersihan, mcm tu ja lagi. tak pasai2 aku jadi cleaner hari ni. =,="

ok, tak pasai2 aku marah akak cleaner yg suka nyanyi dangdut time cuci toilet tuh. dulu, time akak aku ada kat sini, memang aku pun tak balik time study week. sebab dia ada dan aku boleh manja2 dgn dia. tak la sunyi sangat bila dok dengan dia. sekarang, tinggal membe2 je. mestila tacing nak balek kan. sobs3.=')

sangat takde kena mengena dengan tajuk. huhh. sebenarnya, nak cakap kata alu aluan je. betul eh? semester ni, macam2 kenangan ada. manis ada, masam ada, 3 rasa ada. memang lengkap kisah seorang student. dan aku rasa, sem ni memang aku agak banyak ponteng kelas. hehe. tapi tak la selalu der. kekadang jer.

semester ni pun aku rasa, paling best sangat sebab, hubungan dengan kekawan makin rapat. kawan baru pun makin ramai. dan tak kurang, tambah musuh gak. cehh.. buat kekawan aku, gud luck 4 da final exam. dan buat orang2 yg buat salah tu, pandai2 la korang mintak ampun. nak exam dah ni. kang tak pasai2 tuhan bagi balasan kat ko. opss...tett!!

aku pun nak mintak maap kalo2 ada terbuat salah ke, korang terasa ke. sape2 yg buat salah kat aku, aku dengan senang hati memaafkan sebab aku bukan jenis suka berdendam. aku maafkan walau besar camne pun kesalahan korang. aku percaya setiap apa yang kita buat, baik atau buruk ada balasannya. cuma tunggu masa tuhan nak bagi.

jangan kaco boleh?


hehhh, pegi lah!! p main jauh2. jgn dok tengok2 aku. jgn dok jeling2 aku. aku tak suka ok?? ape? ko tak faham bahasa melayu? bahasa urdu faham? apa yg susah sgt ko nak faham yer?? sudah terang dgn cahaya matahari, lagi ko nak suluh dengan lilin ke?

aku tak suka kena paksa. aku tak suka dengan orang yg aku tak suka dok ganggu aku. aku tak suka bila mana aku terfikir benda bukan2.

aku punya dunia, dan dunia aku begini. aku punya mata..eh?? ape aku merepek ni? tak suka!!!

AKU NAK BALEK!!! diam2 ok??sigh****

Wednesday 6 April 2011

bolehkan lelaki dan wanita berkawan baik?



nak juga cakap pasal isu yg orang sebok dok cakap. bolehkah wanita dan lelaki berkawan baik? bagi aku la, boleh kalo kita berkawan baik dengan lelaki atau sebaliknya. tapi bila ramai kawan lelaki, mungkin ada masalah lain dgn persahabatan tu. terpulang pada kita bagaimana nak menganggap hubungan antara sahabat itu.

tapi bila terlalu rapat dengan sahabat kita tu, sama ada kawan lelaki atau perempuan, banyak masalah yang akan timbul. aku bagi tiga masalah utama yang wajib timbul dalam persahabatan lelaki dan perempuan.

masalah pertama yang wajib timbul ialah 'GOSIP'. ok, gosip nyah, gosip. bila dah rapat, selalu bersama ke mana2, orang yang melihat akan berbulu ketiak mata nengoknye. yela, dah ko p makan sekali, hang out sekali, wat keje sekali. mana tak timbul gosip kan? betul tak? (jap2, nak pikir). kadang2 benda ni kita tak perasan pun. yela, nak2 bila dah jadi kamcing kan, selalu la bersama. ni antara lelaki dan perempuan. tapi kalo laki dengan laki ko kata gay pulak kan? habis tu, macam mana? masalah betul la.

masalah kedua terbesar, salah seorang akan tergelincir hatinya kepada sahabat itu. sama ada kawan perempuan kepada lelaki dan kawan lelaki kepada perempuan. yup, jatuh hati pada sahabat sendiri. perkara ni banyak jadi. berdasarkan apa yang aku perhati, benda ni kacang jer. bila dah selalu bersama, korang keluar berdua, wat pape berdua, korang rasa tak lengkap bila tak tengok muka membe ko tu sehari. mesti cari peluang nak jumpa dia. ekceli benda ni di luar kawalan. kadang2 tak perasan pun kita buat macam tu. tapi aku tengok ada je dalam kalangan kawan2 aku yang macam tu. bila dok jauh, mula la gelisah, rindu. dalam tak sedar, korang dah 'jatuh cinta' kepada kawan baik korang sendiri.

TAPI, ada kes yang berlainan jugak, bila salah seorang sedar yang kawan dia suka kat dia dan dia tak suka kat kawan tu, dia akan jauhkan diri dan membenci kawan sendiri. daripada kawan baik, jadi musuh. wahhh..bala ni, bala. kita bako jer!! eh, tetibe.>_<  perkara ni aku penah tgk time skolah menengah dulu. sampai kawan aku yg laki tu, malukan kawan baik dia sendiri semata2 pompuan tu ada hati kat dia. well, berhati-hati di jalan raya ok. nak lintas tgk kiri kanan dulu. silap hari bulan, kawan ke mana, ko ke mana. lain la kalo dua2 tepuk dua belah tangan, boleh la korang teruskan drama cinta berepisod tu.

masalah ketiga ialah, menjadi masalah bila, korang ada kekasih atau kawan korang ada kekasih. kalo kekasih kita atau kawan kita sporting takpe. buatnye jenis cemburu rabun camner?? terus kena sound r ko. memang banyak kes berlaku. bila kita berkawan baik, pasangan masing2 akan wat hal. mula2 kapel takpe la. semua manis. kalo dah lama2? manis melayang, masin melayang. yang tinggal masam jer.

sebab tu ramai orang kata, kalo nak cari kapel, cari yang boleh terima kita seadanya dan terima siapa kawan2 kita. lain la kalo kawan ko buat benda tak elok kan? yang tu memang kena jauh la. tambah2 orang laki, nak kekasih dorg faham tentang depa dan kekawan depa. kalo ada kapel camni, bagi la ruang utk pasangan korang buat hobi dia sekali sekala. nak lepak kedai mamak ke, tengok bola ke. biaq p je, jangan kaco. sesebuah hubungan mesti ada give and take. dan kita juga ada privasi masing2. ada waktu tertentu, tak boley kaco. baru la aman damai rumah tangga korang. eh, mandai je aku erkk??kekasih korang, lantak korang la kan? aku nak sebok lak..(-_-")

penah gak jadi kat aku, akibat berkawan rapat, hubungan membe aku dan awek dia berantakan. sebab tu aku fobia sikit nak kawan rapat dengan laki. sekarang pun, kalo kawan laki aku ada awek, aku menunggu bila sampai masa sesuai, aku akan jauhkan diri dari dorang. tak nak sebab aku, hubungan mereka terjejas. aku akan hepi kalo kawan aku hepi. =')

ada jugak sebuah persahabatan yang membawa hingga ke jinjang pelamin. bermula dengan persahabatan, timbul cinta. itu lagi bermakna bagi aku sebab, korang kenal siapa kawan baik korang kan? kenal baik buruk dan tahu kelebihan dan kekurangan sahabat korang sendiri camne. macam membe aku, mula2 berkawan baik, tup2 kawen dah dorg. alhamdulillah..

tu je yang boleh aku kongsi dengan korang. kalo nak ikot, memang banyak lagi masalah2 lain. tapi yang tu semua sampingan jer dan penat kalo aku nak cite banyak2.=,="


p/s: bagi aku, cinta tu memberi selagi terdaya tanpa mengharapkan apa2 balasan. cinta adalah terima, apa adanya. tidak meminta lebih kecuali memberi. aku pun sedang menunggu hadirnya seorang kekasih yg boley aku panggil, incik kekasih yg mana boleh aku usik2, boleh aku ketuk2 dan boleh aku manja2 dengan die..huaa..bilakah akan jadi kenyataan??dengar cite jatuh hati kat tuto. he is indian!!wahahaha..=p

Tuesday 5 April 2011

i am single and i'm ok!!



ramai dah dok bising2 kat aku. terutama kawan2 aku yang banyak mulut..haha. akak aku pun dah tanya. ayah dan ma pun sama. apekah?? rilek la.. aku muda lagi kot. life begin at 40..erkk?? salah2, tu laki. eleh, pompuan pun boley occayy!! =_="

kawan2 dok tanya, "wehh biey!! ang bila nak cari laki nih? ang sapu je laki tu, laki ni". erkk.. ekau ingat sonan nak bantai mana2 laki? mati den kalo salah sapu. nanti licin pulak dah. hehe. aku taw, kawan2 kalut pasal aku. takut aku kawen lewat kata depa. tapi ok wat? pompuan sekarang harus pandai berdikari ok. tak payah nak harapkan laki kalo dah kawen. stabilkan diri dulu, bantu mak ayah dulu. ni tak, muda2 dah kawen pastu tadak keje la ape la. harapkan suami 100%. bukan nak kata kawen awal tu tak bagus, tapi yang aku nak tekankan kat sini ialah, pompuan harus berdikari. memang kita tak minta benda2 tak bagus berlaku tapi persediaan tu penting. 

macam kes kawan aku, kawen time study jadi bini no. 2. then dapat anak sorang, bini 1st orang tu dapat taw. apa lagi, kena cerai la dia. memang kesian sesangat kat kawan aku tu. lebih kesian lagi, laki tu ialah 'cikgu' aku. ok, watefishhhh!!! memang aku mengamuk lepas dapat taw depa kawen. kawen senyap2 tanpa pengetahuan sesape lak tu. tapi benda dah jadi kan, tak dpt nak kata apa dah.. sepatutnya, laki tu yang membimbing dia, bukan menghanyutkan dia. yela, sebagai orang yg lebih tua, opkos la ang banyak pengalaman kan? taw je camne nak cairkan hati budak tu. kasi duit sikit, kasi ayat sikit, meleleh2 la. haishh.. kalo kes mcm ni jadi dan laki tu bertanggungjawab takpe. berani mengiktiraf status perkahwinan mereka pada semua orang. ni tak, pengecut! ko buat berani, tapi kena gertak dengan bini tua sikit terus gelabah? kata gentlemen? gentlemen ke lelaki lembut nyah??owh damn!!

ok, agak emosi di atas. zzzz.. bagi aku la, mungkin pendapat sementara sebab aku masih single kan. sila jangan pandang rendah kat orang single boley? taw r aku tak lawo..sobs3.='(. ok, stop da drama pliss..banyak sebab kalo orang masih single ni. nak2 kalo yang umo hampir nak masok 30 an kan. banyak la mulut2 tempayan terbukak. eh, 'anak si bedah tu, dah nak masuk 30 kan? tak laku dengar cite. anak dara tua'. can u plis stop it mak cik2? itu semua dasar pandang ke timur. eh? tak berkaitan ok.

bagi pompuan2 zaman sekarang, memang kebanyakan mereka mengejar ilmu. tengok sajahlah kat universiti. berderet2 yang buat ijazah sampai la ke phd. kalo masuk u utk ijazah, habis2 gerenti umo hampir 23,24 gitu. mana nak keje lagi kan. kedudukan pulak tak stabil. kalo yang sambung master dan phd tu, sah2 la dekat 30 jugak nak menghabiskannya. ni salah satu faktor orang pompuan single dan kawen lewat.

sebab lain semakin ramai pompuan single lama2 jugak krn mereka punya tanggungjawab yg besar. pada diri, keluarga. tambahan lagi kalo anak sulung, ramai adik beradik dan keluarga susah. mestilah besar tanggungjawab depa kan. org pompuan ni biasanya, sanggup berkorban untuk family. kebanyakannya memang begitu. contoh terdekat ialah arwah ayong(mak long aku). disebabkan family ayah aku tak berapa nak senang dulu, dan ayong merupakan anak sulung, dia sanggup tolak pinangan2 semasa umo 20an. semata2 nak bantu family. pengorbanan dia cukup besar. bantu adik2 sampai berjaya dalam pelajaran. tapi dia juga tak sia2 kan masa. ayong tetap sambung study ketika kerja. pernah dia kecewa dan bukan tiada ikhtiar dia utk mencari jodoh. tapi semua yang hadir hanya melihat pada rupa dan harta dia. Tuhan lebih menyayanginya. ayong dijemput ke rahmatullah pada tahun 2009 ketika hampir berumur 50an tanpa sempat merasakan nikmat perkahwinan. aku yakin dan percaya, ada jodohnya di syurga.(-_-)

dan aku pulak, aku rasa tak perlu nak rushing2 untuk mencari pasangan cepat2. tak perlu nak berkomitmen lagi buat masa ni. memang kawan2 aku ada cakap, terima je kalo lihat orang tu sesuai dan blh dipercayai. tapi nak wat macam mana, betul2 tak ready lagi. sampai saat akan ada jugak yang akan curi hati aku. korang jangan risau ok. (^_^)

biarpun single, its doesnt mean, i am available. im not going to try and prove to everyone that i can juz get another guy. im not going to do something stupid like that. jangan ingat senang2 nak dekat dengan aku dan panggil aku sayang2 ok. cukup aku menyampah dengan mulot2 bergula merah ni. silap orang kalo nak ayat ok. 

p/s : perlu bersiap utk group discussion sat lg. maghrib pun da msk. out dulu. papai n assalamulaikum..^_^



kalau malu, memang rugi

sejak buat blog ni, aku senyap2 jer. tak kasi taw sape2 pun. membe rapat aku je yang taw. malu okess..blog tak pemes. dan disebabkan perasaan malu itu, aku dah rugi. sebab tadak orang taw pasal blog ni. jarang2 je tetamu jenguk. ntah apa yg aku malu, aku pun tak tau. mungkin malu sebab penulisan tak top pun.

tapi tadi aku mencekalkan diri. post link aku kat fb. lepas tu, berderet2 la membe2 fb aku yg hampir seribu tu bukak. fuhh..baru idop blog aku. ni tak, senyap sunyi je. tula, len kali dengar orang2 tua lama cakap. malu bertanya sesat jalan. tak gitu kome?

----------------------------------------------------------------------------------------
tu cite pasal aku punya malu la. ni, nak cite lagi satu jenis malu yang tak berapa nak malu la. lebih kepada tak berani. ok, betul dah kot ayat aku.=_=".

dalam hidup ni, kadang2 kita terlalu malu nak buat sesuatu. even though perkara tu kadang2 ada kebaikannya. tula orang kata, buat baik malu, buat jahat senang2 je ko eh? contohnya, nak alihkan batu ke, kayu ke kat jalan. korang malu padahal benda tu benda baik dan dapat pahala. malu konon orang tgk, tak macho la kunun..hehh..

malu (dlm erti kata lain, takut) juga memang merugikan. meh nak kongsi satu cerita ni. aku ada tengok satu kisah la. ada laki tu, memang suka, sayang n ntah pape lagi aku pun tataw kat sorang pompuan tu. tapi tiada keberanian dlm dirinya. mungkin kerana takut akan sebuah penolakan mungkin. takut malu bila ditolak. tapi dia tak tahu, yg pompuan tu juga suka pada dia.

ini memang rugi besar ok!! dua hati yg saling menyukai. tapi tiada keberanian antara keduanya..syahdu btl la kisah ni. (T__T). peliss la.. beranikan diri boleh tak? kalo yg pompuan tu aku paham la jugak, mungkin malu nak mulakan langkah. tapi kalo laki?harusla berani kalo ingin memiliki. hmm..tataw nak kata apa haihh..

TAPI!! malu ni ada sebab la jugak. macam yang aku taw, lelaki tu pernah terluka hebat. sebab tu takut nak mulakan langkah. takut perkara sama terjadi lagi.

walau pape pun, beranikan diri korang nak hadapi segalanya ok? memang akan ada baik dan buruknya keberanian yg korang tunjukkan tu. tapi itu lumrah hidup la, ada naik dan turun. tak kan la nak episod sama je setiap hari? itu rugi namanya.

sampai bila kita nak duduk dlm takuk yg sama? masa akan merubahnya sedikit demi sedikit. sampai bila nak lari dari masalah? benda tu tak kan selesai. walau apa pun dugaan, walau apa pun masalah, cuba hadapi dengan tenang dan berani. aku tahu, mengatakan 'cuba' memang senang tapi mahu melakukannya sukar. tapi tiada salah mencuba kan? siapa tahu ur dream will come true?

fighting!!!!




Monday 4 April 2011

ubah lagi

menyusahkan diri mengubah background blog lagi. sebab nampak cam pelik jugak. jasmi pulak tanya, warna biru takde? apalagi, gigih la aku ubah2 blog ni. last buat gabungan kaler biru dan kuning. kaler dah jadi macam b..r  jasmi yg beli kat jusco dah!! haha.

blog ni sangat baru aku buat dan tak pemes pun. sobs3..>.<. malu ekceli nak post link blog kt fb. hanya membe2 yg rapat je taw sal kewujudan blog tak pemes ni. tengak jela kat follower. baru hampat orang jer. tu pun membe2. huaaaa.. sedey ok!!

sebenarnya aku ada satu blog dulu. tapi aku dah delete sebab blog tu memang aku buat saja2 dan tak serius. bila pikir2 balik, nyesal lak delete. tapi kalo tak delete, blog tu jadi mcm blog klasik. memang dia punya function dalam tu pun lain bila aku tengok balik dengan yg baru punya.

blog ni aku tak nak hias2 jadi berat sangat. just a simple blog. tak nak boh bunga2 bagai. hanya tambahan aku taruk hamster n video je kat bawah. tu pun sebab hamster tu comey dan video tu cool!!

blog ni hanya picisan semata2. hanya cerita aku dan hidup aku. tak berkaitan dengan mereka yg aku tak kenal. so, kalo kisah cam sama je, itu kebetulan je. blog ni juga macam diari terbuka aku dah. diari harian yg tak berapa hari2 dan mengandungi kisah yg nak aku kongsi je. tapi tak semua kisah yg boleh aku kongsi. benda2 yg personal takley la cite kan. kalo cite pun dalam kiasan je.

tu je aku nak gitaw. sape yg nak suruh aku jadi follower, tinggalkan link kat bahagian chat. dan sape2 yg rasa nak follow silakan. nak jadi silent reader pun takpa..silakan2..sobs3(-_-")