Tuesday 5 April 2011

kalau malu, memang rugi

sejak buat blog ni, aku senyap2 jer. tak kasi taw sape2 pun. membe rapat aku je yang taw. malu okess..blog tak pemes. dan disebabkan perasaan malu itu, aku dah rugi. sebab tadak orang taw pasal blog ni. jarang2 je tetamu jenguk. ntah apa yg aku malu, aku pun tak tau. mungkin malu sebab penulisan tak top pun.

tapi tadi aku mencekalkan diri. post link aku kat fb. lepas tu, berderet2 la membe2 fb aku yg hampir seribu tu bukak. fuhh..baru idop blog aku. ni tak, senyap sunyi je. tula, len kali dengar orang2 tua lama cakap. malu bertanya sesat jalan. tak gitu kome?

----------------------------------------------------------------------------------------
tu cite pasal aku punya malu la. ni, nak cite lagi satu jenis malu yang tak berapa nak malu la. lebih kepada tak berani. ok, betul dah kot ayat aku.=_=".

dalam hidup ni, kadang2 kita terlalu malu nak buat sesuatu. even though perkara tu kadang2 ada kebaikannya. tula orang kata, buat baik malu, buat jahat senang2 je ko eh? contohnya, nak alihkan batu ke, kayu ke kat jalan. korang malu padahal benda tu benda baik dan dapat pahala. malu konon orang tgk, tak macho la kunun..hehh..

malu (dlm erti kata lain, takut) juga memang merugikan. meh nak kongsi satu cerita ni. aku ada tengok satu kisah la. ada laki tu, memang suka, sayang n ntah pape lagi aku pun tataw kat sorang pompuan tu. tapi tiada keberanian dlm dirinya. mungkin kerana takut akan sebuah penolakan mungkin. takut malu bila ditolak. tapi dia tak tahu, yg pompuan tu juga suka pada dia.

ini memang rugi besar ok!! dua hati yg saling menyukai. tapi tiada keberanian antara keduanya..syahdu btl la kisah ni. (T__T). peliss la.. beranikan diri boleh tak? kalo yg pompuan tu aku paham la jugak, mungkin malu nak mulakan langkah. tapi kalo laki?harusla berani kalo ingin memiliki. hmm..tataw nak kata apa haihh..

TAPI!! malu ni ada sebab la jugak. macam yang aku taw, lelaki tu pernah terluka hebat. sebab tu takut nak mulakan langkah. takut perkara sama terjadi lagi.

walau pape pun, beranikan diri korang nak hadapi segalanya ok? memang akan ada baik dan buruknya keberanian yg korang tunjukkan tu. tapi itu lumrah hidup la, ada naik dan turun. tak kan la nak episod sama je setiap hari? itu rugi namanya.

sampai bila kita nak duduk dlm takuk yg sama? masa akan merubahnya sedikit demi sedikit. sampai bila nak lari dari masalah? benda tu tak kan selesai. walau apa pun dugaan, walau apa pun masalah, cuba hadapi dengan tenang dan berani. aku tahu, mengatakan 'cuba' memang senang tapi mahu melakukannya sukar. tapi tiada salah mencuba kan? siapa tahu ur dream will come true?

fighting!!!!




No comments:

Post a Comment