Wednesday, 6 April 2011

bolehkan lelaki dan wanita berkawan baik?



nak juga cakap pasal isu yg orang sebok dok cakap. bolehkah wanita dan lelaki berkawan baik? bagi aku la, boleh kalo kita berkawan baik dengan lelaki atau sebaliknya. tapi bila ramai kawan lelaki, mungkin ada masalah lain dgn persahabatan tu. terpulang pada kita bagaimana nak menganggap hubungan antara sahabat itu.

tapi bila terlalu rapat dengan sahabat kita tu, sama ada kawan lelaki atau perempuan, banyak masalah yang akan timbul. aku bagi tiga masalah utama yang wajib timbul dalam persahabatan lelaki dan perempuan.

masalah pertama yang wajib timbul ialah 'GOSIP'. ok, gosip nyah, gosip. bila dah rapat, selalu bersama ke mana2, orang yang melihat akan berbulu ketiak mata nengoknye. yela, dah ko p makan sekali, hang out sekali, wat keje sekali. mana tak timbul gosip kan? betul tak? (jap2, nak pikir). kadang2 benda ni kita tak perasan pun. yela, nak2 bila dah jadi kamcing kan, selalu la bersama. ni antara lelaki dan perempuan. tapi kalo laki dengan laki ko kata gay pulak kan? habis tu, macam mana? masalah betul la.

masalah kedua terbesar, salah seorang akan tergelincir hatinya kepada sahabat itu. sama ada kawan perempuan kepada lelaki dan kawan lelaki kepada perempuan. yup, jatuh hati pada sahabat sendiri. perkara ni banyak jadi. berdasarkan apa yang aku perhati, benda ni kacang jer. bila dah selalu bersama, korang keluar berdua, wat pape berdua, korang rasa tak lengkap bila tak tengok muka membe ko tu sehari. mesti cari peluang nak jumpa dia. ekceli benda ni di luar kawalan. kadang2 tak perasan pun kita buat macam tu. tapi aku tengok ada je dalam kalangan kawan2 aku yang macam tu. bila dok jauh, mula la gelisah, rindu. dalam tak sedar, korang dah 'jatuh cinta' kepada kawan baik korang sendiri.

TAPI, ada kes yang berlainan jugak, bila salah seorang sedar yang kawan dia suka kat dia dan dia tak suka kat kawan tu, dia akan jauhkan diri dan membenci kawan sendiri. daripada kawan baik, jadi musuh. wahhh..bala ni, bala. kita bako jer!! eh, tetibe.>_<  perkara ni aku penah tgk time skolah menengah dulu. sampai kawan aku yg laki tu, malukan kawan baik dia sendiri semata2 pompuan tu ada hati kat dia. well, berhati-hati di jalan raya ok. nak lintas tgk kiri kanan dulu. silap hari bulan, kawan ke mana, ko ke mana. lain la kalo dua2 tepuk dua belah tangan, boleh la korang teruskan drama cinta berepisod tu.

masalah ketiga ialah, menjadi masalah bila, korang ada kekasih atau kawan korang ada kekasih. kalo kekasih kita atau kawan kita sporting takpe. buatnye jenis cemburu rabun camner?? terus kena sound r ko. memang banyak kes berlaku. bila kita berkawan baik, pasangan masing2 akan wat hal. mula2 kapel takpe la. semua manis. kalo dah lama2? manis melayang, masin melayang. yang tinggal masam jer.

sebab tu ramai orang kata, kalo nak cari kapel, cari yang boleh terima kita seadanya dan terima siapa kawan2 kita. lain la kalo kawan ko buat benda tak elok kan? yang tu memang kena jauh la. tambah2 orang laki, nak kekasih dorg faham tentang depa dan kekawan depa. kalo ada kapel camni, bagi la ruang utk pasangan korang buat hobi dia sekali sekala. nak lepak kedai mamak ke, tengok bola ke. biaq p je, jangan kaco. sesebuah hubungan mesti ada give and take. dan kita juga ada privasi masing2. ada waktu tertentu, tak boley kaco. baru la aman damai rumah tangga korang. eh, mandai je aku erkk??kekasih korang, lantak korang la kan? aku nak sebok lak..(-_-")

penah gak jadi kat aku, akibat berkawan rapat, hubungan membe aku dan awek dia berantakan. sebab tu aku fobia sikit nak kawan rapat dengan laki. sekarang pun, kalo kawan laki aku ada awek, aku menunggu bila sampai masa sesuai, aku akan jauhkan diri dari dorang. tak nak sebab aku, hubungan mereka terjejas. aku akan hepi kalo kawan aku hepi. =')

ada jugak sebuah persahabatan yang membawa hingga ke jinjang pelamin. bermula dengan persahabatan, timbul cinta. itu lagi bermakna bagi aku sebab, korang kenal siapa kawan baik korang kan? kenal baik buruk dan tahu kelebihan dan kekurangan sahabat korang sendiri camne. macam membe aku, mula2 berkawan baik, tup2 kawen dah dorg. alhamdulillah..

tu je yang boleh aku kongsi dengan korang. kalo nak ikot, memang banyak lagi masalah2 lain. tapi yang tu semua sampingan jer dan penat kalo aku nak cite banyak2.=,="


p/s: bagi aku, cinta tu memberi selagi terdaya tanpa mengharapkan apa2 balasan. cinta adalah terima, apa adanya. tidak meminta lebih kecuali memberi. aku pun sedang menunggu hadirnya seorang kekasih yg boley aku panggil, incik kekasih yg mana boleh aku usik2, boleh aku ketuk2 dan boleh aku manja2 dengan die..huaa..bilakah akan jadi kenyataan??dengar cite jatuh hati kat tuto. he is indian!!wahahaha..=p

2 comments:

  1. wahhhhh..........semakin jiwang jiwa ang ni
    hahaha~

    ReplyDelete
  2. aiyyaooo!!! ade unsur2 jiwang ke kat atas??:p

    ReplyDelete