Sunday, 12 May 2013

Kerja, kerja dan kerja

Assalamualaikum wbt..


Lama tak menjenguk blog usang. Zaman study dulu tiap hari dok blogwalking. Takda keje laju2 on9. Tapi semua berubah lepas peralihan dari zaman universiti kepada alam pekerjaan. Rasa macam takda life pulak. Pergi keje berteman bulan, balik keje pun berteman bulan.

Sejak kerja ni, otak asyik berfikir je. Zaman study kalau penat, tak cukup tido boleh jugak tuang kelas sekali sekala. Bila dah keje ni, jangan berangan nak landing atas atas katil sampai kul 10 pagi. Lepas subuh dah pergi keje. Kalau lambat, memang cari nahas. Nak2 keje swasta , kau punya performance tu sangat dititikberatkan. Kau punya gaji ke, bonus ke based on ur performance. Bagus kau punya keje, bagus jugak kau punya gaji.

Bila dah keje, nak merewang pun takda mood dah. Kalau terasa nak shopping pun, time off day laju2 p shopping pastu balik rest kat umah. Dia punya penat masa keja ni lain macam sikit. Badan blh dikatakan tak cukup rest. Dalam kepala fikir nak rest aje lepas habis keja n off day.

Tapi satu kepuasan bila dah bekerjaya, kau boleh pegang duit sendiri. Nak keluar shopping, beli barang2 keperluan tak payah mintak kat mak bapak. Malahan boleh bagi mereka belanja pada mereka setiap bulan. Alhamdulillah. Rezeki masih murah sampai hari ini. Perut tak pernah lapar, pakaian tak pernah kurang. Sykur Ya Allah..

kalau rajin kerja, insyaAllah, Tuhan akan tolong. betulkan niat nak cari rezeki halal, bantu family. Rezeki ada kat mana-mana. Tapi harus kena ingat, dalam kesibukan mencari rezeki, hubungan dengan Allah pun kena jaga. seperti kata 'Kerja lah seperti engkau akan hidup seribu tahun, tapi beramal lah seperti kamu akan mati esok hari'. Seimbangkan dunia dan akhirat. insyaAllah redha Allah mengiringin dalam kehidupan kita.

p/s: sedang cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik. fikir yg baik2,buat yg baik2. dan semoga kehidupan kita lebih baik..insyaAllah..^___^