Saturday, 19 March 2011

make a move, stay health!!

mesti korang pelik bila tgk tajuk aku kan. tapi bagi bebudak USM, mesti taw ape xtvt yg berlangsung dlm USM skrg kan. aku sbg student 2nd year, course pulak persuasive comm. mestilah terlibat dgn event2 yg berkaitan dgn masscomm ni. meh nak cite skit sal masscomm kat USM ni. 

di USM, t'dpt pusat pengajian komunikasi dan dipecahkan kpd 3 major bila di 2nd year. 3 major tu ialah journalist, persuasive n broadcasting. memang kami akan terpisah dr rakan2 sekelas bila di tahun 2. bagi aku lak, aku pilih persuasive comm sbb aku bercita2 nak msk dunia korporat suatu hari nanti. i'ALLAH. dan dlm persuasive comm lak, student2 dibahagikan kpd 2 final year project iaitu adwave n campaign bila di tahun akhir. semuanya berkaitan dengan pemujukan dan periklanan.

bila dah dianjurkan final year project oleh senior2 kami, ase bertanggungjawab pulak la nak membantu. sbb, kami pun akan melalui benda yg sama pd thn akhir nanti. bayangkan apa perasaan kalo takda org yg nak tlg kita nanti? mau nanges ko. dan aku n membe mendaftarkan diri menjadi junior executive utk Healthy Lifestyle Campaign 2011. 
(ni lah logo kempen kami n tema kempen ni adalah 'make a move, stay healthy for Malaysia' )

kempen ni sebenarnya dah lama berlangsung dengan adanya roadshow di beberapa tempat dalam Penang dan juga xtvt lain. hari ni hanya kemuncak kempen. kempen ni bertujuan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan bukan hanya sihat luar tetapi juga kesihatan yg bermula dari dalam diri sendiri. kempen ni dipenuhi dgn pelbagai xtvt menarik seperti, pameran kesihatan, blood donation, pelbagai jualan, game dan    sesi talk bersama tetamu jemputan mengenai kesihatan.

ketika kempen ni dijalankan, aku ditugaskan di bahagian gerai kosmo! yg mana aku perlu menjual akhbar n majalah. selain itu, kat gerai ni jugak ada pencarian wajah kosmo!. sape2 yg berminat memang berpeluang utk masuk pencarian wajah kosmo! tadi. geleng kepala la aku tgk dorg. bape jam b'siap sblm nk amik pic.
(ni pulak banner pencarian wajah kosmo!)

time duty tadi, memang penat ditambah lg dgn panasnya. sabo jela. dah tugas kan. sbb bosan membelek2 majalah, aku tukar tugas dgn membe. hehe. aku jg bahagian game pulak. best jugak dpt main skali dgn peserta. baru aku taw yg aku ada bakat main bola jaring bila byk kali dpt masukkan bola. nyesal lak kua dari pasukan skola dulu. huhu. time jaga game tadi gak, ada baby melawat kami! hehe. mmg comel sesgt baby ni.
(ni la baby tu. nama dia siti soleha. ada rupa ibu mithali tak?)

dari mula xtvt senamrobik hingga la jam 3 ptg, aku mmg serender la. penat sgt! dah blur dah. apa lagi, angkat kaki balik lah. esok ada lg sehari dan akan berakhir dgn charity walk pd 26 mac ni. kat bawah ada beberapa gambar yg sempat diambil time kami boring jaga booth. hehe..papai!!

(time pagi dgn muka tak puas hati sbb baju besaq!)

(wif cik oren)

(ni la antara BFF aku)




Friday, 18 March 2011

kenapa aku susah nak marah



(kredit to cik google)

ni pulak jawapan kenapa aku susah nak marah? kenapa? meh nak cakap..

semalam tengah ym dengan salah sorang bff aku, aku wat2 la marah. then dia kata, 'biey marah? cam lawak je biey marah'. ok, aku pasrah je...=_="

lawak ke kalo aku marah wehh?? tak rasa lawak pun. rasa serius je. time skola dulu, aku memang serius. tak da masa nak pedulik kat orang sebab aku memang mengejar kecemerlangan time skola dulu. dulu2 la, sekarang tak..huk3. kalo aku diam je time skola dulu, membe2 aku memang tak berani tego sikit pun. cuit aku pun tak. kata dorang, dorang takut. aiyyaa..kecuali sorang bff laki aku ni time kat skola, memang dia amik port landing tepi aku. memang tak taw malu la kamu ni. tapi aku awal2 warning dia, nak dok sebelah aku diam2 n jangan kaco aku. ok, kamu memang mendengar arahan sebab kamu nak duduk sebelah aku kan. kamu memang terbaik sebab tak pernah tinggal aku dan jaga aku. thanx kawan!!

kalo kat skola dulu jugak, aku bukan suka marah orang, tapi aku fokus, fokus n fokus jugak. even though takde cikgu kat kelas, aku stay je kat meja aku. bukan tak nak melepak dengan membe2 bergosip pasai cikgu hal2 dunia budak skola kat belakang tu, tapi masa skola dulu aku memang fokus sama ada cikgu tengah mengajar atau pun buat keje lain sebab aku taw, kat umah aku malas mengalahkan cipanzi. sebab lain jugak, aku memang tak suka amik taw pasal orang yg takde kena mengena dgn hidup aku.. ececehh..kekwat gila ayat!! tapi betul wehh, aku memang mcm ni kat skola dulu. femes pun sebab selalu dapat anugerah kecemerlangan setiap kali exam.ehem3.(^_^")

bila dengan adik2 kat rumah pulak, aku sgt penyayang. wahh. maybe sebab aku yg paling rapat dgn adik2. walaupun aku penyayang, kalo aku marah habis diam la adik2 sebab aku jarang marah. orang kata, kalo orang yg jarang2 marah ni, sekali meletop, habis la. adik2 aku memang bertuah sebab aku jarang marah. bagi aku, tak payah la nak marah bagai. ko psiko je budak2 tu, menurut la dorang. tapi cara aku memang berkesan. adik2 dengar cakap aku berbanding akak aku yg garang tu, adik2 aku melawan pulak bila akak marah dorg. bila aku jarang marah adik2 blh pulak kata, 'kak la ni bila masa serius?asyik tak serius je. orang cakap serius, dia selalu je main2'. amik ko bella..(-_-")

kesimpulannya, aku bukan tak nak marah tapi aku ni tak reti marah dan malas nak panas2 hati ni der. wat aku sakit jiwa jer. aku tak marah bukan jugak bermaksud aku tak serius dan main2 dengan sesuatu benda tu tapi aku tak nak la tunjuk bersungguh sangat. kan tak elok marah2 ni. cepat tua taw korang!! hehe. so, jgn cepat marah or melenting dgn benda2 kecik ok? jadi awet muda dengan sengih cam kerang wangi yer~~~papai n gud nite!!

Thursday, 17 March 2011

cerita yang berbeza


(kredit to cik google)

'Hidup ni hanya sementara. Bila sampai suatu detik, kamu akan berfikir kembali tentang apa yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu sehingga hari ini. Hidup kita ada noktah. Bila sampai waktu ketika, kamu akan kembali seperti yang sedia adanya kamu'.

Akhir2 ni, banyak kisah duka yg didendangkan pada aku. Mahu mengeluh? mahu mengherdik atau mahu terus menyokong? Aku juga manusia, aku juga pernah melalui apa yang kamu lalui. Mungkin kamu semua sebaya dengan aku. Mungkin jalan cerita hidup kita hampir serupa. Kadang2 aku mengeluh. Kadang2 aku termenung. Itulah reaksi bila diajukan pelbagai soalan tentang satu kata bernama CINTA.. Hendak aku berkata lebih, aku bukan pakar. Apatah lagi diri tiada pengalaman yg cukup. 

Aku tahu perasaan kamu kawan. Bila mana kamu menangis, bila mana kamu merintih duka. Iya, aku turut merasakan sedih kamu itu. Kerana aku juga punya kisah duka. Apa yg aku boleh katakan pada kamu, sabar teman, itu hanya kisah singkat hidup kamu. Kamu akan lalui seribu jln berliku daripada apa yg kamu lalu sekarang. Ini hanya langkah pertama. Iya, mungkin kamu marah. Semua hanya kata bersabar, tapi bahu yg menanggung?

Jika aku mampu melawan kesedihan hati aku, jika aku mampu bangkit dari kisah duka aku, kenapa tidak kamu? Kamu tahu kemampuan diri kamu sebenar. Kamu tahu yang kamu tidak selemah itu. Teruskan melawan hati duka kamu itu teman.

Bagaimana pula dengan kisah cinta yang tak pernah bersatu? Iya, mungkin pelik kedengaran. Tapi ini perkara biasa. Seorang yg rapat dengan aku mengadu, "kenapa mesti ada bayang2 dia mengekori aku walaupun aku tidak pernah cari dan tidak pernah minta?". Hmmm.. Mengeluh aku mendengar rintihan kamu itu. Bukan hanya hari ini aku mendengarnya. Tetapi sejak beberapa tahun yg lepas. Aku tahu, langkah kamu hanya ingin mencabar orang yg menoreh luka dlm hatimu. Tapi bukan itu yg terbaik. Mungkin kamu mahu membuktikan yg kamu tidak lemah di mata dia. Tapi apa makna semua itu jika dia tidak mampu menilainya? Aku bimbang kamu akan terluka sendiri kerana cinta kamu, tak pernah bersatu. Jangan teruskan langkah kamu jika kamu tahu, kamu akan luka sendiri.

Bila diajukan pula tentang cinta yg pasti tak akan bersatu hingga ke akhir, aku terkedu sendiri. Soalan apakah ini? Kenapa aku yg harus menjawabnya. Iya, bila diajukan tentang cinta sejenis. Aku diam. Mungkin juga terasa. Bagi pandangan aku manusia yg keras hati ini, cinta tu satu anugerah terindah. Cinta tu tiada yg salahnya. Tapi kepada siapa kamu jatuh cinta, itu yg akan menjadi masalah. Adakah cinta sejenis yg membawa sampai ke syurga? Jawapannya TIDAK. Hanya cinta yang sah antara seorang Adam dan seorang Hawa. Itu hakikat yang nyata lagi jelas dan jangan kamu menolak hakikat yang kamu sendiri pasti itu. Aku tidak berani berkata banyak kerana aku memang tak mahu tahu pasal ini. Jadi, baik abaikan sahaja bila diajukan soalan tentang ni kan?

Ada juga yg mengatakan pada aku. Iya, kami hanya mempermainkan orang lain kerana kami pernah terluka dan dilukai. Guys, pernah tak kamu berfikir secara rasional, kenapa cinta yg kamu impikan tidak dapat bersatu? Mungkin bukan jodoh kamu dengan kesayangan kamu. Jangan jadikan kekecewaan kamu sebagai tiket melampiaskan amarah pada orang yg tulus mengasihi kamu. Percaya lah pada hakikat nyata, jodoh itu rahsia Allah. Sejauh mana pun kita pergi, sekuat mana pun kita menolak cinta itu, jika ia adalah milik kita, kita akan bersatu. Itu suatu yang pasti.

Walau apa pun takrifan kita, aku percaya pada hukum alam. Apa yg kamu lakukan sekarang, menyakiti, menyayangi dan melukai ada balasan tersendiri. 

aku mahu ruang senyap itu

aku memang selamba, aku memang sempoi dan aku memang blurr tapi xsemestinya dgn sikap aku yg macam tu, aku xde perasaan..so what? im juz me..i cant be somebody else..n plez go a way if u juz want to hurt me. panas hati jugak la bila orang kata, hey, kamu mcm mana dgn dia? mesti bahagia kan? but im not bro..jangan tanya aku macam2 blh tak? 

penat bila terpaksa berhadapan dengan orang2 know nothing bout me and then tetiba tanya pasai peribadi aku. pe kes? memang byk kelukaan yg aku lalui but im juz ok. kamu-kamu tahu tak betapa aku mahu tersungkur bila diduga?? kalau boleh aku nak tutup semua kelukaan yg pernah aku lalui. dan kebanyakan orang memang tak tahu menahu tentang diri aku kecuali kawan2 terdekat dgn aku. aku memang penat, penat melayan kerenah orang yg xpernah habis nak tahu pasal aku. pasal hidup aku. sedangkan sekali aku buang sesuatu dari hidup aku, aku tak kan pernah kutip benda tu lagi. dan setakat ni aku masih boleh sabar menutup segala benda yg negatif tentang sesiapa je. bukan stail aku membuka aib orang lain. tolong paham kalau korang ada hati perut. jangan tanya benda yg aku memang tak boleh jawab dan benda yg memang aku tak nak taw dh. 

dari dulu, sampai sekarang. aku diam, aku sabar dan aku tenang bila dugaan datang. sehebat mana dugaan tu, sedasyat mana aku jatuh tersungkur, aku tak pernah sekali pun mengalah. dan aku tak akan sesekali kalah dengan benda2 nonsense ni. sering aku sakit, sering aku sedih. tapi tak pernah sekali aku tunjuk begitu aku melawan benda2 tu semua. 

semoga benda2 ni semua beredar dari aku segera. penat nak melayan nye lagi. aku perlukan ruang senyap itu. ruang senyap yg boleh membuatkan aku diam, tenang dan berfikir dgn rasional....(-_-)

Monday, 14 March 2011

alhamdulillah...

alhamdulillah..settle dah perkara yg membuat aku kusut siang tadi.. pening gak bila dok pikir2.. sampaikan aku tak lalu makan pun tadi..blurr pun ada gak..bukan apa, kesian kat membe aku yg sorang tu la..terus monyok bila benda tu jadik.. bila tengok muka dia mcm tu, makin serabut aku.. dia tu kalo susah hati gerenti monyok terus la.. nampak sangat serabutnya.. balik je tadi, try rilek. tarik nafas panjang2. fuhhh..

satu je aku pikir, yes..everything will be ok. balik tadi, membe aku kol. kesian dia. penat2 baru balik dari jauh. susah2 kol aku. risaukan aku n takut gak pape jadi kat aku. tapi aku blh rilek lg walaupun dlm kepala dok kusut pikiaq. dia bagi jaminan, esok perkara tu akan settle dan abang dia akan turun ke penang esok. dia kata, bila abang dia cakap semua settle, tak payah nak risau pape dah.. susah2 lak dia tak bagi aku risau n bawak aku p makan sebab dia taw aku mmg tak makan pape dari td..huk3..

thanx a lot darl... sebab tak bg aku susah pun. kamu tak pernah berkira sedikit dengan aku. thanx sesangat..(T__T)

Sunday, 13 March 2011

hari yg malang

hmm...t'paksa melepaskan keluhan.. hari ni hari yg sgt malang..yeahh.. tapi benda dah nak jadi. nak buat cmne kan.. kita tak minta pun.. tapi apa yang aku blh ckp, kamu jgn risau ye..walaupun perkara tu menjejaskan kamu sedikit, aku akan selesaikan perkara tu..no worries dear..dan sila senyum ok..tak suka bila lihat kamu sedih dan monyok je!!!!

You and Your Dumb 'F***'

This poem I made special for you and your dumb 'F***'
don't try to get mess with us... Don't kill yourself for what you did... 

Love me or hate me..Go ahead
Don't try to lie..
I trust you NEVER...
Don't get mess with me...
All my life, I've been good,
Rethink, what the hell???
No, not again...
No matter you are on ur kness..
Begging please stay with me..
My finger is pointing to ur head...
Get out  from my life...
Yes, right now.. leave..
I can find another u in a minute...
But this time not a dumb one...
Adumb one like u and ur dumb F***
Well, I can go out on a million date..
I just need some time to play... 
Don't be sorry...
You are just using me...
But in a different way... I was using you babe...
Unluckily u
Take it..take it all...
All the love in the world...
Yes, it is all made for u and ur dumb lover...
Hahaha.. this is my limit...
For all this pain.. I keep it to myself...
Don't u ever try to cheat me again..
I know what u did..
I can tell them if i'm such a devil...
Under the pressure...
Don't tell me what to do..
Peace off of what u did
Remember, every steps that i take is another mistake to u...
Congratulations for what u did..
Thanks for acting like u care...
Of dear... u r juz my puppy...
Please be good to me...
If not, u will dead..
Even if u kiss my ass.. I will never find u again...
And this is THE END...


thanx to my gf..