Thursday 17 March 2011

cerita yang berbeza


(kredit to cik google)

'Hidup ni hanya sementara. Bila sampai suatu detik, kamu akan berfikir kembali tentang apa yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu sehingga hari ini. Hidup kita ada noktah. Bila sampai waktu ketika, kamu akan kembali seperti yang sedia adanya kamu'.

Akhir2 ni, banyak kisah duka yg didendangkan pada aku. Mahu mengeluh? mahu mengherdik atau mahu terus menyokong? Aku juga manusia, aku juga pernah melalui apa yang kamu lalui. Mungkin kamu semua sebaya dengan aku. Mungkin jalan cerita hidup kita hampir serupa. Kadang2 aku mengeluh. Kadang2 aku termenung. Itulah reaksi bila diajukan pelbagai soalan tentang satu kata bernama CINTA.. Hendak aku berkata lebih, aku bukan pakar. Apatah lagi diri tiada pengalaman yg cukup. 

Aku tahu perasaan kamu kawan. Bila mana kamu menangis, bila mana kamu merintih duka. Iya, aku turut merasakan sedih kamu itu. Kerana aku juga punya kisah duka. Apa yg aku boleh katakan pada kamu, sabar teman, itu hanya kisah singkat hidup kamu. Kamu akan lalui seribu jln berliku daripada apa yg kamu lalu sekarang. Ini hanya langkah pertama. Iya, mungkin kamu marah. Semua hanya kata bersabar, tapi bahu yg menanggung?

Jika aku mampu melawan kesedihan hati aku, jika aku mampu bangkit dari kisah duka aku, kenapa tidak kamu? Kamu tahu kemampuan diri kamu sebenar. Kamu tahu yang kamu tidak selemah itu. Teruskan melawan hati duka kamu itu teman.

Bagaimana pula dengan kisah cinta yang tak pernah bersatu? Iya, mungkin pelik kedengaran. Tapi ini perkara biasa. Seorang yg rapat dengan aku mengadu, "kenapa mesti ada bayang2 dia mengekori aku walaupun aku tidak pernah cari dan tidak pernah minta?". Hmmm.. Mengeluh aku mendengar rintihan kamu itu. Bukan hanya hari ini aku mendengarnya. Tetapi sejak beberapa tahun yg lepas. Aku tahu, langkah kamu hanya ingin mencabar orang yg menoreh luka dlm hatimu. Tapi bukan itu yg terbaik. Mungkin kamu mahu membuktikan yg kamu tidak lemah di mata dia. Tapi apa makna semua itu jika dia tidak mampu menilainya? Aku bimbang kamu akan terluka sendiri kerana cinta kamu, tak pernah bersatu. Jangan teruskan langkah kamu jika kamu tahu, kamu akan luka sendiri.

Bila diajukan pula tentang cinta yg pasti tak akan bersatu hingga ke akhir, aku terkedu sendiri. Soalan apakah ini? Kenapa aku yg harus menjawabnya. Iya, bila diajukan tentang cinta sejenis. Aku diam. Mungkin juga terasa. Bagi pandangan aku manusia yg keras hati ini, cinta tu satu anugerah terindah. Cinta tu tiada yg salahnya. Tapi kepada siapa kamu jatuh cinta, itu yg akan menjadi masalah. Adakah cinta sejenis yg membawa sampai ke syurga? Jawapannya TIDAK. Hanya cinta yang sah antara seorang Adam dan seorang Hawa. Itu hakikat yang nyata lagi jelas dan jangan kamu menolak hakikat yang kamu sendiri pasti itu. Aku tidak berani berkata banyak kerana aku memang tak mahu tahu pasal ini. Jadi, baik abaikan sahaja bila diajukan soalan tentang ni kan?

Ada juga yg mengatakan pada aku. Iya, kami hanya mempermainkan orang lain kerana kami pernah terluka dan dilukai. Guys, pernah tak kamu berfikir secara rasional, kenapa cinta yg kamu impikan tidak dapat bersatu? Mungkin bukan jodoh kamu dengan kesayangan kamu. Jangan jadikan kekecewaan kamu sebagai tiket melampiaskan amarah pada orang yg tulus mengasihi kamu. Percaya lah pada hakikat nyata, jodoh itu rahsia Allah. Sejauh mana pun kita pergi, sekuat mana pun kita menolak cinta itu, jika ia adalah milik kita, kita akan bersatu. Itu suatu yang pasti.

Walau apa pun takrifan kita, aku percaya pada hukum alam. Apa yg kamu lakukan sekarang, menyakiti, menyayangi dan melukai ada balasan tersendiri. 

No comments:

Post a Comment