Friday 18 March 2011

kenapa aku susah nak marah



(kredit to cik google)

ni pulak jawapan kenapa aku susah nak marah? kenapa? meh nak cakap..

semalam tengah ym dengan salah sorang bff aku, aku wat2 la marah. then dia kata, 'biey marah? cam lawak je biey marah'. ok, aku pasrah je...=_="

lawak ke kalo aku marah wehh?? tak rasa lawak pun. rasa serius je. time skola dulu, aku memang serius. tak da masa nak pedulik kat orang sebab aku memang mengejar kecemerlangan time skola dulu. dulu2 la, sekarang tak..huk3. kalo aku diam je time skola dulu, membe2 aku memang tak berani tego sikit pun. cuit aku pun tak. kata dorang, dorang takut. aiyyaa..kecuali sorang bff laki aku ni time kat skola, memang dia amik port landing tepi aku. memang tak taw malu la kamu ni. tapi aku awal2 warning dia, nak dok sebelah aku diam2 n jangan kaco aku. ok, kamu memang mendengar arahan sebab kamu nak duduk sebelah aku kan. kamu memang terbaik sebab tak pernah tinggal aku dan jaga aku. thanx kawan!!

kalo kat skola dulu jugak, aku bukan suka marah orang, tapi aku fokus, fokus n fokus jugak. even though takde cikgu kat kelas, aku stay je kat meja aku. bukan tak nak melepak dengan membe2 bergosip pasai cikgu hal2 dunia budak skola kat belakang tu, tapi masa skola dulu aku memang fokus sama ada cikgu tengah mengajar atau pun buat keje lain sebab aku taw, kat umah aku malas mengalahkan cipanzi. sebab lain jugak, aku memang tak suka amik taw pasal orang yg takde kena mengena dgn hidup aku.. ececehh..kekwat gila ayat!! tapi betul wehh, aku memang mcm ni kat skola dulu. femes pun sebab selalu dapat anugerah kecemerlangan setiap kali exam.ehem3.(^_^")

bila dengan adik2 kat rumah pulak, aku sgt penyayang. wahh. maybe sebab aku yg paling rapat dgn adik2. walaupun aku penyayang, kalo aku marah habis diam la adik2 sebab aku jarang marah. orang kata, kalo orang yg jarang2 marah ni, sekali meletop, habis la. adik2 aku memang bertuah sebab aku jarang marah. bagi aku, tak payah la nak marah bagai. ko psiko je budak2 tu, menurut la dorang. tapi cara aku memang berkesan. adik2 dengar cakap aku berbanding akak aku yg garang tu, adik2 aku melawan pulak bila akak marah dorg. bila aku jarang marah adik2 blh pulak kata, 'kak la ni bila masa serius?asyik tak serius je. orang cakap serius, dia selalu je main2'. amik ko bella..(-_-")

kesimpulannya, aku bukan tak nak marah tapi aku ni tak reti marah dan malas nak panas2 hati ni der. wat aku sakit jiwa jer. aku tak marah bukan jugak bermaksud aku tak serius dan main2 dengan sesuatu benda tu tapi aku tak nak la tunjuk bersungguh sangat. kan tak elok marah2 ni. cepat tua taw korang!! hehe. so, jgn cepat marah or melenting dgn benda2 kecik ok? jadi awet muda dengan sengih cam kerang wangi yer~~~papai n gud nite!!

No comments:

Post a Comment