Tuesday 29 March 2011

menyerah bukan bermakna lemah

(kredit to cik google)

kadang2 kita jatuh, kadang kita sedih, kadang kita rasa nak amik diri dan campak dalam kotak pastu lekat kuat2 jgn bagi orang nampak. bukan bermakna lemah. ia kadang2 menunjukkan kita kuat utk menghadapi segala macam dugaan. kuat untuk bangkit kembali setelah tersungkur jatuh.

macam keadaan aku minggu ni. tak terurus, semua kelam kabut sampai nanges2 nak balek umah =,=". tak sangka dalam keadaan yg harus aku kuat aku tetiba boley nanges. so tacing ok!! tak suke! tapi nak wat mcm mana, dah tak tertahan lagi. harus menyiapkan segala kerja. memang Tuhan je taw betapa nak give up aku dengan benda2 yg aku sememangnya terbukti tak reti.

terus cabar diri lagi. hingga tercampak sendiri dek angkuh melawan rasa. menyerah kali ni sebab nak bagi hilang segala beban tu. senyap sebab nak kumpul balek kekuatan yg hilang dlm diri aku. bukan senang nak cipta balek kekuatan yg selama ni aku pertahan sendiri tanpa sokongan. betapa diri seperti ego kerana hanya mahu sendiri.

banyak benda dalam hidup ni, kadang2 kita kena kuat untuk lepaskan ia pergi. bukan kerana menyerah. tetapi benda tu adalah SAMPAH! buat apa ingin disimpan sampah bukan? letak dalam recycle bin leklok. ramai orang yg ingin menyimpan sampah. katanya boleh dikitar semula nanti. dibuat benda yg berguna suatu masa nanti. tapi ingat, tak semua benda yg harus kita ambik bulat2. bersebab jika ingin mengutip sampah2 tu.

bila suara2 asyik bertanya mudah nya kamu menyerah? rasa mau lempang sorang2 jadi lempeng boley? try korang hamek kisah aku then diam2 sorang2. mau pecah kepala dan jiwa. walaupun rasa banyak sangat dugaan, tapi tetap terus kuat kerana semangat yg terbina sendiri. memang tiada siapa yg boleh membina kekuatan aku kecuali diri aku sendiri. bila aku diam, aku berfikir cara untuk kembali bangkit.

lepas semua kerja2 dan SAMPAH2 ni settle, aku mahu pulang. mahu bersama keluarga seenak mungkin. mahu melupakan segala buat seketika. biar jauh dari semua. biar terputus dengan semua, tetap aku mahu sendiri buat seketika. ingin mengutip kembali semangat yg melayang pulang.

p/s : aku sangat senang dengan kamu. masih aku cuba menapis semua yg hadir. tapi tidak aku mampu mengiyakan nya.
betapa aku senang dengan kamu. kamu yg sering membuat aku tersenyum. kamu yg sentiasa menahan aku dari jatuh.
tapi sayang, kamu bukan milik aku. ternyata kamu sudah termiliki. kita ibarat mencari benda yg tak pasti.
bukan aku jika membuat orang terluka kerana aku. kamu jaga dia baik2 ya? dan aku bukan seperti yg kamu lihat. aku tak
 seperti yg kamu jangka. sungguh aku terpukul bila kamu menyatakan bahawa kamu tahu aku bahagia.
kamu ibarat menambah lagi kelukaan yg sentiasa ada. doakan aku semoga bahagia seperti mana kamu boleh? 

Monday 28 March 2011

setia yang bebeza

(kredit to cik google)

setia, satu istilah yang serupa, mengandungi maksud yg sama (sila buka kamus dewan edisi terkini). tetapi ia berbeza bila diberi pandangan oleh lelaki dan wanita. setia juga kalau salah ditafsirkan, boleh mengundang derita oleh insan2 tertentu.

pernah seorang lelaki berkata, "kami setia! beza setia kami dgn wanita ialah, kami tetap menyayangi yg orang pertama yg hadir dlm hidup kami. biarpun kami punya kekasih/isteri sekarang, kami tak pernah lupa yg pertama dan jika yg pertama hadir kembali, kami sanggup terima mereka". apakah?? ini pengakuan lelaki sendiri dan ia memang terbukti. tapi bagi aku, tak semua macam ni. kalo yg macam ni, memang tadak pendirian ah.=,=

bagi pengakuan wanita pulak, "kami setia dan setia kami berbeza dgn lelaki. bila kami setia, orang yg berdamping dgn kami lah segala2 nya. biarpun kami pernah menyayangi seseorang yg pernah hadir dahulu, kami akan melupakan mereka krn bagi kami yg bersama kami sekarang adalah realiti kami". nahh.. berbeza bukan?

hari ini, terima satu kisah dan betapa aku meluat dgn kisah begini. meluat kerana setia seorang lelaki yg bisa melukakan hati insan lain. 

si A : kalau aku pulang, bermakna aku mencipta jerat pada diri aku sendiri?
aku : tapi kenapa? abaikan jika dia mengganggu kamu. dia kena terima hakikat.
si A : tapi dia tak nak terima hakikat yg dia sudah berkahwin dgn pilihan keluarga.
aku : tapi kenapa tidak mengelak jika dia tak boleh terima dari awal?
si A: krn kecewa dgn penolakan aku.

owhh my gucci.. bencinya dengan kes begini. bila kes mcm ni berlaku, bukan setakat seorang yg akan terluka. tetapi ramai orang. bukan saja diri sendiri tetapi isteri, keluarga dan orang yg kamu cinta itu juga turut seksa. memang kamu setia dengan rasa kamu. tetapi ia ibarat membakar diri dgn orang yg kamu cinta. jika ia berlaku, kamu mungkin turut menyakiti orang yg kamu sayang. mungkin sahaja orang lain menyalahkan dia? sedang dia cuba mengelak kamu, kamu terus mengejar dia. mungkin gila talak sahaja lagaknya. mengejar benda yg tidak pasti dan ternyata telah terlepas dari genggaman kamu.

sedarkah bila kamu berbuat demikian, kamu menyakiti banyak hati. bagaimana dgn isterimu? bagaimana dgn keluarga mu? bagaimana dgn insan yg kamu cinta itu? setia bukan sekadar kata. ia juga menunjukkan kelakuan kamu. sungguh cetek bicaramu tentang setia. sedarlah wahai lelaki, kamu itu tinggi kedudukannya, seorang pakar motivasi pangkatnya. jangan direndahkan taraf kamu dengan pemikiran sempit itu.

terima hakikat yg insan itu bukan milik kamu. penolakannya mempunyai seribu sebab kuat. jangan dipaksa hati yg parah lukanya itu. kelak bertambah derita hidupnya. atur lah langkah kamu menjauhi dia kerana sememangnya dia telah tiada dalam hidup kamu.

dan buat insan itu, kuatlah kesayanganku. aku akan tetap bersama kamu. aku tahu kamu sedaya mungkin menolak yg hadir kerana tegasnya hati kamu pada kata bernama cinta. percayalah, ada insan yg terbaik untuk kamu...

rebah sebentar

(kredit to cik google)

damn!! apasal tacing sgt malam ni??haishh.. dengan kepala berdenyut2, keje bertimbun2. kalo ikut hati yg naif ni mau jer aku lari balik kampung malam ni. lepas dpt call ayah terus sedih. ase give up je dengan semua benda. time cakap dengan mak pun dok tahan2 sendu. tak nak nanges n buat orang tua isau. lepas tu mulalah nak nanges lebih2. ='(

semakin nak habis semester yg sesangat busy ni, makin menjadi2 lak perasaan nak give up aku. tak taw kenapa. bila mengadap keje bertimbun, bila otak rasa letih sesangat, bila keje yg kena buat rasa susah sesangat. aku mula rasa nak nanges. kalo benda lain boleh je lagi tahan nanges. tapi bila diri rasa tak tahan sangat2, mengalah aku dengan takungan air mata ni. hanya kerana keje yg macam tak nak habis aku rasa give up.

kadang2 rasa macam bodoh je. kenapa mudah menyerah? kenapa mudah menangis? rasa macam diri lemah sangat2. tapi aku jugak sedar, aku tak boleh seksa diri dengan menahan air mata dari jatuh. sekuat mana aku, setabah mana aku, bila sampai suatu saat aku juga mampu tersungkur dengan semua ni. sedaya mungkin aku cuba menahan dari menitiskan air mata. kerana bagi aku air mata bisa meruntuhkan ketabahan aku. tapi hari ni, buat pertama kali aku kalah dengan hati. tidak lagi terdaya menahan air mata. terasa betapa diri cukup goyah ketika ini.

dengan keadaan ni, aku rasa ingin lari dari semua. lari dari seribu kenyataan. biarpun aku tahu lari tidak dpt melumpuhkan segalanya. aku mahu tersenyum tapi di dalamnya aku menangis hebat. betapa diriku goyah ketika ini. betapa air mata begitu murah untuk mengalir di saat ini. jangan hampiri aku jika sekadar kamu mahu melihat air mata aku pada ketika ini...


iya, teringat kata2 seseorang,"kamu rasa susah, tapi kamu kena taw yg ada orang lagi susah dari kamu. saya juga busy menyiapkan kerja2 di tahun akhir, tapi jgn putus asa, sabar. kalo orang tu blh handle, takkan awak tak boleh?". kamu membuat saya sedar yg saya tak boleh menyerah dgn senang. ok, sedaya mungkin aku bertahan untuk semua kerja ni.

kuatkan semangatku ya Allah agar aku tidak jatuh di lorong duka ini...

Sunday 27 March 2011

dari pulau ke seberang

nak taw tak, nak taw tak?? tak nak taw? takpe. nak gitaw jugak..=,=" hari minggu camni, memangla tersangat boring kalo korang setakat duduk dlm bilik ye dak? biarpun aku masih byk keje. erkk.. semalam dah rancang nak kua hari ni. tapi disebabkan ujan pagi td dan aku n cik parah malas nak mandi, kami bagi alasan kat fiq cakap ujan lebat ni, camne nak kua? dan2 fiq caye dan kenselkan. yeayy!!aku tak payah mandi. tapi kejap je aku sonok, dpt mesej fiq lak. ajak kua lg. kata bosan. disebabkan bosan hari ahad ni la, kami kua meronggeng!!haha.

rancang nak p QB, tapi kensel atas sebab2 tertentu. then kami blah p Penang Time Square utk melihat projek rintis iaitu Final Year Project utk senior2 School of Art. Penang Time Square ni mmg besaq gedabak tapi tak byk kedai. nak naik car park pun dh pening sampai driver kami pun pusing. dalam keadaan ujan lebat ni, kami tetap semangat nak jln2.

boleh dikatakan senior2 seni punya projek sgt hebat!!tak mampu kami yang tak dapat nak kembangkan idea terperap ni. kesian tol..='(

(cam real kan? kalo real dan2 aku makan =,=)

(yg ni 4 ribu.huk3..)

(yg ni soploh ribu..mampoo??)

(love this picta sooo!!)

(cik parah, jasmi n aku)

(katanya aku berebut donat dgn fiq)


(bear besaq ni bg belon ijau. mekacih)

(huhh..cam real lak korang kan?)

(wif jasmi)


(so kiut!!)


(ni kami p makan mee udang kat juru)

lepas puas dok pusing2 amik gambar kat rintis tu, kami mula lah bising nak berubah tempat lak. dalam keta sempat lg dok bising nk decide destinasi seterusnya. lepas penat gado, kami mau menyeberang pulau ni pulak. ke seberang la nampak gayanya. bole pulak tgh2 jalan tgk ada jom heboh? apa lagi, kecoh satu keta nak ke sana. bagi aku biase je jom heboh. bukan minat sgt pun tempat2 mcm tu.=p

tempat last kami, p makan mee udang.yeahh.. gigih walaupun alergi. uhukk..korang memang la. nampak gaya aku kena pakai mask malam ni (-_-"). memang puas hati gak la dpt makan udang segar n besaq ni. tak sia-sia mai sini kan..=')

tu je xtvt meronggeng kami hari ni. walaupun ujan, tak menghalang kami kua merelease tension.. haha. gambar2 yg diamik gak warna warni biarpun kami guna henset jerr.. tak mampu ko nak beli dslr tu..=,=
habis siri jelajah kami hari ni. satu penang dah pusing. sat ag kita p negeri lain lak!! tata..(^_^")