Tuesday 29 March 2011

menyerah bukan bermakna lemah

(kredit to cik google)

kadang2 kita jatuh, kadang kita sedih, kadang kita rasa nak amik diri dan campak dalam kotak pastu lekat kuat2 jgn bagi orang nampak. bukan bermakna lemah. ia kadang2 menunjukkan kita kuat utk menghadapi segala macam dugaan. kuat untuk bangkit kembali setelah tersungkur jatuh.

macam keadaan aku minggu ni. tak terurus, semua kelam kabut sampai nanges2 nak balek umah =,=". tak sangka dalam keadaan yg harus aku kuat aku tetiba boley nanges. so tacing ok!! tak suke! tapi nak wat mcm mana, dah tak tertahan lagi. harus menyiapkan segala kerja. memang Tuhan je taw betapa nak give up aku dengan benda2 yg aku sememangnya terbukti tak reti.

terus cabar diri lagi. hingga tercampak sendiri dek angkuh melawan rasa. menyerah kali ni sebab nak bagi hilang segala beban tu. senyap sebab nak kumpul balek kekuatan yg hilang dlm diri aku. bukan senang nak cipta balek kekuatan yg selama ni aku pertahan sendiri tanpa sokongan. betapa diri seperti ego kerana hanya mahu sendiri.

banyak benda dalam hidup ni, kadang2 kita kena kuat untuk lepaskan ia pergi. bukan kerana menyerah. tetapi benda tu adalah SAMPAH! buat apa ingin disimpan sampah bukan? letak dalam recycle bin leklok. ramai orang yg ingin menyimpan sampah. katanya boleh dikitar semula nanti. dibuat benda yg berguna suatu masa nanti. tapi ingat, tak semua benda yg harus kita ambik bulat2. bersebab jika ingin mengutip sampah2 tu.

bila suara2 asyik bertanya mudah nya kamu menyerah? rasa mau lempang sorang2 jadi lempeng boley? try korang hamek kisah aku then diam2 sorang2. mau pecah kepala dan jiwa. walaupun rasa banyak sangat dugaan, tapi tetap terus kuat kerana semangat yg terbina sendiri. memang tiada siapa yg boleh membina kekuatan aku kecuali diri aku sendiri. bila aku diam, aku berfikir cara untuk kembali bangkit.

lepas semua kerja2 dan SAMPAH2 ni settle, aku mahu pulang. mahu bersama keluarga seenak mungkin. mahu melupakan segala buat seketika. biar jauh dari semua. biar terputus dengan semua, tetap aku mahu sendiri buat seketika. ingin mengutip kembali semangat yg melayang pulang.

p/s : aku sangat senang dengan kamu. masih aku cuba menapis semua yg hadir. tapi tidak aku mampu mengiyakan nya.
betapa aku senang dengan kamu. kamu yg sering membuat aku tersenyum. kamu yg sentiasa menahan aku dari jatuh.
tapi sayang, kamu bukan milik aku. ternyata kamu sudah termiliki. kita ibarat mencari benda yg tak pasti.
bukan aku jika membuat orang terluka kerana aku. kamu jaga dia baik2 ya? dan aku bukan seperti yg kamu lihat. aku tak
 seperti yg kamu jangka. sungguh aku terpukul bila kamu menyatakan bahawa kamu tahu aku bahagia.
kamu ibarat menambah lagi kelukaan yg sentiasa ada. doakan aku semoga bahagia seperti mana kamu boleh? 

No comments:

Post a Comment