Monday 28 March 2011

rebah sebentar

(kredit to cik google)

damn!! apasal tacing sgt malam ni??haishh.. dengan kepala berdenyut2, keje bertimbun2. kalo ikut hati yg naif ni mau jer aku lari balik kampung malam ni. lepas dpt call ayah terus sedih. ase give up je dengan semua benda. time cakap dengan mak pun dok tahan2 sendu. tak nak nanges n buat orang tua isau. lepas tu mulalah nak nanges lebih2. ='(

semakin nak habis semester yg sesangat busy ni, makin menjadi2 lak perasaan nak give up aku. tak taw kenapa. bila mengadap keje bertimbun, bila otak rasa letih sesangat, bila keje yg kena buat rasa susah sesangat. aku mula rasa nak nanges. kalo benda lain boleh je lagi tahan nanges. tapi bila diri rasa tak tahan sangat2, mengalah aku dengan takungan air mata ni. hanya kerana keje yg macam tak nak habis aku rasa give up.

kadang2 rasa macam bodoh je. kenapa mudah menyerah? kenapa mudah menangis? rasa macam diri lemah sangat2. tapi aku jugak sedar, aku tak boleh seksa diri dengan menahan air mata dari jatuh. sekuat mana aku, setabah mana aku, bila sampai suatu saat aku juga mampu tersungkur dengan semua ni. sedaya mungkin aku cuba menahan dari menitiskan air mata. kerana bagi aku air mata bisa meruntuhkan ketabahan aku. tapi hari ni, buat pertama kali aku kalah dengan hati. tidak lagi terdaya menahan air mata. terasa betapa diri cukup goyah ketika ini.

dengan keadaan ni, aku rasa ingin lari dari semua. lari dari seribu kenyataan. biarpun aku tahu lari tidak dpt melumpuhkan segalanya. aku mahu tersenyum tapi di dalamnya aku menangis hebat. betapa diriku goyah ketika ini. betapa air mata begitu murah untuk mengalir di saat ini. jangan hampiri aku jika sekadar kamu mahu melihat air mata aku pada ketika ini...


iya, teringat kata2 seseorang,"kamu rasa susah, tapi kamu kena taw yg ada orang lagi susah dari kamu. saya juga busy menyiapkan kerja2 di tahun akhir, tapi jgn putus asa, sabar. kalo orang tu blh handle, takkan awak tak boleh?". kamu membuat saya sedar yg saya tak boleh menyerah dgn senang. ok, sedaya mungkin aku bertahan untuk semua kerja ni.

kuatkan semangatku ya Allah agar aku tidak jatuh di lorong duka ini...

No comments:

Post a Comment