Monday 28 March 2011

setia yang bebeza

(kredit to cik google)

setia, satu istilah yang serupa, mengandungi maksud yg sama (sila buka kamus dewan edisi terkini). tetapi ia berbeza bila diberi pandangan oleh lelaki dan wanita. setia juga kalau salah ditafsirkan, boleh mengundang derita oleh insan2 tertentu.

pernah seorang lelaki berkata, "kami setia! beza setia kami dgn wanita ialah, kami tetap menyayangi yg orang pertama yg hadir dlm hidup kami. biarpun kami punya kekasih/isteri sekarang, kami tak pernah lupa yg pertama dan jika yg pertama hadir kembali, kami sanggup terima mereka". apakah?? ini pengakuan lelaki sendiri dan ia memang terbukti. tapi bagi aku, tak semua macam ni. kalo yg macam ni, memang tadak pendirian ah.=,=

bagi pengakuan wanita pulak, "kami setia dan setia kami berbeza dgn lelaki. bila kami setia, orang yg berdamping dgn kami lah segala2 nya. biarpun kami pernah menyayangi seseorang yg pernah hadir dahulu, kami akan melupakan mereka krn bagi kami yg bersama kami sekarang adalah realiti kami". nahh.. berbeza bukan?

hari ini, terima satu kisah dan betapa aku meluat dgn kisah begini. meluat kerana setia seorang lelaki yg bisa melukakan hati insan lain. 

si A : kalau aku pulang, bermakna aku mencipta jerat pada diri aku sendiri?
aku : tapi kenapa? abaikan jika dia mengganggu kamu. dia kena terima hakikat.
si A : tapi dia tak nak terima hakikat yg dia sudah berkahwin dgn pilihan keluarga.
aku : tapi kenapa tidak mengelak jika dia tak boleh terima dari awal?
si A: krn kecewa dgn penolakan aku.

owhh my gucci.. bencinya dengan kes begini. bila kes mcm ni berlaku, bukan setakat seorang yg akan terluka. tetapi ramai orang. bukan saja diri sendiri tetapi isteri, keluarga dan orang yg kamu cinta itu juga turut seksa. memang kamu setia dengan rasa kamu. tetapi ia ibarat membakar diri dgn orang yg kamu cinta. jika ia berlaku, kamu mungkin turut menyakiti orang yg kamu sayang. mungkin sahaja orang lain menyalahkan dia? sedang dia cuba mengelak kamu, kamu terus mengejar dia. mungkin gila talak sahaja lagaknya. mengejar benda yg tidak pasti dan ternyata telah terlepas dari genggaman kamu.

sedarkah bila kamu berbuat demikian, kamu menyakiti banyak hati. bagaimana dgn isterimu? bagaimana dgn keluarga mu? bagaimana dgn insan yg kamu cinta itu? setia bukan sekadar kata. ia juga menunjukkan kelakuan kamu. sungguh cetek bicaramu tentang setia. sedarlah wahai lelaki, kamu itu tinggi kedudukannya, seorang pakar motivasi pangkatnya. jangan direndahkan taraf kamu dengan pemikiran sempit itu.

terima hakikat yg insan itu bukan milik kamu. penolakannya mempunyai seribu sebab kuat. jangan dipaksa hati yg parah lukanya itu. kelak bertambah derita hidupnya. atur lah langkah kamu menjauhi dia kerana sememangnya dia telah tiada dalam hidup kamu.

dan buat insan itu, kuatlah kesayanganku. aku akan tetap bersama kamu. aku tahu kamu sedaya mungkin menolak yg hadir kerana tegasnya hati kamu pada kata bernama cinta. percayalah, ada insan yg terbaik untuk kamu...

No comments:

Post a Comment