Tuesday, 3 May 2011

hari terakhir

alhamdulillah...tamat sudah exam hari ni. lepas habis exam tadi, gerak cepat2 ke palka wacana c10 sbb ada meeting untuk final year project next year. dalam meeting tu, muka sorang2 dah kelat. almaklum la, dah habis exam, patutnya kami kosongkan fikiran tapi dalam meeting tadi, masing2 kena perah otak, bertengkar sikit2 untuk keluarkan idea masing2. itulah lumrah bila kita berada dalam sesebuah team. adat la tu. hampir 2 jam dlm meeting, terus berkejar balik untuk solat asar pulak. memang rutin bila bergelar pelajar. tambahan kalo ada kelas petang. memang solat asar rapat ke maghrib la.

time aku tulis ni pun, baru je kemas barang untuk disimpan dlm stor. berpeluh gak la aku nak kemas barang walaupun tak banyak mana kan. tu belum masuk barang yang kena simpan untuk bawak balik esok. memang dasar birokrasi betul la..nak beli kupon simpan barang pun susah. kena tunggu stor bukak lagi. ni pun tak boleh mandi lagi sebab kalo mandi, memang berpeluh lagi la lepas angkut barang masuk stor.

ok, enough said. bukan tu yg aku nak cerita sebenarnya. malam ni, malam terakhir aku berada di usm sebelum berangkat pulang ke kampung untuk cuti selama 4 bulan. 4 bulan noqs, bukan 4 hari. sedih tak terkira. semalam jimmy dah pulang ke kampung. sedih bila hantar dia kat stesen bas. hari ni pulak, farah balik kl. bertambah sedih. tinggal aku, syafiq dan jasmi je. esok aku dan jasmi akan balik. tinggal syafiq pulak.

memang terasa bila kami berpisah. selalunya pun, balik kampung tak sampai 24 jam, aku dah sedih teringatkan mereka, ni kan pulak 4 bulan. aku tak tahu macam mana nak hadapi hari2 tanpa mereka nanti. selama 2 tahun persahabatan kami. sudah seperti adik beradik. bersama walau kemana dan dalam apa jua keadaan. kami memerlukan antara satu sama lain.

bukan mudah mencipta persahabatan tanpa sebarang perselisihan. tapi alhamdulillah, selama kami berkawan tak pernah lagi bertengkar. pergi ke mana bersama, buat apa bersama. sehingga ada orang yang jeles dengan persahabatan kami.

malam ni, aku akan keluar bersama syafiq dan jasmi. menghabiskan hari terakhir di sini.

terima kasih Tuhan kerana mengurniakan aku sahabat-sahabatku ini. dengan merekalah hari2 yang dilalui aku penuh dengan makna dan melengkapi hidup aku...

1 comment: