Wednesday 4 May 2011

masalah obesiti

salam...

sekarang, terdapat satu isu yang menjadi semakin besar dan mendapat perhatian banyak pihak. iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. sehinggakan terdapat rancangan yang mahu menyekat/mengurangkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah.


bagi aku, seorang yang pernah jadi budak sekolah, sebenarnya nasi lemak bukan punca utama dalam masalah obesiti budak2. tambahan lagi kalo diambil dalam kuantiti yang sedikit. budak2, sama la macam kita. bila makan banyak nasi lemak, mestilah muak sebab ada santan. so, impossible budak2 nak makan 3 pinggan sekaligus time rehat kat kantin kan?

punca utama masalah obesiti budak2 ialah makanan segera. macam semalam, aku pegi mcd untuk breakfast. tengok budak2 dibawa oleh ibu bapa untuk breakfast. disebabkan hari cuti umum, berduyun2 la parents bawak anak2 breakfast kat sana kan. memang meletop la diorang punya breakfast, sedangkan aku makan pancake dan kopi je. budak2 bedal burger. punya besar selera diorang ni.

dalam hal yg macam ni, sikap ibu bapa menjadi punca kedua. sikap ibu bapa yang mempengaruhi sikap anak2 tentang amalam pemakanan. kalau dari kecik, anak2 diajar makan makanan segera, tak mustahil lah diorang terpengaruh dengan imperialisme budaya dari kecik kan? amalan pemakanan masyarakat kita sekarang sudah banyak berubah dan terpengaruh dengan pemakanan barat. contohnya, burger, ayam goreng dan lain2.


kalau nak kata penjualan nasi lemak kat kantin punca utama obesiti opkos la tidak kan? time zaman aku sekolah dulu, kat kantin ada jual kuih2, nasi,  TAPI, dah ada penjualan nuget, daging burger, ayam goreng dan sosej. makanan ni, budak2 akan beli dengan kuantiti yang banyak. misalnya nuget, haruslah tak kenyang budak tu kalau makan sekeping kan? apa yang aku perhati sekarang, kat kantin sekolah ni dah jual makanan2 mengarut ni semua. ada yang berkata peniaga kantin malas nak menyediakan kuih2 yang rumit macam donat, karipap. so, depa amik la inisiatif jual je makanan mudah kat budak2 kan? aku penah tengok sorang budak time teman adik aku makan kat sekolah, budak ni sanggup buang bekal yang dia bawak semata2 nak beli nuget. mungkin sebab takut kena marah dengan mak dia kalau tak habis kot.

dan, masalah obesiti juga, aku tengok banyak menyerang budak2 yang tinggal kat bandar. its doesn't mean, takde langsung budak kat kampung kena obesiti. ada jugak tapi jarang. ni mungkin sebab budak2 kat bandar yg lebih terdedah kepada makanan segera. kalau budak kat kampung, misalnya tempat aku, restoran kepsi ada 1 je. opkos la budak2 kena kumpul duit lagi nak makan kepsi sebab mak bapak tak galakkan. macam aku, kalo balik kampung, adik aku merengek pun aku tak pegi sebab tak nak ajar. sekali sebulan pun belum tentu aku bawak. aku lebih rela susah payah masak bagi diorang makan.

budak2 yang tinggal kat kampung jugak, biasanya lebih aktif. depa masuk bendang la tangkap ikan, panjat pokok la, masuk longkang la. banyak peluh yang depa keluarkan bila buat xtvt tu. berbeza dengan budak2 bandar, hanya tau main game la, ps4,  dan ngadap komputer. langsung tadak peluh. pastu makan, pastu tidoq. mana tak obes?

(budak kampung)

(budak bandar)

kalo kita tengok jugak, baby pun ada masalah obesiti sekarang. mungkin masalah tu disebabkan susu formula kepada baby oleh ibu yang tidak menyusukan sendiri baby dan sibuk bekerja. baby yang menyusu ibu biasanya jarang mengalami masalah obesiti. kalo ada pun, chubby jer..(^^,)



penyelesaiannya, maybe its not easy tapi impossible is nothing right? ajar anak2 dari kecik lagi tentang pemakanan sihat. contohnya, ajar anak2 makan sayur dari kecik. bagi depa try sayur2. lama2 akan terikut la. jangan pulak kau pegi bagi sayur mentah. lari la budak tu kang. cuba masak pelbagai sayur dan campurkan sayur dalam masakan. mesti depa makan sikit walau tak banyak.

(rasa cam nak makan je kan?)

semoga dapat membantu sedikit untuk mengenalpasti punca obesiti kanak2..(^_^)



No comments:

Post a Comment