Saturday 11 January 2014

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang Tahun Baru 2014

Assalamualaikum wbt....
Fuhhh, fuhhh, fuhhhh..itu bunyi tiup habuk sambil bersihkan sesawang2 kat blog ni.. Berzaman tak terusik, tak dijenguk.. Nasib hidup lagi dan aku masih ingat passwordnya.. =.=!
 
Tak terlewat lagi kot nak ucap selamat tahun baru 2014. Rilek lah, baru 2 minggu. Kan? :p
Tetiba rasa tangan gatal nak taip2. Asyik on9 guna hp je..Mana syok kan? Lagipun rindu buat asgmnt.(Kononlaa)

Apa khabar kawan2? Moga semua baik2 sahaja. Yang baru melangsungkan perkahwinan, baru bertunang, baru dapat baby, baru bertambah baby lagi tahniah korang!! Sorry sangat2 kalau yg undang aku ke majlis perkahwinan, pertunangan tu, tak dapat aku hadiri. Alsebabnya, hidup aku sangat la busy(kununnyerpunnn). Busy cari nafkah diri sendiri, busy kenal dunia, busy hadapi dugaan sorang2..sobss3..

Macam mana dengan pengakhiran 2013? sudah muhasabah dirikah tentang perjalanan tahun 2013 semuanya? Apa azam yang tak tercapai? Dan apa azam yang baru masukkan dalam list?
Berapa panjang list untuk azam 2014?
Semoga terus kuat semangat untuk menghadapi hari2 mendatang!

Muhasabah diri aku tentang tahun 2013.. 2013 merupakan tahun ujian untuk aku. Banyak sangat masalah yang jadi. Antaranya hampir setengah tahun aku mencari kerja yang sesuai dengan harapan akan stabil. Tapi mungkin satu kesilapan juga bila berhenti kerja lama, dan hampir setengah tahun aku kerja biasa2 untuk survive tanpa menyusahkan ayah mak kat kampung. Allah je tahu betapa peritnya bila susah sorang2 diri. Hingga jatuh tersungkur juga nak hadapi sendiri. Hampir putus asa. Dan hampir putus doa juga..

Tapi, bila difikirkan balik, bila muhasabah balik, betapa banyaknya hikmah di sebalik kesusahan. Aku kenal siapa kawan sebenarnya dan siapa yang ingin ambil kesempatan. Senang je nak tahu siapa betul2 sebenarnya kawan kau. Tengok masa kau susah. Siapa ada dengan kau, siapa yang tak putus2 bagi semangat dan SIAPA YANG TINGGALKAN KAU SORANG2. Betul apa yang orang cakap, kawan ketawa senang cari, kawan menangis, mendapat la nak cari. Terima kasih sangat2 untuk kawan yang sentiasa bagi kata2 supaya aku kuat semangat. Aku betul2 hargai. Tanpa kata2 semangat tu, aku dah lama putus asa. Dan aku kenal, siapa yang selalu cuba ambil kesempatan dengan harapkan balasan.

Hikmah lain, rezeki tanpa aku sangka. Betapa aku risau tentang rezeki. Asyik fikir, macam mana nak survive dengan kerja biasa2. Tapi, Allah itu maha pengasih. Rezeki yang DIA limpahkan tidak pernah putus. Walaupun tak bekerja hebat dalam setengah tahun, aku mampu simpan duit. Masih mampu bagi family duit walaupun aku sendiri selalu fikir, cukupkah duit untuk belanja diri aku sendiri? Rezeki yang tak pernah putus bila niat kita betul, dan rezeki tu berkat penat lelah kita sendiri. Alhamdulillah.

Kuat semangat! Ya, aku makin kuat untuk hadapi apa pun yang jadi. Lepas hadapi macam2, itu telah ajar aku untuk jadi seorang yang kuat biarpun tanpa orang lain. Walaupun ada yang tawarkan pertolongan, aku tolak dengan baik. Aku tak nak terhutang budi yang mana aku tahu, aku tak mampu balas.

Lebih dekat kepada Pencipta. Fitrah kita sebagai manusia kan? Bila ditimpa sesuatu, baru kembali kepadaNya. Ya, malu kepada DIA.. ='( Bila ditimpa ujian, barulah rasa diri dekat sangat2 denganNYA. Rasa bergantung harap yg tak berbelah bagi. Rasa DIA memandang kita dengan rasa kasih..Allahurabbi..

Apa pun, apa yang berlaku, baik atau buruk, ambil lah iktibar. Dan semoga kita berusaha juga capai apa yang kita mahukan. Dan jadi lebih baik dari sebelumnya.. ^_^
 
P/s : Maaf bebanyakla sebab tertulis panjang!! hehe. Peace yo!
 


No comments:

Post a Comment