Tuesday 8 March 2011

datang dan pergi, itu lumrah


time tekun aku membuat keje, tetiba dpt satu call. tak kenal lak nombor, so tanya la sape?jawapan dia,"mungkin awk dh lupa kot. saya....". aik..pehal tetiba dia ni? aku hampir tak ingat dah. tapi thanx, sbb ingatkan aku pasal kamu kembali. kalau x, mungkin aku akan kehilangan seorg kwn(kwn kah kamu pd aku?). mungkin kita akan m'jd kwn. iya, hopefully.. jgn mohon lebih dr seorg kwn lagi krn aku bkn spt dulu..

begitu la kehidupan kita. hampir setiap orang yg datang, akan pergi bila sampai waktunya. tetapi apakah dia akan kembali? itu penantian yg tak pasti sesungguhnya. tapi bila hati btl2 terikat dan perpisahan itu menjadi perpisahan yg diredhai, kita pasti akan bertemu walau sejauhmana pun kita pergi meninggalkannya.

terfikir tentang seseorang. yg tidak pasti di manakah dia sekarang. menghilangkan diri lantaran kecewa mungkin. membenci dan terus melupakan barangkali? kamu pergi sebelum sempat aku katakan, yg kamu begitu bermakna. tetapi hanya sbg seorang abang kepada aku. begitu teliti kamu menjaga ku. merawat tika aku sakit, menyambut saat aku jatuh dan kamu sentiasa datang kala aku dlm kebuntuan dan kesedihan. tapi kini, aku sudah hilang harap untuk mencari kamu. maafkan aku.

begitu ramai yg kita jumpa dlm kehidupan seharian. adakala, walaupun bertemu sekejap cuma, sudah mampu menjadi sahabat baik. tapi tidak selamanya kita akan kekal begitu. sahabat, saudara, kekasih. boleh datang dan pergi. tetapi hanya yg setia dan berjodoh mampu bertemu kembali. suami isteri pun ada yg berpisah mati. inikan pula teman2 yg datang dan pergi. hanya ingatan dan doa mampu pertahankan sebuah perpisahan.

seperti kata pepatah, kita adakalanya lupa orang yg berada di depan mata lantaran terlalu memikirkan orang yg telah pergi. krn itu, kita menutup semua pintu yg ada tanpa mebuka ruang utk menerima mereka yg hadir. tapi jika ruang dibuka, adakah mereka yg hadir itu tidak akan pergi? bagi aku, jangan hadir kalau suatu saat kamu tekad utk pergi. kerana aku bukan mudah mahu menerima seseorang dlm hidup aku. dan jangan bertanya selepas ini kerana aku akan menutup segenap pintu yg ada pada hati aku tanpa membenarkan sesiapa menyakitinya lagi. cukup untuk aku bertahan selagi aku mampu.

datang dan pergi, itu hukum alam yg telah ditetapkan. terpulang pada kita mahu memaknakan segenap ruang yg ada.

dan memetik kata-kata Dr. Tuah: berlebih-lebih dlm suatu perhubungan, biasanya akan berakhir dgn sebuah perpisahan.

No comments:

Post a Comment