Tuesday 8 March 2011

siapa anda pada masa hadapan, itu terserah kepada anda


time kecik2 dulu, sering gak terfikir bila besar aku nak jadi apa ye?mcm mana?walaupun semasa kecik kita masih seorang anak yg lurus, persoalan mcm tu mmg selalu bermain di minda biarpun kita ketika itu tak kenal lagi  erti hidup yg sebenar. bak kata org, yela..zaman bodo2 dulu..melalui kehidupan anak kecil jugak, kita mmg naif ttg jln yg harus kita pilih. bila cikgu kat sekolah tanya, "ye, murid2 nak jadi apa bila besar??"..maka bising la mulut kecil mereka menjawab, polis cikgu, askar, doktor..

dan berkisar kpd kehidupan aku, mempunyai 7 beradik tetapi disebabkan abang di asrama, akak di rumah atok, aku ibarat anak sulung dalam keluarga. agak berat sbnarnya tanggujawab tu. tapi dlm hal ni, aku memilih utk memikul segala tanggungjawab yg sepatutnya abang dan akak aku pikul. bagi aku tiada yg mustahil.

dilahirkan dlm keluarga sederhana. yup. tak la kaya cam raja. cuma apa yg kami perlu, kami sentiasa ada. aku bersyukur krn ibu bapa mampu menyediakan segala keperluan. tetapi tdk pula aku mengambil kesempatan atas apa yg mereka beri. kalo tak dpt sesuatu yg diingini, diamkan aje kalau benda tu bkn keperluan.

zmn remaja jugak, mcm2 cabaran silih berganti. selalunya, di usia remaja ni lah yg akan membentuk kita. dikelilingi oleh kwn2 dari berbagai ragam dan kawasan, tercabar jugak jiwa remaja mahu menurut. tetapi mungkin krn Tuhan masih melindungi aku dari melakukan perkara2 xelok, aku jauhkan diri dari segala perkara2 dan kawan2 yg ada unsur negatif. biarpun aku mungkin ada peluang nak wat dajal org kata krn ibu bapa yg sibuk bekerja dan hidup tidak begitu dikawal. alhamdulillah, aku terlindung dr semua benda2 xelok tu.

ramai antara kwn aku y terkandas di tengah jln krn mengambil jln mudah utk bahagia sementara dan bahagia yg xsampai kemana. tdk berani berkata byk krn ttg soal hidup, kita yg berusaha tapi apa yg tercatat di luh mahfuz, kita tiada hak.

bila hari semakin beredar, kita semakin belajar ttg hakikat hidup seorang manusia. sering aku mencari makna damai. sering juga aku mencari makna bahagia. dan segala pencarian aku selalunya dipatahkan dgn jawapan yg pasti dr mereka yg lbh taw ttg hidup. berkali ayah menyebut, 'anakku, jadilah insan kamil'. teringat pula puisi ditulis ayah kpdku. iya, ayah menulis puisi utk 'puteri kecil' nya ini. ayah, betapa bait katamu menyentuh hingga ke lubuk hatiku. sehingga kini aku berpegang pada kata2 mu walaupun mungkin pada zahir aku endah tak endah tp dlm masa yg sama, i think a lot. aku tahu, kuatnya hatiku  membuat ayah gundah. tapi krn kuatnya hatiku juga membuat ayah yakin pada anaknya yg satu ini.

termalu aku sendiri, bila ayah menyuruh aku berfikir makna ketuhanan. teringat pula ayah menyuruh aku memejamkan mata dan bertanya apa yg kamu lihat saat mata kamu terpejam? apakah kamu nampak diri kamu? owhh..ternyata aku masih gagal dlm ilmu itu ayah. sehingga kini aku mencari jawapan utk persoalan itu, tetapi masih buntu. ilmu ku hanya sedikit jika dibandingkan ilmu mu yg ttg ketuhanan dan hakikat hidup. tapi buanglah gundah mu itu ayah, kerana anakmu ini tidak buta hatinya dan aku tetap puteri kecilmu. walaupun aku tidak ke sekolah pondok, tapi aku terus mencari agama dlm hidupku. bibirku selalu basah dgn kalam Allah. dahiku masih sujud menyembah Yang Esa.

pelbagai perkara yg aku tempuh sepanjang aku bernafas di bumi milik Allah ini. adakalanya sesuatu perkara membuatkan aku selalu gundah. tetapi aku masih punya senyum. seringkali aku dikatakan kuat oleh teman2 ku. owhh teman, kamu semua tdk tahu betapa berat bahu aku melalui perjalanan biarpun aku sering menenangkan kamu semua sedangkan hatiku turut ragu dgn kekuatan hati sediri.

seorang teman memberitahu aku, setiap org akan melalui jln berbeza bella. setiap orang ada jln cerita hidupnya sendiri. kamu, aku dan mereka, kita semua melalui jln berbeza. persiapkan diri kamu utk menempuhi 1000 kemungkinan masa hadapan.

belum terlewat jika mahu menyusun semula langkah-langkah yg pesong itu. cukup dgn mengambil iktibar ttg apa yg telah kita lalui sehingga hari ini. masih ada masa hadapan utk insan yg berusaha. dan siapa anda pada hari esok, ia terpulang kepada diri anda sendiri. wallahualam~~~

No comments:

Post a Comment