Sunday 22 May 2011

muhasabah


dalam hidup ni, macam2 yang kita lalui. ada kala kita sakit. ada kala kita gembira. kadang2 sesuatu yang terjadi, kita langsung tak duga. kita langsung tak mintak. tapi ia seringkali menghimpit kita. betapa kita cuba yang terbaik. betapa juga kita 'mencuba' biarpun sering juga diri sendiri terluka.

ada yang asyik memikirkan kehidupan yang tidak memuaskan. ada yang merungut dengan dugaan kecil sekadar. aku juga ada kala marah. marah dengan takdir. tetapi cepat hati beristighfar. bimbang hasutan syaitan melanda iman yang secebis cuma.

kehidupan ini terlalu adil. adil bagi mereka yang sering mencuba, berusaha dan bertawakal dengan ketetapan Allah. tetapi ada yang menganggap kehidupan kejam kerana mereka lupa akan rahmat tadbiran kerajaan Allah. 

apa yang aku rasa, aku hanyalah sekadar hamba cuma. yang sering diuji dalam kuat. ujian itu mematangkan setiap langkah yang diatur. biarpun kadang kecewa, aku tetap berpegang dengan rahmat dan ketentuan hidup seorang insan..

wallahualam..hanya muhasabah diri...

No comments:

Post a Comment