Friday 29 April 2011

selamat tinggal penghujung, selamat datang permulaan


hari ni 2nd last paper utk final exam aku. bagi membe2 broadcast yg tak amik minor psiko, memang dh habis 26/4 lagi. dan membe2 journalist lak habis paper hari ni berakhir dgn paper minor. tapi kami budak2 persuasive masih ada 1 paper untuk dihabiskan pada 3/5 ni. selain tu, ada 2 lagi meeting untuk final year project kami next year. untuk membincangkan perancangan dan agenda final year project kami. maklum lah, kami kena amik masa setahun untuk merancang dengan teliti segala perancangan kempen kami. bukan main2 nyah.

paper terakhir pada hari rabu iaitu paper major aku. kepala sekarang dah rasa ringan sebab dah lepas paper yang berat. paper major ni tak risau sangat sebab dah buat latihan dalam kelas. cuma kena baca lagi sikit. tak sabar nak habiskan exam. tiket bas dah beli. huhu. 4/5 pulang ke kampung. tunggu untuk menjalani praktikal pulak selama 2 bulan. dan 2 bulan seterusnya cuti. yeahh..lama giler cuti kali ni.

banyak perancangan dalam cuti selama 4 bulan ni. harap aku dapat laksanakan apa yang aku nak ubah sikit2 dalam kehidupan aku dan family aku. insyaallah. banyak yang aku rancang untuk family aku dan juga diri aku sendiri. semoga dapat betulkan balik keadaan ke arah yang lebih baik. apa yang aku rancang sangat tu? nak kawin? eh3, taklah..tapi mana taw kan kot2 terjodoh lak nanti. hehe.

insyaallah dalam masa 4 bulan ni, nak ubah diri sedikit demi sedikit. tidak boleh terlalu mengejut. memandangkan aku dah 22 tahun, haruslah merancang dengan rapi segala perjalanan hidup aku. takkanlah selamanya nak main2 dan nak berperangai macam budak kan? pemikiran pun haruslah matang sesuai dengan umur.

rasa macam tak percaya pulak aku dah 22 tahun. rasa macam baru form5. alahai. perangai pun masih budak2 lagi. tapi walaupun macam tu, banyak yang aku fikir dan buat secara slow2 untuk jangka masa yng panjang. sebagai dewasa gak, haruslah memperbetulkan diri dari segi akhlak, agama dan pemikiran. aku akui, aku bukan terbaik. tapi aku masih mencari dan akan terus mencari sinar dalam kehidupan sebagai seorang wanita islam, seorang anak, seorang kakak kepada adik2, bakal seorang isteri kepada seorang suami dan juga bakal ibu kepada anak2 aku nanti.

aku ingin menjadi kekasih dan isteri kepada seorang lelaki yang halal padaku nanti. yang mana imamku di dunia dan akhirat nanti. akan aku cuba sebaik mungkin .


aku juga ingin menjadi seorang ibu kepada zuriat2ku nanti. melengkapi hidup aku sebagai wanita.


memang kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. tapi selagi kita hidup, selagi itulah kita harus membuat yang terbaik, mungkin ada langkah kita yang pesong sebelum ini. tapi, cubalah untuk tutup lubang2 dan memperbaiki diri untuk masa akan datang.

apa yang aku cuba fokus sekarang ialah, nak baiki diri aku sebagai wanita dan seorang anak. sebagai wanita, aku nak baiki diri aku untuk menghadapi segala cabaran akan datang. dan aku juga mahu berbakti sedaya yang mungkin utk ibu ayahku selagi mereka masih hidup. aku ingin bersedia menghadapi cabaran2 akan datang.

doa harapku, semoga aku menjadi yang lebih baik kerana tidak ada yang sempurna. ada yang mengatakan, jika mahu yang terbaik, kita haruslah berubah menjadi yang tebaik juga. insyaallah, semoga niat dan jalanku diredhai. amin ya rabb..(^_^)
(hidup ini hanya sebentar. tiada erti jika tidak memaknakan ruang2 yang ada sementara kita masih berkesempatan untuk melakukan)

No comments:

Post a Comment