Sunday 24 April 2011

maaf itu pasti

ditujukan untuk seseorang itu...

kamu, aku sudah lama maafkan kamu.saat aku kecewa kerana kamu, aku sudah siap untuk memaafkan segala salah kamu. biar pada hakikat luka yang kamu taburkan sangat parah pada aku. tapi aku bukanlah pendendam yang menyimpan amarah.

tak perlu memohon maaf lagi kerana apa yang berlaku, itu semua pilihan kamu bukan aku. itu semua jalan hidup yang kamu pilih. tiada apa yang boleh aku buat untuk membantu kamu kerana kamu sendiri menutup jalan2 itu. apa yang boleh aku katakan, teruskan hidup kamu. berfikirlah tentang hakikat hidup yang sementara dan tak kekal ini. hidup kita tak lama. dan jalan itu juga bukan selamanya. suatu masa nanti, kamu pasti menyesal yang maha hebat atas apa yang berlaku kerana sudah jelas apa yang kamu pilih itu salah.

apa pun yang berlaku, semoga berjaya dlm hidup kamu. buat yang terbaik dlm exam ni. lupakan apa yang dah berlaku antara kita kerana aku belajar melupai kamu.

No comments:

Post a Comment