Saturday 23 April 2011

musim exam

(pic ihsan google)

penat taw, penat taw..penat betul aku bila musim exam ni. teringat balik zaman2 skolah dulu, benda yg paling aku suka ialah exam. sebab, kalo exam, takde homework, balik awal dan lagi satu, aku memang riak time skolah sbb aku taw kalo exam, aku mesti dapat nombor satu..ecehh... haha.. terok gile.

tapi bila kat universiti ni, perangai cam hampeh. bukan la maksud aku buat something yg tak elok tapi sejak masuk u, aku perasan satu benda yang berubah pada diri aku, iaitu semakin malas. haiyoo. mengapakah ini terjadi? owhh sungguh ku tak mengerti.. bila dok pikiaq2 balik, aku rasa ada kena mengena dengan course yang aku pilih kot. sebab dulu, aku blaja kat skolah teknik dan memang cita2 aku nak jadi arkitek. tapi disebabkan perkara2 tertentu, aku menolak tawaran diploma civil engineering dan memilih untuk mengambil stpm. rasa macam, fuhhh. nak nanges bila ingat cita2 tak kesampaian. mungkin takde rezeki aku kot dalam bidang architecture. terima apa yg ditetapkan la..^^,

time exam kat u memang mengerikan. huhh. kalo mcm tu cikgu tipu aku la time skolah dulu? kata kat u kalo exam best. senang. soklan dh taw. tapi kenapa masih susah??haishhohshoh..asyik kena tipu jer..(-_-")

time exam gak, paling malas aku nak kemas bilik. selalunya bilik aku kemas tersusun. tapi bila sampai je musim exam, habisla buku2 berterbangan. nasib baik tak sangkut kat kipas. time ni jugak la kena kemas barang untuk simpan dlm stor. kalo lambat2, mau stor penuh. satu keje lak nak angkut p stor bawah sampai nak patah pinggang aku ni. bayangkanla, time nak fokus study bilik pulak bersepah. haishh..sungguh tak tahan!! aku nak balik cepat2 lps exam..huhhh~~

p/s : sekarang kan, ada kes pukau kat dlm kampus. siap dpt amaran berjaga2 dari membe2 n pihak2 tertentu. sapela yg jadi dajal tu yer?? macam2 manusia ni..


No comments:

Post a Comment