Thursday 21 April 2011

senang untuk mengatakan. tapi betapa berat mahu melakukan


aku sedih, kecewa, marah..semua bercampur sehingga aku sendiri tak tahu apa yang sedang aku fikir. aku marah yang teramat sehingga tiada kata lagi yang mampu aku ungkap untuk meluahkan amarahku. sebaliknya marahku bertukar menjadi kata yang paling lembut. iya, kata2 yang lembut agar kamu mengerti apa itu kecewa. alangkah kepalang bodohnya kamu hingga sukar memahami walau sebaris ayat.

aku kecewa, tapi mereka lagi kecewa dari aku. aku tahu walau mereka tidak meluahkan. betapa aku sakit memandang ke arah mata mereka. kerana itu aku lari. lari menjadi seorang yang kebal dari penat dan sakit. andai kamu tahu betapa kecewa aku dan mereka, kamu akan menjadi manusia bisu bila berhadapan dengan kami.

aku sedar, diikutkan rasa amarah dan kecewaku ini, bermacam tindakan yang boleh aku ambil diluar dugaan kamu dan mereka. tapi tidak sanggup aku melihat mereka berduka lagi. biar aku sakit menahan amarah dan kecewa yang tidak seberapa daripada aku melihat mereka terus kehilangan aku. aku mahu mereka terus bertahan dengan semangat aku yang hampir hilang. betapa aku cuba berpura2 dengan semangat ini. iya, maafkan aku wahai kesayanganku kerana berpura2 di depan kamu. aku tidak mahu kamu melihat aku lemah dengan semua ujian dunia.

betapa kamu berharap pada aku. hanya aku. aku tahu kamu bersandarkan aku dari jatuh. kamu mahu aku menuruti segala kemahuan kamu. hingga aku terus melupakan tentang perit menjadi sandaran penuh impian kamu. betapa yang aku lakukan kini, aku juga telah hilang arah. aku ingin, ingin berbuat apa sahaja demi kamu sehingga terluah janji di depan kamu. kini, dengan penuh rasa, aku berpegang kepada janji itu. kamu tahu senang meluahkan, tapi payah aku melakukan?

aku juga manusia. punya rasa, kecewa dan putus asa. dan kini, aku hampir hilang harap. hanya kosong segala pandangan. kerana kamu dan mereka, aku teruskan langkah yang sarat dengan duka seorang aku. tapi pautlah aku agar tidak pesong langkahku menuju impianmu kesayanganku..maafkan aku kerana terlalu lemah..

No comments:

Post a Comment