Wednesday, 27 April 2011

cantik itu subjektif


hampa semua penah tgk video matlutfhi dak? apa dia? tak penah? p carik sapa matlutfhi ni..banyak ngat aihh video2 dia. semuanya comel mcm dia. haha. aku suka sangat dok layan video2 dia. satu lagi video anwarhadi. hehe. cara dorg ckp utara sangat comel. dan pelat utara tu mmg comel biaq dia kasaq ok.(^^,")

biarpun aku ni anak jati kelate, tapi disebabkan belajaq kat utara menyebabkan aku pun dok cakap utara gak. sampai guna dialek kelate pun jarang2 bila dengan membe2 kelate je. tapi kekadang aku belasah gak speaking kelate dengan membe2 aku. suka sangat mengenakan dorg yang tak paham dialek kelate. tambah2 si jimmy asmara. terpinga2 bila aku speaking dialek negeri terchenta ku. muahaha. jahat gilak dok sakat orang tak habis2.

ok, yang atas tu menyimpang dari tajuk asal sebenarnya. ok, flashback. aku ada tengok video matlutfhi ni mengenai cantik. dalam video tu dia kata, cantik itu subjektif. dan kecantikan yang kekal adalah cantik yang bermula dari dalam diri kita.

pada masa sekarang ni, banyak cara yg boleh kita amik untuk kelihatan cantik. misalnya plastic surgery, botox, pil 2, jamu dan ntah padia lagi aku tak tahu.=_='. ramai yang nak cantik secara ekspres menjalani rawatan2 seperti sedut lemak untuk langsing la, buat plastic surgery utk bagi idung mancung la. 

bagi aku yang tadak duit ni la. ape pekdah la ampa dok buat semua tu? semata2 nak cantik, korang sanggup sakit. bukankah mencegah lebih baik dari merawat? kalo makan jamu tu blh tahan lagi. tapi bila p bab operation ni lemah semangat ngat aih..orang pompuan ni, kot ye pun nak bagi suami sayang, takkan la sampai menyeksa diri?cukup la ampa dok sakit sebab beranak 7. banyak kes yang aku dengar contohnya mati ketika menjalani rawatan kecantikan kat pusat2 kecantikan la. whyyyyyyy la???

bagi aku, baik berbalik pada petua nenek2 kita dulu. macam nenek aku, terlalu titikberatkan kesihatan dan kecantikan. dah tua pun masih cantik. misalnya rambut dia, gigi dia. yang kedut2 tu normal la kan bila dah mencapai usia. orang tua2 dulu, selalu pesan, jangan makan ais nanti urat bengkak, jangan tu jangan ni. tapi jarang sangat dah anak2 muda skrg nak ikut. leceh katanya. so, cari la alternatif lain untuk cantik kan.

sebenarnya cantik ni sangat subjektif. terpulang pada setiap orang macam mana nak nilai makna cantik tu. sesetengah orang, bila kita tgk, tak cantik atau hensem pun tapi sejuk je kita tengok dia. sebab apa? sebab cahaya iman. benda2 macam ni penting taw. cuba usha orang2 yang selalu monteng solat, seolah2 hilang nur kat muka dorg. ni aku selalu pesan kat adik aku yang laki. jangan tahu nak melaram jer, smayang jgn dok tinggal. baru tak gelap muka tu.

pada aku la, aku suka sangat tengok orang yang biasa2 tapi hati aku tenang bila tengok dorg. tak kisah la sape pun. apa guna kalo ko belanja sakan nak berfesyen tapi serabut je bila tgk muka ko? dan bagi aku juga, lelaki sangat hensem bila pakai kain pelikat dan baju melayu ditambah kopiah. haha. nak2 lagi kalo dorg lepas amik wuduk. berseri je muka. yg ni aku selalu tengok abg n ayah aku la. bagi aku jugak, mereka sangat tampan bila mengenakan jubah putih. wahhh..bisa cair sihh..

yang pompuan lak, aku suka tengok time mereka mengerjakan umrah atau haji. sangat bersih without make up dan dalam persalinan solat.

cantik tu terpulang pada kita untuk menilainya. pada aku lak, aku nak perasan sikit, aku rasa diri aku cantik bila lepas mandi dan dalam persalinan solat..hehehe..perasan jap jer ok..jangan la bising. malu..(-_-")

No comments:

Post a Comment