Wednesday, 27 April 2011

keberkatan dalam kehidupan



sekarang musim exam kan. macam2 perkara yg student lalui time exam ni. macam2 jugak yang aku tengok keadaan sorang2 termasuklah aku sendiri. ada yang beribu kali dok baca nota tak juga nak ingat. ada juga yang tak baca apa, rilek je masuk exam. tak kurang gak yang dah study cukup2 tapi last2 masuk exam blurr tak ingat apa. agak2 apa korang nak buat kalo jadi camni?

sebenarnya banyak dalam kehidupan kita yg kita sendiri tak sedar tapi kadang2 berbentuk balasan terhadap perbuatan kita. sama ada kesalahan kecil atau besar. dan kita juga tak sedar setiap benda yang kita buat blh mendatangkan  mudarat atau tidak. 

aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. tadi time jawab exam, aku lupa apa yang aku study semalam. padahal semalam dah hafal siap bloleh sebut. alih2 tadi time nak jawab satu soklan ni, aku blurr..lupa sihh.. tak tau la apa kena. aku ada makan duit orang ke, buat sesuatu yg tak elok ke. nasib baik satu soklan je. tapi dalam 10 markah tu tak tahu la dapat bape markah untuk jawapan yang aku goreng tu. haihh..=_="

mak aku selalu kata, apa yang kita buat mesti la berkat. jangan menipu orang, jangan makan duit orang. misalnya dalam mencari rezeki. kadang2 contohnya, si tuan kedai menipu sukatan timbangan. itu dah kira tidak berkat rezeki yang dia dapat. apa akan jadi kalo rezeki yang dia dapat dimakan pula oleh anak bini? maka gelap la hati. kadang2, cara kita cari makan, misalnya petani ke, buruh ke. dorang buat kerja penat2, sakit2, tapi itu sebenarnya berkat daripada dok kelentong orang semua.

bagi budak2 remaja sekarang gak, ada yang suka tgk video blue la ape lah. bila selalu tengok, habis lah korang. sekali tengok, satu titik hitam lekat kat hati korang. kalu berkali2? hitam legam la hati korang. tu belum kira yang dok beromen la apa lah. kadang2 berkat tu hilang pada kita atas perkara yang kita buat sama ada dalam keadaan sedar atau tak. ramai yang aku tengok dok kata padahal dah baca. tapi bila masuk exam, aku tak tahu kenapa wehh..kosong je. tak boleh nak jawab langsung. tula jawapan dia. cuba korang fikir balik apa yang pernah korang buat?

tu yang hilang berkat. tapi ada juga yang dapat berkat. contohnya, sorang senior aku dari sekolah dan sampai kat usm ni pun dia masih jadi senior aku. dia kira tergolong dlm golongan biasa2 la. time trial stpm dulu, dapat 1.6 je pointer. tapi disebabkan dia ni jenis budak baik, smayang tak tinggal. selalu p masjid. keberkatan selalu berada dengan dia. dalam peperiksaan sebenar, dia 4.00. fuhhh..memang semua orang tak sangka.

ok, sekarang korang yang rasa ada terbuat benda tak elok dan masuk exam semua jadi blank, p pikiaq balik apa benda yang dah korang buat selama ni..

p/s : aku ada termakan duit sape2 ke ye? tadi tetibe lupa jawapan..aisehhh..=_='

No comments:

Post a Comment