Monday 7 May 2012

Mama

Dia insan yang sangat kuat, tak pernah berputus asa, tak pernah kenal erti penat, tak kenal erti jemu, tak kenal erti malu. Dia insan gigih. sangat tabah dalam melalui pelbagai cabaran hidup sebagai seorang isteri dan seorang ibu.

Dia tak pernah kenal erti penat lelah. yang dia tahu hanyalah masa depan anak-anaknya. dia juga tidak peduli erti caci maki manusia yang hanya tahu menunding jari. jujur ma, selama aku hidup, tidak pernah aku berhadapan dengan insan seperti kamu. kamu penguat semangat kami adik beradik. dan aku tahu, kami anak-anakmu inilah tulang belakang mu, semangat hidup kamu.

Tersentak bila dikhabarkan yang mama sakit. walau hanya sedikit, mama langsung tidak memberitahu. mungkin risau anaknya susah hati.

Mama, andai hidup aku menjadi galang ganti kebahagiaanmu, aku akan sentiasa berada disisimu walau terpaksa melupakan cita-citaku. aku tahu, kamu hanya ingin menghabiskan masa tua mu bersama aku. akan ku turutkan kehendakmu mama. seikhlasnya, demi kasihku yang tak ternilai harganya untuk kamu wanita hebat MAMA....


No comments:

Post a Comment