Sunday 15 May 2011

Nobody Percect


Salam. Hai semua…
Dalam 2, 3 hari lepas, time aku balik dari kedai mak aku. Ayah ada keje lua, so aku pun terkedek2 la balik jalan kaki dengan panasnye, berpeluh2 aku jogging tengah2 hari noqss. Al maklumla, lesen tak hamek lagi, lesen jalan kaki n basikal je aku lulus. =_=”

Nak dijadikan cerita, aku ni memang la kan. Kalo balek kampong, memang selekeh giler. Nak kua pun juz pakai jeans STRAIGHT CUT sebab aku TAKDE sluar skinny mende tuh , baju BESOR n tudung indon tu jer. No make up, no bling2 n no high heels!! Yer, aku memang selekeh. Sampai adik aku kata, “awat kak la selekeh je ni?”. Ada aku kesah ke kalo orang kata aku selekeh? Tak kesah nyah!!

Aku bukannye apa, kat kampong ni, paham2 je la. Kalo ko make up tebal2 skit, orang Tanya, ”hai, ada kenduri ke?”. Melaram cantek2 dgn shawl, high heels pulak orang kata, ”nak p dating la tuh”. Huhhh!! Aku memang nyampah betul. Dasar pintu tertutup betul mereka2 ni.

Aku bukannya apa, aku taw orang kampong mcm mana, pemikiran depa macam mana dan mulut2 depa mcm mana. Sebab tu aku tak kesah sangat depa kata apa. Kalo boleh, mau la jugak ubah mentality diorang tentang dunia luar. Bukan semua benda2 buruk je ada. Apa yang penting, terpulang atas diri sendiri jalan mana yang harus kita amik bila berhadapan dengan dunia luar.

Dan paling tak boleh blah, time aku pegi surau, ada mak cik ni tanya aku skolah lagi ke? Dan aku jawab yer, skolah lagi. Ada yang mak cik  ni cakap yang membuatkan aku rasa nak lempang2 mulut celopar dia tu. Dia kata camni “budak2 UNIVERSITI ni, bukannya baik pun. Dok wat dosa sana sini. Kejutan budaya la. Terikut perangai tak senonoh kat bandar la”.

Adoiiii… memang sakit hati giler kot dengar mak cik ni cakap. Mentang2 la anak dia sorang pun tak masuk university, sedap je mulot ko yer mak cik kata budak2 universiti macam tu. Cuba nengok kalo anak dia dapat masuk U, heboh satu kampong gamaknye. Dah takde rezeki, diam2 je la. Kalo anak tak masuk U n perangai cantek punye takpe jugak. Ni, perangai pun hampeh. Dok menghabiskan duit mak bapak, dok isap dadah dalam kampong. Tu kerja budak2 U ke mak cik?? Setahu aku, budak2 U ni, time cuti je baru balek kampong. Tu pun kalo tak keje belah lua time cuti semester.

Dari segi pemakaian jugak, aku tengok budak2 U selamba jer. Jeans, tshirt n stail yg sempoi. Maklum la, kami dah besar. Bukan budak2 skolah menengah lagi. Yg nampak over giler aku tengok ialah budak2 skolah. Rambut kaler pink, hijau, merah. Tshirt saiz s. make up cam nak berlakon opera. Dan kebanyakan mereka budak2 skolah lagi. Yang mana habis je waktu skolah, tudung melayang, apa pun terbayang. Apa orang kata, budak2 baru nak kenal dunia, macam tu lah.

Tapi seingat aku, time aku skolah dulu takde la mcm ni. Nampaknye budak2 makin canggih sekarang. Sampai adab dgn guru, adab pergaulan pun dah hilang ntah ke mana. Selalu jugak cikgu2 aku mengadu yang budak2 makin teruk. Sabar je la kepada bakal2 guru masa hadapan. Budak2 sekarang bukan mcm budak2 dulu.

Ok, tu hanya sampingan yang aku nak gitaw sbnrnya. Sambungan dari perenggan mula2, time aku jalan kaki masuk dalam lorong rumah aku, ada sorang ustaz pencen ni. Tego aku pakai seluar jeans, dia kata ketat. Yer, memang aku hormat sgt dengan orang tua. Tambah2 lagi pak ustaz. Aku tak nafikan yang betul apa dia kata. Cuma, ko bayangkanlah, aku ni sehabis daya pakai sesopan yang mungkin time kat kampong. Mana ada aku pakai pelik2. Selama ni pun, baju lengan pendek pun aku tak pernah pakai time kat luar rumah. Apatah lagi nak free hair haramlah aku tak buat. Aku pakai seluar jeans je pun. Dia komplen lagi. Aku tengok balik diri aku dari atas sampai bawah. Dengan baju besornye, tudung indon nye, selipar getah nye. Sesuai la kan jadi tukang cuci pinggan kat kedai mak aku tu. Mau kau, pengsan kalo pakai jubah keje kedai makan? =__=”

Aku tak kesah kalo dia nak tego. Tapi sila tego baik2 pak cik!! Dan sebelum tego aku, baik tego dulu anak sedara pak cik ustaz yang pakai baju saiz xs, seluar ketat, n free hair tu. And plez,plez,plez…don’t judge a book by its cover!

p/s : aku akui, aku bukanlah baik sangat. Tapi aku tak pernah buat benda2 tak senonoh. Dan aku masih mencari dan terus mendalami apa itu islam. Bersyukur dilahirkan dalam islam dan selalu dilindungi daripada melakukan perkara2 tak senonoh. Tetapi sedih bila melihatkan islam hanya atas dasar nama pada masyarakat hari ini. Katanya ustaz, tapi masih lagi menjaja cerita buruk sana sini. Katanya hajah, tapi tegar membawa fitnah sana sini. Berbalik apa yang dilakukan oleh Rasulullah pada pertama islam disebarkan, perkara yang mula2 ditekankan ialah aqidah. Fikir2 kanlah..(-_-)


No comments:

Post a Comment