Sunday 15 May 2011

Cinta tak semudah ABC


Salam semua..

Aku nak cakap pasal cintan sikit hari ni. Dah lama tak merepek kan. Ada orang kan, bagi dia cinta tu mudah sangat. Boleh tukar sana sini. Macam tukar baju je. Tapi ada jugak sesetengah orang tu, memang sukar nak jatuh cinta. Korang pulak macam mana?

Bagi aku, cinta tu sangat susah. Sebab cinta melibatkan soal hati dan perasaan. Kadang2 kita sendiri pun tak taw apa sebenarnya ada dalam hati kita. Jadi, susah nak nilai kehadiran seseorang. Aku berkata sebab aku cuba membuatkan orang tersebut faham. Tapi dia takkan faham dan makin teruk, dia tak nak faham langsung.
Aku diamkan je bila dituduh playgirl, selfish, kejam. Dan aku muhasabah balik diri aku. Pernah ke aku buat macam tu? Kalo lah aku ni kejam, aku akan ikat sesiapa yang dekat dengan aku. Jadikan hak mutlak aku. Tapi apa yang aku buat adalah sebaliknya. Lepaskan mereka tanpa sebarang ikatan. Biarkan mereka memilih apa yang sebenarnya mereka inginkan. Tapi kerana terlalu membiarkan, aku dituduh penting diri.

Aku tak pernah mengikat sesiapa jika aku sendiri tidak pasti dengan hati aku sendiri. Tidak mudah untuk terima sesiapa. Tapi, kenapa sampai jadi begini? Aku cuba menjelaskan. Tapi disuruh hentikan semua penjelasan aku. Untuk kamu itu, aku mahu kamu terima aku perlahan2 jika benar kamu bersungguh dan bukan secara mendadak kerana takut kamu jemu dengan aku. Aku juga cuba melembutkan hati sendiri yang tidak pasti bila akan terbuka. Aku cuba menerima. Tetapi bila tuduhan demi tuduhan dilemparkan pada aku, aku jadi marah, sedih dan benci. Andai tidak sanggup menunggu, hentikan semua tu. Pergilah cari orang yang benar2 dapat menyayangi kamu sepenuh hati.

Janganlah begitu senang mengatakan sayang jika tidak siap untuk menyayangi. Jangan berkata sanggup jika kamu menderita dalam penantian. Dan ingat, cinta itu tidak mudah seperti lafaz yang kamu tuturkan. Jika terlalu mudah berkata cinta, biasanya ia tidak akan bertahan lama.

No comments:

Post a Comment