Sunday 15 May 2011

menanti hari


salam semua..(^_^)

ok, nak bagi senyum manis tambah madu sikit. Tak boleh banyak2 nanti kena kecing manis noqss...Aku sekarang jarang dapat online sebab laptop aku tak boleh nak detect usb. So, kalo aku online pun kat umah pak cik aku atau cc. so, ase gian nak menulis blog biarpun tak ramai baca. =_=’
aku sekarang menjadi penanam anggur berjaya kat rumah sekarang. Cuba teka bape ekar aku tanam anggur? Huk2. Dan dalam masa yang sama, menjadi suri rumah yang disegani oleh suri2 rumah yang lain. Choii sgt.. =_=’ kat rumah biasalah, tak boleh nak merayap sangat. Yela, bajet pun kurang, kena jaga rumah pulak. Kot2 la rumah ni lari kan.

Kat rumah, bangun je pagi aku tengok siling rumah, wahh baru perasan yang siling rumah aku tinggi giler sampaikan kipas tak terasa. Ok, mengarut. Boleh dikatakan memang agak kebohsanan dok kat rumah. Time kat u, merayap jer keje kena pengaruh dengan bebudak ni. Kat rumah ni, aku malas nak merayap. P kua jumpa kawan pun tak. Ada yang kol, mesej ajak keluar pun aku malas. Nak jumpa aku, ami la melepak rumah aku ni.  Dengan cuaca panas kering ni, tak tahan aku keluar rumah. Dok rumah je senang, duit tak habis, panas pun tak.

Ekceli aku tak sabar2 nak menjalani latihan industri aku pada 23 mei 2011 ni di kota bharu. Rasa takut pun ada sebab tak biasa ko keje ofez besar. Setakat jadi kerani kecik2 tu pernah la. Baru merayap betul aku time praktikal nanti. Haruslah merayap pagi2 sebab kena bangun pagi dan naik bas pegi keje. Aisehh…=’(
Alhamdulillah, semua masalah dah pun selesai. Bersyukur sangat ada kawan2 yang membantu aku saat susah. Terima kasih pada ain n dayah sebab susah payah ulang alik pegi usm semata2 nak amik surat li aku sebab aku dah ilangkan benda tu tanpa disengajakan.(-_-“)

Bila aku perasan benda tu takda dalam beg aku, memang aku menangis giler la. Trauma mama n ayah aku nengok aku mcm tuh. Aisehh… tulah, lain kali alert sikit benda2 macam ni. Nak buat macam mana, sampai je kampong last week, aku memang tak boleh nak rest sebab adik aku masuk wad. Berapa hari aku bermalam kat wad. Tak sempat pun nak berehat kat rumah. Balik2 je nak kemas barang2 baru perasan. Nasib baik kawan2 ada kat penang dan lecture aku pun sangat ambil berat. Thanx a lot puan kamaliah dan cik kayathtri sebab tolong. Sekarang, dalam masa 8 hari lagi aku akan praktikal. Hopefully, its gonna be smoothly.

Sebelum praktikal ni, keje aku tolong mama kat kedai. Time aku malas, aku dok rumah je. Memang suri rumah sepenuh masa la. Kemas rumah, masak untuk adik2 balik skolah. Adik2 pulak makin ngada2 time aku ada kat rumah. Macam2 ragam. Nak makan tu, nak makan ni. Ajak p sana, p sini. Penat dowhh..
Time dok tulis ni, aku tengah melepak rumah pak cik aku sambil layan budak kembar yang dah semakin besaq ni. Danish dan Daniel. Setakat ni dulu aku merepek, meraban. Papai!! (^^,)

No comments:

Post a Comment