Sunday 10 April 2011

bila terpaksa memilih


"if u love n get hurt, love more. if u love more n hurt more, love even more. love some more until it hurts no more"~~william shakespeare


takde isu lain ke? asyik2 love, love n love je..haishh.. ok2. aku juz nak kongsi je apa yang aku lalui. tak lebih dari tu. yg paling dekat dgn manusia setiap hari ialah hubungan sesama manusia kan? haruslah banyak ragam yg akan kita jumpa dalam melalui hari2 kita ni.

tadi memang aku takde mood nak tulis. dok fikir apa yang akan aku tulis. tgk je dalam draft. tak berani nak tulis sebab have no idea. dan sekarang aku masih tak tido lagi. sebab aku rasa sayang sangat nak tido waktu ni yang sangat tenang. hujan pun baru mula turun. so, menghabiskan waktu tido sepatutnya depan lappy, tengok movie. lepas subuh baru ada mood nak tido. habislah aku kalo ayah kol lepas subuh..haishh..=_="

ekceli, aku nak kongsi satu kisah. tentang kawan baik aku. tapi takkan la aku nak gtaw sape dia kan? juz perkongsian melalui penulisan. aku yakin, antara korang pun ada melalui kisah yang sama. ok, ni kisah dia..aku cerita lebih kurang je tentang perbualan kami.

kawan : bell, aku nak tanya pendapat.
aku : ye? tentang apa tu?
kawan : ex aku datang balik. dia nak sambung balik dengan aku.
aku : hmm. sape sebenarnya yg kau sayang dan ada dlm hati kau?
kawan : kekasih aku sekarang.
aku : kau keliru teman. bila orang yg pernah kau syg datang kembali, kau jadi keliru dgn perasaan sndri.
kawan : tapi aku rindu dia, rindu suara dia, rindu gelak tawa dia. kami berpisah sebab salah aku. aku yg tinggalkan dia dulu. kau faham aku kan bell?
aku : ye, aku tahu. jadi, jangan ulang kesilapan sama. hargai orang yg ada dengan kau skrg.
kawan : hmm. aku suka mendengar kata2 kau. menasihati aku penuh kelembutan. sepatutnya jadi pakar kaunseling.
aku : doktor sakit jiwa layaknya agar ramai yg dok tg. rambutan sihat kembali.

serba sedikit perbualan kami. kisah yg sangat rumit jika korang tak kuat untuk melaluinya. tambahan jika korang sudah punya pengganti yang baru. aku bukanlah doktor cinta. pakar jauh sekali. tapi mungkin disebabkan aku telah jumpa bermacam jenis orang membuatkan aku lebih memerhati dan memahami. itulah yang aku guna untuk diberi kepada teman yang lain.

bila keadaan memerlukan kamu memilih, tentunya sukar bukan? tambahan lagi, mereka yang terpilih adalah insan yang korang sayang. dalam kes spt kawan aku, dia terpaksa memilih antara kekasihnya sekarang dan bekas kekasih. kalau korang tanya pendapat aku, semestinya aku menjawab. lupakan kisah silam. mungkin payah. tapi, itulah yg harus korang buat. menyintai memang mudah. tapi melupakan amat berat. mungkin sukar melupakan hingga ada sepanjang hayat.

jika korang pernah melakukan kesilapan dulu, jangan sesekali ulangi lagi. memang rasa bersalah. tapi sanggupkah melihat mereka yang hadir begitu tulus menyayangi dilukai? mereka dari masa silam hanya cerita dongeng. sekalipun kita menerima kembali, pasti kita akan tetap rasa bersalah. bersalah pada masa silam dan bersalah pada insan baru yang hadir.

memang sukar melupakan setiap kenangan yang pernah dilalui. ada ketika, setiap yang kita lihat ada bayang mereka pada masa silam. lelaki atau perempuan. sama sahaja jika tulus menyayangi. bukan mudah melupakan. tapi mungkin cara mereka berbeza dan pendapat mereka berbeza.

mungkin sebagai manusia, kita tamak ada ketikanya. mahu memiliki kedua2 cinta. tapi kita harus memilih. memilih apa yang sebenarnya sebuah realiti dalam kehidupan kita sekarang. apa yang hadir dari masa silam merupakan dugaan kuat. dugaan untuk membuktikan sejauhmana kamu setia dan menyayangi. ketika inilah, korang dapat tengok perasaan korang yg sebenar. adakah mudah goyah? adakah tidak tetap pendirian?

walau apa pun, kamu harus kuat menghadapi semua tu. dan setiap kata hati tak semestinya betul. harus diikuti dengan logiknya akal kamu. hargailah apa yang kamu punya sekarang. kerana, jika kamu kehilangannya suatu masa nanti, jangan berharap ia akan kembali seperti dahulu. pasti ada garis luka dalam setiap kisah.

simpan kisah yang berlaku dalam lipatan kenangan. biarpun ada yang cuba membangkitkannya, jangan  biarkan hati rapuh dengan dugaan sebentar. semua perkara tu akan hilang dibawa waktu. terpulang pada kita harus berbuat apa dan memilih apa untuk kehidupan kita.

cinta tu memberi selagi terdaya. ia juga memerlukan pengorbanan. korbankan masa silam yang dah berlalu demi masa sekarang dengan orang yang benar2 tulus terhadap kamu. itu yang sebaiknya walaupun hati terdetik mahu berpaling kepada masa silam.

p/s : mesti ada yang kata aku jiwang lagi.haishh..malu. hari tu syafiq dah kata. tapi lantak r. nak cakap gak. ni pengalaman aku dalam menasihati kawan2. memang aku gelak time kawan aku cakap, dia suka dengar kata2 aku yg penuh kelembutan walaupun aku hanya menaip dan bukan menggunakan suara. menggeleng jugak bila dia kata aku kuat dan dia tabik pada aku. huhu.

aku juga punya kisah. kisah yang mana menjadikan aku kuat. kuat sehinggakan aku boleh melalui pelbagai lagi kisah. berkali juga aku jatuh. tapi tak pernah aku mengalah. kerana aku tahu, aku mampu lebih dari apa yang aku tahu tentang diri aku. mungkin kuat juga dalam istilah yg lebih sesuai ialah kerasnya hati aku. aku tak kesal jika harus menjaga kerasnya hatiku.

aku yakin dan percaya. setiap yang berlaku punya cerita tersendiri. tersimpan 1001 hikmah nyata yg tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. tetapi harus dinilai dengan mata hati sebagai seorang insan.

psttt3!! jgn lupe blogcool ye kawan..hehe..=') dah masuk waktu subuh. nak solat dan mengulit mimpi waktu hujan..hehe.. gud nite n gud morning sume. sape bangun awal sila kejut aku ok?? assalamualaikum..=)


No comments:

Post a Comment