Monday 11 April 2011

berani untuk bahagia

"when u try to hide something, it shows everything even u never say anything.."



dalam hidup ni, kadang2 kita cuba menghadapi sesuatu yang kita sendiri tidak pasti apa penghujungnya. iya, dalam erti kata lain, kita berusaha yang bukan sekadar mencuba. harus diakui, kita semua memang berani! berani mengambil sebarang risiko walaupun apa yang kita buat masih samar2 jalannya. contohnya, berani mengambil risiko melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu walaupun kita tahu apa yang kita pilih belum tentu menjanjikan pekerjaan. kita juga berani, mengikat cinta walau tidak pasti bagaimanakah nasib hubungan tu.

hidup ini penuh risiko. iya, harus diakui. setiap apa yang kita buat, ada risikonya tersendiri. terpulang pada kita, sejauhmanakah kemampuan kita dalam menanganinya. ada sesetengah orang, berani di permulaan tapi berhenti sekerat jalan. ada juga yang derita di pertengahan, tapi bahagia di pengakhiran. risiko itu menjadi kekuatan untuk mendapatkan sesuatu yang kita impikan.

sebagai manusia, kita juga kadang2 takut untuk menghadapi kegagalan. takut menyesal dan kecewa yang tidak berkesudahan. disebabkan ketakutan itu, ia menghalang jalan yang ingin dilalui. seringkali juga kita bertanya, 'jika aku mahu lari boleh?'. iya, tentu sahaja kamu boleh lari dari masalah. tapi sampai bila? sampai kamu penat dan menemui jalan buntu? kita semua sama. takut untuk jatuh, takut untuk gagal. tapi itu tidak bermakna kita harus melarikan diri dari menghadapi sebuah kenyataan. apatah lagi sesuatu perkara itu belum bermula.

walau apa sekalipun dugaan, hadapi. hadapi selagi kita mampu. cuba, usaha. biarpun kita gagal di penghujung, tapi sekurang2 nya kita boleh berbangga kerana kita sudah membuat sebaik mungkin untuk mendapatkan apa yang kita ingini. mungkin hasilnya mengecewakan, tapi kita akan puas hati bila berusaha. terpulang kepada takdir apa yang akan kita terima selepas kita berusaha. mungkin akan kecewa bila apa yang kita buat gagal. tapi itu menguji sejauh mana kekuatan kita.

p/s : eh, hari ni 11 april ye? tarikh yang memberi 1001 kenangan pada aku. tapi itu semua dah berlalu. ia tidak lagi bermakna pada aku. yes, meaningless. i want to forget everything. im try so hard but im hurt.


No comments:

Post a Comment