Thursday, 24 March 2011

sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan


the world is beautiful but jannah is much better... apa ada dengan dunia yg sementara ini? dunia hanya pinjaman semata-mata. iya, berusaha seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi tapi, beramal lah seperti kamu akan mati esok hari. aku bukan ustazah, apatah lagi alim ulama. tetapi aku sedar, diri ku hak milik Yang Esa. tidak juga aku terlepas dari melakukan silap. tapi Allah itu Maha Pengampun.

kita semua sama di mataNYA. tidaklah DIA melihat kepada paras rupa, harta benda kamu tetapi DIA menilai sejauh mana amalmu. pernahkan kita terfikir, sepanjang menumpang dibumiNYA, apa yg telah kita persembahkan padaNYA? pasti kita tertunduk malu bukan mengenang hina dan kerdilnya diri pada pandangan Tuhan Yang Satu?

ramai yg tersesat. tapi mereka tersedar dalam kesesatan lalu kembali ke pangkal jalan. tiada istilah terlambat dalam memohon keampunan. Tuhan maha Mengetahui setiap yg terkandung dalam hati hambaNYA. terpulang pula sejauh mana keinsafan kita. Allah tak pernah mungkir akan janjiNya. tetapi manusia yg selalu tiada pendirian. ada yg bertaubat ketika dalam kesusahan. tetapi bila disembuhkan kesusahan, mereka kembali ke salah yg sama. terbukti kita lah selalu memungkiri janji bukan?

-------------------------------------------------------------------------
dalam dunia hari ni, macam2 kisah yg boleh kita tgk, dengar dan lalui sendiri. sbg contoh, aku melihat 2, 3 video cubaan membunuh diri dlm fb. istighfar panjang aku. takde cara lain ke nak selesaikan masalah? bunuh diri tu jln terbaik ke? sedar tak diri kita2 ni milik Allah. kita ni hamba je. sedangkan niat nk bunuh diri pun dah salah, apatah lagi cuba bunuh diri? mak aiii... elok2 Tuhan bagi sihat tubuh badan, ko sengaja pulak campak diri ko dari atas bangunan? wth? semata2 sebab frust bercinta, terjun bangunan? besar mana kekecewaan ko nak dibandingkan dgn nyawa? orang lain punya susah payah p mai, p mai berubat nak bagi sihat, idup lama. ko lak nak mati awal.

mungkin la. ketika ni fikiran tak sewaras biasa. aku penah dengar jugak ceramah seorang ustaz ckp, mungkin orang yg bunuh diri ni, ketika tu dia luar kawalan dan mereka tergolong dalam golongan tak sihat. hmm..benar apa yg dikatakan itu. tapiiiiiiii.. kita sebagai manusia juga, masih lagi boleh mengawal diri dgn dekatkan diri pada Allah. kecuali sudah tercatat ajal kita masa tu. yg tu tak boleh nak elak la kan.

selain bunuh diri juga, aku ada 3, 4 kenalan yg sememangnya sudah tersasar jauh dari landasan. mereka mengakui mereka melakukan silap. iya, sering aku menarik mereka dari jalan2 itu. tapi, aku tak mampu berbuat apa jika mereka sendiri tiada ikhtiar utk berubah.

dalam hal2 macam ni, terpulang pada diri kita sendiri bagaimana nak bentuk diri kita. walau hebat mana pun penceramah, pakar motivasi datang ceramah ko, tapi tetap tak nak berubah, tak da apa jugak yg boleh mereka buat. baik, buruk jalan yang kita lalui, kita sendiri yg pilih dan bentukkannya.

ingat!!! better late than never!!!

No comments:

Post a Comment