Thursday 24 March 2011

untuk apa sembunyi jika ia jelas?

(kredit to cik google)

aku masih dlm mood memerhati. memerhati sejauh mana sebuah pembohongan. memerhati sejauh mana pembohongan itu diteruskan. sering manusia memandang aku dengan sinis. sering juga aku membiarkan pertanyaan tanpa jawapan tulus. sebab aku tidak mampu berbohong sebagaimana kamu. bertepuk tangan aku melihat kamu bangga atas pembohongan hebat itu. kamu sangat hebat bukan???

tidak pernah aku ketemu orang yg bisa membuat satu pembohongan sehebat kamu. dengan menggunakan suatu watak dlm cerita kamu, kamu bisa menipu sejuta mereka yg buta. tapi tidak aku yg satu ini. hampa aku melihat, mereka yg begitu berharap akan ketulusan kamu. mereka buta dalam menilai yg hak. mereka buta kerana lakonan kamu dalam cerita pembohongan itu.

andai mereka tahu suatu masa nanti, tidak dapat aku bayangkan kecewanya mereka. bagaimana penerimaan mereka? bagaimana hati mereka? mungkin sekarang aku boleh kamu guna sebagai pelindung pembohongan kamu. tapi sampai bila? sampai bila kamu mahu menggunakan aku? akan sampai suatu saat nanti, aku takkan mampu melindungi pembohongan nyata jijik kamu itu.

tapi ramai yg jelas tentang penipuan kamu itu. meskipun tiada cerita aib yg aku buka, mereka masih bertanya. kerana jelas kamu berbohong. aku hanya diam kerana penat melihat pembohongan ciptaan kamu. tunggu suatu saat aku tak mampu bertahan dengan semua kerja gila kamu, kebenaran akan jelas terlihat biarpun bukan aku yg membuka cerita itu.

hidup ini punya hukum alam. apa yg kamu lakukan hari ini, walau sebesar zarah perbuatan kamu. balasan tetap ada. jangan terlalu angkuh mendabik dada mengaku menang. pasti kamu temui jalan buntu suatu masa nanti. saat kamu buntu nanti, pasti kamu akan berfikir kembali tentang apa yg telah kamu lakukan selama ini. jangan kamu menyesal tak sudah bila semua sudah menemui titik akhir~~~

No comments:

Post a Comment