Tuesday 22 March 2011

masalah itu hidup

malam ni, dapat satu kol.. dengan suara nanges2..aiyyaa.. ape lagi?

dia : macam mana aku nak buat ni?
aku : kenapa nih?     
dia : kenapa aku diuji sampai mcm ni sekali? apa sebenarnya yg mahu Tuhan tunjukkan pada aku?
aku : (opkos la garu2 kepala kan =_=" )..hmm..nape ni?
dia : si k...l datang balik. setelah 3 tahun kisah aku dgn dia. setelah dia berkahwin dgn pilihan keluarga. dia kembali menuntut cinta aku yg pernah aku tolak dulu.
aku : haaaa? benar ke?
dia : ia. aku tak tahu nak buat apa. perlukah aku membenci si z...i krn disebabkan dia aku tak mampu menerima orang lain?
aku : siapa sebenarnya dia dalam hidup kamu?

-------------------------------------------------------
ok, ni perbualan dgn orang pertama. aku mendengar kisah dia. iya, selama bertahun aku paut bahunya. agar dia tak keseorangan. tapi, sampai bila? sampai bila harus begini? aku bingung sebentar. menarik nafas panjang. aku juga hampir putus harap memberi kamu kekuatan. kerana aku tak pasti sampai bila?

mungkin insan itu hadir utk menuntut cinta yg kamu tolak dulu. tapi tak bermakna kamu mesti terima dia. kamu sendiri akui, yg kamu tidak akan terima dia kerana dia sudah punya keluarga. iya, aku tahu dia menerima pilihan keluarga kerana kamu menolak cintanya. tapi hati kamu itu adalah hak kamu. 

hidup ini seperti sebuah teka teki. perlukan kebijaksanaan utk menyelesaikan segala jawapan diri. hanya yg mampu bertahan akan menang. telah aku katakan, kamu kena kuat. jauhi anasir2 itu. jangan mempersalahkan orang yg sebenarnya tidak pernah ada dlm kamus hidupmu..

(kredit to cik google)

(hidup ini seperti menyelesaikan puzzle right?)


----------------------------------------------------------
orang kedua.
dia : tolong aku. bawak aku lari dari semua ni.
aku : kenapa mahu lari? lari tidak menyelesaikan masalah.
dia: aku takut, takut akan jatuh hati dengan dia. tapi aku tak mahu kehilangan dia..

ok, tiada apa yg boleh aku kata jika kamu benar2 mahu lari dari segalanya. itu hak kamu. aku tak akan menghalang jika kamu mahu meneruskannya. cuma apa yg blh aku kata, jgn lari dari masalah. masalah tak kan habis jika kamu asyik lari. sejauh mana pun kamu lari, adakah kamu tidak akan berjumpa dgn kisah seperti ini? ini hanya permulaan hidupmu. ini baru satu episod hidup.

hadapi ia jika kamu mahu menyelesaikan perkara itu. jangan takut akan kisah hidup aku. kisah aku hanya peringatan utk kamu hadapi hari2 berikutnya. jangan kamu lari hanya disebabkan kamu takut terjadi seperti kisah aku. aku tahu kamu sedar hakikat itu. tapi kamu sedaya mungkin menepis ruang yg ada semata mahu menjaga hati kamu. tapi bagaimana dengan hati orang yg tulus pada kamu?

setiap orang ada kisahnya sendiri syg. kisah kita berbeza. jln kita berbeza. jika kamu menyayangi dia, teruskanlah langkahmu. jangan sesekali mengalah. setiap orang ada hidupnya sendiri. aku tahu hati kamu. hati kamu yg tulus itu. hati kamu yg takut akan kekecewaan. tapi percayalah, kamu tidak perlu lari untuk menyelesaikan masalah. hadapi ia setenangnya. kamu akan temui jawapan selama ini. percaya pada hati kamu sendiri.



(kamu berada dlm situasi ini)

ini pula kisah aku.. kadang2 aku rasa mcm Dr. cinta..ewwww.. mampoo?? huhh.. aku tak la layak utk memberi nasihat kat orang sgt. sebab aku rasa aku tak banyak pengalaman pun. mungkin teman2 dekat dengan aku sebab aku selalu sokong mereka. teringat pula bila kawan ku cakap, iya aku mahu jadi mcm kamu. tabah, kuat dan tenang. ye mehh??

apa yg aku boleh kata, tenanglah menghadapi apa sahaja. jangan lari dari masalah. kerana masalah tak kan selesai dengan cara tu. lambat atau cepat, masalah tu akan muncul balik. jadi, kuat ya?

No comments:

Post a Comment