Friday 17 June 2011

Laluan hidup


Last week, aku buat program untuk sebuah skolah menengah. Program ni under opis aku. 1st time aku buat program under opis utk budak2 skolah. Selalu utk org2 tua jer.opss!!

Masuk je skolah ni, wahh..cun giler kot die punya view. Memanglah skolah tu taklah baru n berkilat2. Tapi die kedudukan di kaki bukit. Jauh dari hiruk pikuk kota. Suasana sejuk je. Nak2 time aku sampai tu waktu pagi. Keadaan sekolah die berbukit2. Nak turun p kantin kena turun bukit. Naik p dewan panjat bukit. Kalo aku jadi budak skolah, sah2 aku malas nak menapak.hukss..

Ni cite sal skolah, ni ape sebenarnye yg aku nak cite lak. Time sampai, aku dijemput ke bilik pengetua. Nyembang sat sebelum program bermula. Nampak gaya pengetua ni memang banyak pengalaman. Dan yang buat aku rerpek ialah, dia sorang je cikgu yang pakai uniform kokurikulum sekolah. Sampaikan aku tertukar dengan pak guard. Aiseh….seb bek tak panggil pak guard. Aku and team aku nyembang dgn pengetua ni. Dia pun bercerita sal pengalaman hidup dia.

Ceritanya camni, hidup kita ni, ada laluan hidup. Dari kita berada di alam rahim, dilahirkan, diazan dan diqamatkan. Bila besar, pandai berjalan, bercakap dan memasuki alam pengajian. Sampailah kita dewasa dan tua. Seterusnya menghadapi saat kematian. Segalanya tercatat dalam laluan hidup seorang insan mcm kita.

Ada yang sepanjang laluan hidup sukar. Ada yg melaluinya dengan senang hati. Tapi, setiap cabaran yang kita lalui mematangkan kita. Tanpa kita sedar, masalah, dugaan itu lah yang mencorakkan kehidupan kita. Kita belajar dari kesilapan. Tapi ada juga yang masih tidak serik melakukan kesilapan dan tidak mahu memperbaiki diri.

Dan, pengetua tu cakap, bercinta juga salah satu dari laluan hidup. Setiap insan pasti akan melaluinya. Sama ada secara langsung dan tidak. Tapi, ada yang  silap percaturan hidup. Memilih jalan yang silap. Percakapan aku dan pengetua ni, based on masalah sosial yang berlaku dalam kalangan muda mudi ni.

Aku juga muda, aku juga pernah melaluinya. Orang kata, pengalaman tu ada walaupun usia aku baru setahun jagung. Penah jadi budak sekolah, penah jugak melalui macam2 laluan hidup. Tapi, Alhamdulillah. Sepanjang laluan hidup aku sehingga hari ini, Allah masih melindungi aku dari perkara2 yg tidak baik. Masih terlindung dari melakukan hal2 yang tidak elok. Bersyukur sangat aku diberi kekuatan dan hidayah. Walaupun imanku Cuma senipis kulit bawang, aku masih mampu mempertahankan diri aku dari anasir luar. Masih mampu bertegas dengan mereka2 yang ingin merosakkan laluan hidup aku.

Tapi aku sedih, melihat muda mudi sekarang. Kerana aku juga seorang muda. Pilu bila melihat muda mudi lain hanyut dengan nikmat sementara. Marah bila melihat bayi2 yang dibuang. Geram bila melihat ramai anak bangsa hanyut dlm dunia angan2 sendiri tanpa berfikir secara warasnya akal.

Sejauhmanapun dunia berubah, sekuat mana pun dugaan datang, terpulang pada diri kita bagaimana ingin mencorakkan hari2 dalam laluan hidup. Jangan menyalahkan orang lain dan takdir kerana telah dikatakan ‘Allah tidak akan merubah nasib seseorang melaikan dengan usaha mereka sendiri’.

Semoga kita semua, kuat dalam menghadapi arus akhir zaman yang semakin meruncing. Semoga kita juga dilindungi.

No comments:

Post a Comment