Friday 7 October 2011

tiada yang sempurna

seringkali kita mencari kesempurnaan. kesempurnaan pada diri, kesempurnaan pada keinginan dan kesempurnaan pada diri orang lain. kadang terfikir, kadang meragui dan sering menginsafi diri. ternyata diri alpa. alpa kerana terlalu mencari kesempurnaan biarpun ternyata diri kita tak sesempurna mana. 

malu menimpa diri bila terlalu mengharap lebih. sedangkan amal pun tak seberapa. layakkah mendapat lebih dari apa yg diamalkan? semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita. jangan terlalu mencari kesempurnaan kerana ternyata kita juga tidak sempurna. setiap makhluk ada kelemahan dan kekurangan. jadikan kelebihan kita untuk menutupi lubang2 ketidaksempurnaan diri.

sesungguhnya bila bersih itu lahir dari hati, maka terpancarlah ketenangan dan kebahagiaan pada luaran kita. sentiasa bersyukur apa yang ada maka kita akan berpuas hati walaupun rezeki sesuap nasi...(^_^)


No comments:

Post a Comment