Saturday 24 September 2011

sahabat itu bukan untuk dicemburui

assalamualaikum wbt...

tetiba rasa nak menulis. menulis tentang hakikat hidup kita dalam masyarakat iaitu mungkin keluarga, kawan2 atau musuh2 kita. tapi pernahkan terfikir tentang musuh dalam selimut? haaaa.. jangan xtaw yg musuh tu ada kat mana2. kekadang musuh kita tu orang yg rapat dengan kita dan tido dlm satu selimut dengan kita. erkk.

semua orang haruslah punya kawankan? waima binatang pun berkawan. cer nengok burung2. kalo terbang mesti sekumpulan. apatah lagi kita manusia biasa. tapi pernah tak kita terfikir sape kawan kita? adakah musuh dlm selimut?gunting dlm lipatan?

bagi aku, bila berkawan, jangan melihat kepada keburukan seseorang. tetapi lihatlah pada apa kebaikannya pada kita. nescaya kita akan dapat menerima dia dlm apa jua keadaan. meskipun kita sendiri disakitinya. ramai orang berkawan tapi tak pernah menghargai kawan. ramai orang berkawan tetapi kawan dikala suka. ramai juga yg berkawan tetapi dalam masa yg sama mencemburui kawan dan mementingkan diri sendiri.

hanya ingin memberitahu kawan itu bukan untuk dicemburui. apatah lagi untuk dizalimi. hargai sahabat selagi dia ada.


No comments:

Post a Comment